Ade antara kita yang dibesarkan dalam keluarga kurang senang tapi dikurniakan kepandaian. Dari kecil cita-cita nak belajar rajin, dapat keputusan peperiksaan bagus, melanjutkan pelajaran ke universiti, dapat kerja yang bergaji tinggi untuk bantu keluarga (ibu bapa, adik-beradik). Tapi yang sebaliknya terjadi, bila dah kerja bergaji tinggi, sebahagian besar duit dibelanjakan untuk diri sendiri dan anak isteri/suami dan hanya sedikit untuk membantu ibu bapa. Mari kita lihat macam mana ia terjadi (iaitu tersasar dari cita-cita asal nak tolong keluarga) dan cara untuk elak jatuh ke perangkap ni.
Bukan bermakna kena belanja 100% gaji untuk ibu bapa. Atau bukan bermakna kena belanja 100% gaji untuk diri sendiri dan anak isteri/suami. Kuncinya ialah keseimbangan.
Ade yang dilihat, anak berumah besar atau memiliki lebih daripada sebuah rumah sedangkan rumah ibu bapa tak selesa untuk didiami. Rumah anak dilengkapi peralatan sebaliknya peralatan rumah ibu bapa belum mencukupi. Anak memiliki lebih daripada sebuah kereta tapi ibu bapa memiliki motosikal sahaja. Anak memiliki lebih daripada sebuah barangan berjenama atau sering melancong ke luar negara tapi ibu bapa belum menunaikan haji.
Ade 3 kategori anak: bertemu jodoh awal, jodoh lambat, tiada jodoh hingga ke tua. Bagi yang tiada jodoh hingga ke tua, tiada isu untuk bantu keluarga. Bagi yang jodoh lambat, boleh belanja sebahagian besar gaji untuk keluarga semasa bujang dan apabila sudah berkahwin, akan kurangkan bantuan. Bagi yang jodoh awal, boleh bantu sedikit saja pada mulanya dan sebagai penyelesaian, apabila gaji semakin bertambah dari tahun ke tahun, bantuan pun ditingkatkan.
Lumrahnya, masa mula kerja, gaji sedikit. Bagi yang dah berkahwin, belanja untuk diri sendiri dan anak isteri/suami banyak iaitu untuk rumah, kereta, pampers, susu, taska. Jadi boleh bagi duit sedikit saja kepada ibu bapa.
Setiap tahun ade kenaikan gaji. Ade juga yang kadang-kadang dapat bonus tahunan sebanyak 1,2 atau setinggi 5 bulan gaji. Sepatutnya, apabila gaji semakin naik, peruntukan untuk ibu bapa semakin banyak. Dan apabila dapat bonus, boleh bagi sebahagian kepada ibu bapa. Dengan cara ini, cita-cita tu boleh dilaksanakan tapi ambil sedikit masa.
Tapi, boleh tersasar dari cita-cita dan jatuh ke perangkap “tidak mampu mencukupkan keperluan atau memberikan kesenangan kepada ibu bapa” jika, semakin tinggi gaji, peruntukan untuk ibu bapa sama sahaja, tapi sebaliknya digunakan untuk kemewahan diri sendiri dan anak isteri/suami.
Boleh jadi juga, anak bagi duit kat ibu bapa tapi disimpan sahaja. Ibu bapa memang tak mahu rumah diubah suai, atau memiliki kereta. Tapi kadang-kadang ibu bapa ni memang tak nak meminta-minta, tak nak susahkan anak. Anak sendiri kena perhatikan ape keperluan ibu bapa yang tak cukup. Kalau rumah dah selesa, tak perlu dibaiki. Kalau rumah tu tak selesa, buat penambahbaikan yang perlu.
Ade yang seorang atau sedikit saja anak berpendapatan tinggi. Akan ambik masa untuk cukupkan keperluan dan senangkan ibu bapa. Ade yang lebih dari seorang atau semua anak berpendapatan tinggi. Kalau semua main peranan bantu, akan jadi cepat dan mudah sikit. Kalau ramai tapi sikit je main peranan, akan ambil masa juga.
Sebenarnya, kisah ini bukan untuk yang berpendapatan tinggi hasil dari pendidikan tinggi saja. Juga terpakai untuk yang berpendapatan tinggi hasil dari kemahiran, bakat, perniagaan.
Kalau kita berada dalam golongan ini (anak yang dilahirkan dalam keluarga kurang senang, cita-cita masa kecil nak bantu keluarga apabila dah besar), cuba kita perhatikan di manakah kedudukan kita pada hari ini. Adakah di atas landasan cita-cita itu? Atau sudah tergelincir dari landasan cita-cita itu? Jika sudah tergelincir, ambillah langkah untuk kembali ke atas landasan semula.
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit