Assalamualaikum, aku seorang penjawat awam bahagian kesihatan yang dulu berkhidmat di pantai timur, dan alhamdulillah setelah lebih 10 tahun berkhidmat, aku telah mendapat kenaikan pangkat setelah beberapa kali gagal dalam temuduga.
Oh ya, aku telah berkahwin dan mempunyai seorang isteri dan anak.
Terlalu banyak konflik yang berlaku di antara isteri dan Ibuku menyebabkan aku mengambil keputusan menerima kenaikan pangkat tu ke negeri yang jauh dari tempat kerjaku sebelum ni.
Alhamdulillah isteri ku nampak bahagia, anak2 ku nampak ceria, namun masalah nya adalah aku sendiri. Aku cuba untuk mencari kebahagiaan di tempat kerja baru ku ini, tetapi nampak macam sangat susah.
Aku takda kawan tempat meluah, most of the time aku keseorangan, dan majoriti orang lama di tempat kerja nampak susah untuk berkomunikasi dengan aku.
Aku ada terfikir untuk berpindah ke tempat lain, namun sukar kerana banyak wang telah dihabiskn untuk berpindah ke tempat baru dan kami menetap di kediaman kerajaan yang sedikit menjimatkan kos berbanding sewa di luar.
Tambahan isteri ku bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana tak lama lagi dan menyukarkan aku untuk berpindah dari sini.
Tapi aku ada menyuarakan kepada isteri ku apabila cukup masa dalam 5 ke 6 tahun lagi, aku mungkin mahu memohon kenaikan pangkat untuk keluar dari sini.. kerana setiap hari aku terasa berat ke tempat kerja, berpura2 tersenyum, namun hati ini, Allah ja yang tahu.
Aku harap yang membaca dapat memberikan nasihat positif apa yang aku harus lakukan sebelum aku sendiri menjadi mental.
Mohon jangan kecam saya. Terima kasih.
– Mee Ten Sion (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit