Tersalah Pilih Suami

Assalamualaikum semua. Setelah hampir 2 tahun aku simpan perasaan ni sorang diri, hari ni aku nak luah segala yang aku rasa. Selepas sah aku ditalak kan oleh suami yang aku beri peluang berpuluh even beratus kali. My marriage lillahi, memang sangat toxic, tapi aku tak tahu macam mane aku boleh sabar. Lebih tepat bodoh mungkin.

Aku kawin dengan pilihan aku sendiri, rakan sebaya, sekampung. Tapi kami sekolah lain, jadi memang tak pernah berkawan. Both hidup merantau tapi dah jodoh, jumpa berapa kali je & die ajak kawan. Aku kenal die as L. Aku kerja dalam perubatan, L plak pegawai kerajaan. Jadi, kerja membuatkan kami jauh.

Aku kl & L di pantai timur.. aku terpikat dengan kesungguhan die melamar aku, sangat gentleman. Dan bile aku risik2 hal die dari kawan lain, semua mengatakan L ni anak yang baik & lelaki yang cukup baik. Sopan, lembut bila berbual & paling penting sangat menjaga solat.

Ya, cukup aku bahagia. Romantik, tak pernah berkira, baik, lemah lembut. Die buat aku betul jatuh cinta dengan die, aku rasakan aku memang buat keputusan tepat untuk bercinta lepas nikah.. tapi semua berakhir bile aku terima 1 mesej di fb dari seorang perempuan. Aku tak layan sebab aku percaya suami aku tapi die tak putus asa, die whatsapp aku.

Aku kenal kan die as A.. Aku confront dengan L hal ni.. mati2 die tak mengaku, kate nye itu A adelah ex die, tapi A yang kacau die sebab masih belum move on. Aku bodoh, tak siasat, aku tak balas langsung mesej A, L suruh aku block je A. Aku si bodoh ni block je die. Benda tu tak habis kat situ, berulang2 lagi si A mesej aku guna no lain. Tiba2 L mengaku die boring, memang die ade layan A, sebab aku jauh. Takde mase untuk die.

L mintak aku resign, untuk nak dekat dengan aku. L claim die mampu je nak bayar semua & yes sebab sayang, aku resign. Aku tinggal kan kehidupan & kerjaya aku kat KL untuk L.. for u guys information, gaji L besar, pangkat die tinggi. Tapi gaji aku 2 kaliganda die sebab aku dah kerja lama. From a woman who live alone, strong, happy, financially stable, live in good circle or friends, im ended in hell.

Bermula kehidupan aku sebagai housewife. Anyway mak die uzur, jadi memang die jaga. Aku tak kisah sebab pada aku mak die mak aku. Sikit2 aku nampak perangai suami aku & mak die. Tapi sebab sayang aku turutkan. Rupa2 nye selama ni itu semua topeng, aku tak tau aku kawin dengan naga @ syaitan @ manusia.

Dari awal kawin, L tak pernah bagi aku nafkah, aku sangka baik je sebab gaji aku lagi besar, plus die banyak berulang untuk ke kl jumpa aku. Tapi bile aku dah resign, L tetap tak bagi, bile aku mintak beli barang dapur baru die beli. Makan pakai aku die tak pernah heran sebab mungkin die tau aku ade saving. Sampai sekarang dalam edah lagi memang tetap die tak bagi aku nafkah. Ok tambah 1 lagi info, si L ni ade loan beratus K, tapi gaji die tinggi, die claim tetap mampu nak sara aku.

Kat rumah mak die dera aku mental & fizikal. Aku macam orang gaji. Aku buat semua sebab aku nak syurga, aku nak redha suami. Mak L suke mengarah2, kalau aku rehat dalam bilik die akan ketuk bilik aku suruh keluar. Suruh panjat pokok, suruh berkebun mencangkul and the list goes on and on and on. Aku letih, aku rasa macam nak mati.

L balik complain yang aku comot, busuk, masak benda bukan selera die. Kadang rumah sepah, aku letih aku tak sempat. Mak die sejenis amik & cari barang campak2, aku letih kemas berulang2. Aku comot & busuk sebab aku duduk dalam longkang & kolam belakang rumah die. Aku masak ikut mak die order, rupenye L cerewet bab makan, ok aku tak kisah, aku masak ikut selera die lepas tu demi cinta aku.

By days, makin banyak perangai L keluar. L sangat panas baran. Cari barang pun mengamok2, habis semua terbalik. Bile L marah die akan tumbok dan baling barang yang boleh die capai. Mujur tak pukul aku je. Nak tau kenape die marah? Sbb gaduh dengan A. A tak habis ganggu aku bile dorang gaduh.

Benda ni berterusan & finally L & A mengaku die tak boleh lupa antara 1 sama lain. A tu dah kawin beranak pinak pun, A bagitau aku yang tu anak L. Kalau lah aku tau L ni de kisah tragis macam ni aku tak terima die kawin. Kate nye masing2 kawin sebab nak sakitkan hati masing2. Tolong lah demi Allah, perkahwinan bukan mainan. Sedar tak berapa hati yang hancur bile kamu buat perkahwinan sia2 macam ni?

Makin lama L makin dingin, sebab kemaruk dengan A. Pernah tak sentuh aku berbulan, tido asing. Aku decide untuk kerja semula sebab aku tau aku kena bersedia untuk sebarang kemungkinan. Walau macam mane pun aku tetap sayang L, bagi die peluang dengan harapan dan doa untuk L berubah, tapi L tak pernah mintk maaf & tak pernah berubah. L layan aku macam sampah abaikan aku, tak mesej tak call tak ape2 tak bercakap.

Aku sekadar tempat L melepaskan nafsu di malam hari. Sampai 1 hari L mintak nak kawin 1 lagi, aku tak marah, aku cuma cakap perempuan tu isteri orang jadi haram, dan mampu ke u nak tanggung zahir batin 2 isteri? L tu atas katil tak sampai 1 minit pun, suruh berurut berubat tak nak pergi. Duit pun takde sebab habis bayar hutang dan takde simpanan langsung. Most of thing duit aku. Lagi ade hati nak berbini 2.

To be honest banyak lagi benda L buat, solat hujung waktu, dah nak azan seterus nye baru kelam kabut nak solat & jadi tak sempat belum bab raya semua raya rumah die. Cuti untuk aku langsung takde, lagi2 untuk family aku memang takde. Kalau untuk mak die kebulan kebintang sanggup, untuk diri die habis beribu ringgit pun sanggup. Tapi untuk aku isteri, semua berkira.

Maaf aku menulis dengan penuh emosi. Sebab hati ni terlalu sakit. Lillahi, selama ape yang jadi, sekali pun aku tak pernah tinggi suara pada L, aku tak pernah marah L. Aku diamkan sebab aku takut L mengamok. Aku tetap jalan tanggungjawab isteri walau aku sakit.. aku tak pernah marah, silap aku juga terlalu lembut & ikut cakap suami.

Sekarang L dah ceraikan aku dengan talak 1. Tanpa bincang dengan aku mahu pun family die. Die sendiri pergi failkan penceraian, tapi permohonan tu L mohon atas persetujuan bersama. Dalam court macam2 L tuduh aku, that moment aku tau aku kena stand up, aku luah & aku keluar segala bukti aku ade, video seks & mesej semua ade.

Patut aku mintak fasakh bukan die suka2 mohon penceraian ni atas persetujuan bersama! Jiwa aku sakit, badan aku penat, mental aku sakit dan penat. Mudah nye kau ambil aku & buang aku macam barang. But another part of me, aku rasa bebas. Lega. Aku masih dalam edah, sehari lepas cerai L mintak rujuk, aku tak layan, pujuk nye gitu2 je. Tolong la pergi dari hidup aku, aku dah cukup bodoh bertahan 2 tahun ni.

Untuk semua kat luar sane, lelaki @ perempuan, bernikah lah kerana Allah. Jangan suka2 sebab nak rebound, balas dendam or what so ever. This is too much to bear. Jangan fikir penting diri sndiri je, berapa banyak hati hancur sebab keputusan tak matang macam ni.

Kau tak sedar kau dah rosak kan mase depan anak dara orang. Kau tak sedar betapa hancur hati parents & adik beradik aku bila tau ape kau buat kat aku selama ni.. Status janda bukan mudah zaman sekarang tapi aku tau kena wake up stronger than ever!

Thanks sebab bace walau aku tulis berterabur sebab aku tulis dengan emosi ni..

– Janda U (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *