Tersekat Dalam Satu Garis Masa

Aku sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk aku memulakan perkongsian ini. Tapi akan aku cuba untuk bercerita dalam bahasa yang mudah. Tapi sebelum tu sorry ya, jika aku bercampur bahasa.

Mengikut tajuk yang aku tulis seperti itu ia adalah suatu yang realiti yang terjadi dalam kehidupan aku dan diri aku. Mungkin aku boleh gambarkan dalam istilah ‘sakit’ barangkali. Terperangkap dalam satu garis masa.

Sedikit tentang aku. Bab umur aku tak mahu cerita. Tapi ia berlaku kira-kira dalam 15 tahun yang lalu. Ya, 15 tahun aku telah terperangkap dengan garis masa itu. Dan kesannya sehingga sekarang aku dapat rasakan ‘kesakitan’ itu masih ada didalam diri dan telah membantut perjalanan kehidupan aku.

Kenapa aku cakap aku ‘sakit’? Dan apa kaitan nya dengan garis masa yang buat aku terperangkap didalamnya? Sebab kehidupan aku masih didalam garis masa yang lalu.

Which mean traumatic yang masih belum dirawat dan disembuhkan. Aku masih tersekat dalam garis masa yang lalu. Mungkin pada pandangan norma masyarakat, akan memandang ini sebagai satu penyakit mental. but it hidden.

Pada aku, jika diberi pilihan. Aku rasa aku mahu transform diri aku sekarang. Yang mana aku telah faham sekarang the whole of picture tentang dunia ini.

Untuk aku pulang kembali ke masa 15 tahun yang lepas. Untuk aku berjumpa semula dengan Aku. Bagi merawat dan menyembuhkan kesakitan yang aku hadapi sebelum ia memberi kesan pada waktu umur aku yang sekarang.

Yang mana pada masa itu orang disekeliling aku ahli keluarga sendiri tiada seorang pun yang ambil kisah dan peduli untuk merawat kesakitan atau traumatic yang aku alami. Sebab aku seorang yang memendam. Dan mungkin ahli keluarga masa tu sibuk untuk mencari duit menyara kehidupan keluarga.

Kalau boleh Aku mahu pecahkan tembok traumatic itu. Supaya aku lebih baik dan sihat pada masa sekarang. Sekiranya boleh.

Jom kita menulusuri 15tahun sebelum itu. Aku sebenarnya sebelum akil baligh lagi. Aku seorang yang periang, lincah jenis tidak duduk diam. Aku dahulu berkawan dengan semua orang. Cakap apa aje aku tak main. Main guli, main bola, main tembak-tembak… yang ni syiok oh.

Dulu pakai senapang yang jenis ukir pakai kayu dan gunakan buah biji terung yang kecil sebagai peluru. Dulu creative. Sekarang mana ada Sekarang main COD, P.U.B.G apa bagai semua kat hujung jari sekarang ni.

Dulu main layang-layang, gasing, tuju lemak, tuju kasut, teng-teng, zeropoint, apalagi ye. Ketuk tin, polis tan three one to jaga polis mati pencuri jaga. Main lumba Kereta dashenkoro. Main bayblade, main kad tepuk. Hahaha. Jap banyak lagi aku nak lists kan dan setiap permainan ada rule yang korang kena ikut, kalau tidak kau out or game over.

Main carrom, main dam haji main mercun main kejar-kejar. Main ice break. Main main-main dan main je masa tu. Main sampai tak ingat dunia. Happy je waktu dulu-dulu. Sebab semua permainan yang aku main dahulu melibatkan aktiviti fizikal dan melibatkan ramai orang. Hidup gembira. Happy.

Ok aku bab main nombor 1. Tapi bab belajar, aku manusia paling pemalas. Sebab aku tak suka belajar dalam kelas aku tak boleh beri tumpuan apa yang cikgu mengajar didalam kelas. Aku gelisah dowh, kelas dari pagi sampai ke tengah hari. Lepas tu, memerlukan otak aku berfikir dan memberi tumpuan sepenuhnya pula tu masa cikgu mengajar.

Pagi datang sekolah, belum lagi masuk pagar sekolah aku dah rasa panas. Manusia-manusia dekat dalam sekolah tu buat aku rasa rimas tak senang duduk. Tambah kalau ada cikgu-cikgu yang garang lagi aku rasa tak mahu nak belajar.

Minda aku masa dulu jika aku duduk diam-diam fokus sahaja apa cikgu nak mengajar. Mula lah ada anasir2 jahat didalam kepala ni. Boleh time cikgu mengajar. Aku tak fokus pun apa yang dia ajar tu. Aku cuma bayangkan muka cikgu tu tiba-tiba macam santa clause ada biji bola merah yang besar dekat hidung, pipi dia putih, dan rambut dia kuning kerinting-kerinting. Hahahaha.

Aku berangan macam tu untuk aku hilang mengantuk je. Tak kan lah time cikgu duduk mengajar aku nak bangun berjoget pula. Dalam kelas aku pasif. Luar kelas balik rumah aku aktif macam tak boleh duduk diam nak main je. Bila dapat main aku puas. Sel-sel otak aku dapat berhubung dengan jayanya.

Benda tu semua sekejap sahaja. Aku mula alami perubahan setelah akil baligh. Kehidupan disekolah memang merosot. Setiap pagi aku bangun aku nak pergi sekolah aku rasa macam nak pergi masok neraka. Aku takut. Aku banyak ponteng kelas.

Bila banyak ponteng banyak pelajaran yang aku tertinggal. Cikgu marah. Bila kena marah aku terbawa-bawa kemarahan cikgu sampai aku tertidur. Aku menangis ketakutan. Sebab esok aku nak kena pergi sekolah lagi. Aku kena mengadap lagi. Aku totally jadi pendiam.

Lepas akil baligh aku duduk dirumah. Aku tak aktif main macam dulu. Every night, fikiran aku hanya memutarkan moment2 yang tak seronok sahaja dekat sekolah. Setiap kali tu aku menangis takut. Bab cikgu marah depan kawan-kawan buat aku lagi rasa takut.

Sebab aku selalu sangat ponteng sekolah. Aku tak ramai kawan. Malah, langsung tak ada kawan makan sekali. Aku alone. Setiap kali naik gred sekolah. Aku akan ada kenangan2 yang tidak menyenangkan. Aku hilang confident. Setiap malam aku tidur aku membayangkan perkara2 yang menakutkan disekolah. Tiada kawan. Tiada siapa nak berkongsi perasaan.

Aku jadi pendiam. Aku jadi pemalu. Mental aku stuck. Benda-benda ni buat aku trauma. Aku sudah jadi tidak pandai berkawan. Balik rumah, aku jadi moody. Hangin, nak marah tak tentu pasal. Letih. Tak ada yang merawat. Dan aku tersekat dan terlekat dalam fikiran yang aku sendiri cipta.

Aku akan melalui setiap tahun-tahun dan zaman tanpa update terkini. Bila bersama kawan-kawan. Aku tidak pandai bergaul. Kawan bosan sebab aku tiada perasaan.

Aku pendiam. Aku tidak pandai bergurau. Aku Tidak tahu feksyen terkini. Aku Tidak tahu update isu semasa. sampai sekarang aku seorang yang pasif. Mungkin disebabkan trauma yang lepas yang aku cipta sendiri dalam minda aku.

Bila dah masuk fasa bekerja ni. Aku gagal untuk kekalkan kerjaya. Juga merosot. Aku alami stress dan depression ditempat kerja. Sebab aku tidak mampu nak berdiri diatas kaki sendiri. Masyarakat menyampah dengan aku. Tapi walau apa pun aku gigih juga hadap tohmahan-tohmahan masyarakat. Untuk mencari rezeki yang halal.

Aku masih lagi rasakan aku tersekat digaris masa yang lalu. Kalau boleh aku nak balik pada 15tahun yang lepas. Aku nak pecahkan tembok-tembok ketakutan yang aku sendiri cipta & bina. Supaya aku lebih sihat sekarang.

Para pembaca tolong doakan aku. Aku bukan mental. Tapi aku pikul banyak beban-beban masa lalu aku sehingga sekarang. Dan ia memberi effect pada hati, jiwa, fikiran dan perasaan aku untuk menjalani kehidupan ini. Aku cuma nak hidup sihat macam orang lain.

Doa kan aku ya saudara saudara dan saudari yang aku kasih dan sayangi. Hanya kasih sayang dan prihatin dari orang sekeliling aku sahaja yang dapat memulih dan merawat diri aku ni. Dan juga doa kalian.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *