Terselamat Daripada Berkahwin Dengan Orang Yang Salah

Aku tergerak hati nak kongsi kisah aku kat sini. Aku N umur 35 tahun.

Dah sebulan berlalu. Sepatutnya aku dalam fasa honeymoon. Tapi aku putuskan pernikahan 5 hari sebelum hari nikah 10.12.2022.

Kenapa aku putuskan? Sebab akhirnya terbongkar yang bakal suami aku tipu aku.

Lagi dekat nak tarikh nikah, Hafiz (bakal suami aku) tetiba ada banyak masalah duit. Aku dah beralah dengan aku tak minta duit hantaran.

Cukup sekadar mas kahwin, baju nikah, bayaran tok kadi dan duit makan 100 tetamu. Anggaran lebih kurang RM2k sahaja. Aku fikir tak nak bebankan die dan nak buat benda baik kan.

6 hari sebelum tarikh nikah. Keluarga aku kena keluar duit makan. Die kata takde duit. Takpe aku beralah lagi. Aku yang beli baju kahwin.

Bila tiba time beli cincin dan gelang emas. Die kate die bawa RM500 je. Aku masih diam time tu. Time nak bayar beli cincin sahaja harga RM1k. Tapi guna duit aku.

Waktu tu aku tak terfikir apa2 pon. Balik je dari beli barang, aku terus tibe2 tersedar. Eh kenapa aku yang keluar duit beli emas. Terus aku whatsapp die. Tapi die tak baca. Off handphone.

Aku solat taubat dan solat istikharah bagi tenangkan hati.

Esok pagi ye kepala aku berat giler. Aku pergi kat mak ayah cakap tak nak kahwin. Aku call dan whatsapp die langsung tak berjawab sebab die off hp.

Aku susah hati. Aku ajak ayah dan adik aku pergi tempat kerja die. Sampai tempat kerja die, hr tu kate last die kerja tahun 2019.

Ya Allah terkejut ye kitorang. Die tipu aku dan family aku ker? Balik tu aku terus batalkan nikah. Waktu tu aku pilih malu tak jadi kahwin dari aku teruskan kahwin dengan penipu.

Tipu lah kalau kate aku tak sedih. Malam sehari sepatutyer tarikh aku nikah. Aku contact die dalam kol 11malam. Aku tanya die kenapa tipu aku.

Die kate mane ade tipu. Die cuma kerja banyak tempat. Aku cakap kat die pergi la kerja sebab waktu apply tarikh kahwin die kate die bz kerja.

So dah tak jadi kahwin. Pergi la kerja. Tibe2 die kate takde kerja. Eh. Aku dah pelik time ni. Lepastu die pujuk kahwin dengan die. Kebenaran kahwin 90 hari kan. Masih boleh nak nikah. Giler ker laki ni.

Mak ayah aku mungkin tak kan setuju kali ni. Mana nak letak muka kat tok kadi, kat sedare mare, kawan2. Die senang2 je suruh kahwin balik. Tak yah ajak orang lain.

Esok ye aku susah hati balik. Sedih la kan. Patut ye hari tu hari aku nikah. Aku call dan whatsapp die pagi tu tapi tak berangkat. Eh die ni langsung tak sedih ker. Bukan ker patut yer pagi ni kita nikah. Kecewa.

Aku nekad aku cari nombor ex wife die. Aku jumpa terus aku whatsapp elok2 siap bagi salam.

Tapi ex die terus tanya aku tanpa balas salam aku. “die ade r*gol awak ker? Die ade ambil duit awak ker? Awak tau ker die ade isteri lagi satu? Ya saya ex wife.

Baru malam tadi kami ‘bersama buat s3x’. Eh die ni kenapa reply macam tu. Aku jadi curious. Terus aku vc dengan die dan wife die.

Nampak la dorang macam marah aku. Aku cakap “bukan salah aku dan tak perlu serang aku. Sekarang ni aku yang cari korang. Bukan korang yang cari aku”.

Baru lah dorang tenang sikit. Aku cerita la tujuan aku cari dorang.

Sebenaryer aku nak tau sangat die kerja apa sampai tipu aku. Rupe yer die tak kerja.

Die banyak perempuan dan selalu r*gol dan ambil duit perempuan yang die r*gol tu. Aku terkejut gile. Selama ni aku bercinta dengan penjahat, per*gol. Alhamdulillah Allah lindung aku. Die langsung tak sentuh aku.

Pernah dulu die ade kata penampilan aku tak menarik (aku pakai tudung labuh, baju pon labuh) dan takde lelaki nak tengok aku.

Time tu aku tanye die kenapa nak kahwin dengan aku kalau aku tak menarik. Die jawab sebab hati aku baik. Poodahh, lakonan je tu. Aku rase sebab duit.

Time vc tu pon aku baru tau yang die tak pernah bagi nafkah kat isteri2 die dan anak2 die. Selalu menghilangkan diri, selalu pukul isteri2 die, tipu, cerita fitnah keluarga, selalu curi duit.

Aku jadi speechless. Lepastu wife yang ade sekarang kena tinggal 4 bulan tanpa nafkah. Yang ex wife jumpa selalu sebab buat s3x (dorang cerai secara fasakh. Means dorang kena akad nikah balik tapi dorang tak buat pon)

Mungkin ade yang tertanya kenapa aku dan die dapat kebenaran kahwin dari jawi (status die duda, aku anak dara). Rupe yer dorang kahwin kat siam. Dua2 wife die, die kahwin kat siam.

Yang pertama ada rekod sebab dah keluar 1 anak sebelum kahwin. Lagi satu sebab tak nak wife pertama tahu. So sebabtu aku tahu kewujudan ex wife je tanpa aku tahu ada lagi 1 wife.

Doakan aku boleh lupakan pasal die buat zina dengan ex wife die (dorang cerai secara fasakh). Sebab ni lah penguat faktor aku rase jijik dengan dorang, rase jijik aku penah bercinta dengan die.

Sampai aku susah nak terima yang diri aku penah bercinta dengan die. Perkara ni je yang susah aku nak move on.

Doakan lah aku boleh lupakan kisah ni. Alhamdulillah Allah selamatkan aku dari berkahwin dengan per*gol, penjahat, penipu ni.

Lessons here:

1) Solat dan doa banyak2 kat Allah ta’ala. Aku kerap sangat susah hati bab kahwin ni. Bila aku cakap kat laki tu. Die kata setan hasut aku.

Rupe ye die la setan. Aku selalu minta kat Allah. “Ya Allah, aku tak kenal die sangat. Aku minta tolong padaMu petunjuk, jawapan patut ker aku kahwin dengan die”

2) Jangan disebabkan umur dah 35 tahun desperate nak kahwin sampai pakai ambil sahaja sape2 yang masuk meminang. Kena buat background check thoroughly. Jangan sesekali skip benda ni.

3) Don’t settle for less. Aku ade degree. Lelaki tu sampai upsr je. Nampak bodoh ye aku.

4) Please listen to your parents, your siblings and bff. Dorang just want u happy. kahwin dengan orang yang betul. Bkn ye dengan penjahat.

Thanks to ayah dan kakak aku yang tak serik2 suruh aku fikir dan doa banyak kali.

5) Tengok effort laki tu. Ada tak die nak keluar duit untuk kahwin. Kes aku ni. lepas aku beli baju kahwin, baru aku tersedar. Eh kenapa aku yang keluar duit beli cincin emas, beli baju kahwin, katering, goodies.

Seolah2 aku baru tersedar dari ‘mimpi’. Terus aku teringat dalam kete nampak die terkumat kamit. Aku cakap baca ape. Die kate tak de ape.

Aku rase die baca sesuatu untuk pukau aku.

6) Love yourself. Aku slowly belajar menerima takdir aku. Belajar mencintai diri aku.

Aku tak nak kahwin untuk bercerai. Aku tak nak kena pukul dengan suami. Aku tak nak aku kena kerja untuk biawak hidup. Aku taknak diri aku sedih. Sakit, Kecewa. Takpelah kalau tak kahwin lagi.

Janji aku tak sakit disebabkan berkahwin dengan org yang salah.

7) Carilah suami yang boleh jadi ayah yang baik utk anak2 nanti, menantu yang baik untuk mak ayah kita.

Thank you pada kaunselor talian 15555 HEAL yang suggest aku buat luahan kat sini. Terima kasih kerajaan kerana sediakan kaunselor percuma untuk rakyat Malaysia.

Memang aku down sangat sampai menangis taknak stop, takut, kecewa, gelisah. Sedikit sebanyak bila dah luahkan pada kaunselor, ringan sikit beban di mental dan hati aku.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *