Assalamualaikum semua. Saya perkenalkan diri saya sebagai Maksu. Saya sedang sarat mengandung menunggu hari untuk bersalin. Saya tinggal di zon merah bersama suami.
Sebelum PKPB dilonggarkan, saya dan suami berbincang nak bersalin di kampung dan ambil keputusan untuk mohon kebenaran merentas negeri.
Hati ni punya lah girang gembira sebab dapat lah saya habiskan masa bersama orang tua saya. Memandangkan saya bongsu dan agak manja dengan kedua orang tua saya.
Ini adalah peluang yang saya nanti nantikan untuk bersama dengan mereka dalam waktu yang lebih lama kerana komitmen selepas berkahwin yang jarang saya dapat menghabiskan masa bersama mereka dgn waktu yang lama seperti waktu bujang dahulu.
Oh ya! Saya sedang mengandung anak kedua dan mempunyai anak pertama yang sangat comel baru berusia 3 tahun. Anak saya di diagnos oleh doktor sebagai ‘istimewa’ yang memerlukan perhatian lebih dalam menguruskannya.
Dan sebabkan dia lah kami ambil keputusan ini kerana tiada siapa yang mampu menjaganya memandangkan saya seorang suri rumah dan dia hanya biasa dengan saya dan suami.
Kami buat keputusan pulang lebih awal untuk ibu abah memahami cara menguruskan dia semasa saya berada di dalam wad nanti.
Ok. Selepas dapat kebenaran merentas negeri, saya pun pulang ke kampung halaman dengan riangnya.
Sesampai disana mendapat perkhabaran abang saya yang tinggal 27 km dari rumah ibu bapa saya ingin pulang. Saya berbesar hati memandangkan saya pun sudah lama tak bertemu beliau dan anak-anaknya.
Title saya sebagai maksu memang agak rapat dengan anak-anak buah saya dan sejak bujang saya biasa membantu ibu2 mereka menguruskan anak-anak buah saya.
Masalahnya bermula bila rupanya mereka cuma menghantar anak mereka untuk dijaga oleh ibu abah dan saya. Mereka mempunyai 4 org anak. Mereka cuma membawa pulang anak yang bongsu. Alasannya nak anak mereka belajar mengaji dengan ibu saya.
Oh sebelum terlupa, hari kepulangan saya tu ibu saya mendapat kecederaan lutut yang membuatkan dia tak mampu solat secara biasa. Dia solat secara duduk sejak itu.
Biasalah lumrah kanak kanak yang sedang membesar. Mereka lasak, bising, riang dan tak duduk diam. Saya akui itu dan saya sebagai maksu yang sudah biasa dengan keadaan itu tidak lah merungut kerana bagi saya mungkin keberadaan mereka hanya sementara.
Minggu berganti minggu, khabar pun tidak ditanya tentang anak mereka. Hujung minggu mereka hanya menjengah dan pulang semula ke rumah meninggalkan ketiga2 mereka.
Saya yang semakin sarat menguruskan makan minum pakai anak anak mereka. Ya saya akui, bila dengan saya anak anaknya lebih disiplin dan berdikari. Mereka terlalu dimanjakan tentang pengurusan diri.
Kononnya mereka dihantar untuk dididik oleh saya. Mashaa Allah. Keadaan saya yang semakin sarat meletihkan. Saya menjadi kerap marah dan menangis setiap hari kerana stress. Dengan nak uruskan anak sulung lagi. Anak saya tidak seperti kanak-kanak lain.
Pengurusannya hanya saya dan suami saja yang memahami. Ramai orang yang tidak faham keadaan dia akan mengkritik cara kami menguruskannya. Pelbagai mulut orang sudah kami hadapi.
Setelah doktor mengesahkan keadaan dia. Barulah mulut2 itu diam dan senyap sedikit. Dia anak syurga kami.
Keadaan ibu yang sakit buat saya yang banyak menguruskan kerja rumah. Kalau diikutkan saya memang dah tak larat berbuat apa2 tapi saya gagahkan diri saja.
Selepas subuh saya dah memasak sarapan untuk seisi rumah. Keadaan anak saya membuatkan dia tidak makan makanan seperti orang lain. Maka saya kena masak sesuatu yang berbeza untuk anak syurga saya.
Selepas itu, saya kena memandikannya sambil menyediakan bahan untuk dimasak makan tengahari. Anak2 buah saya yang sedang membesar membuatkan mereka suka makan dan tidak berhenti mencari makanan.
Dan sementara masak makanan tengahari saya kena menyediakan sesuatu untuk mengalas perut mereka.
Allah letihnya tak tau nak kata. Dengan keadaan yang sedang sarat tapi saya sangatlah lasak. Belum lagi mengemas rumah, menyapu, mengemop semua.
Selepas sudah memasak saya akan segera mencari anak saya. Saya akan meluangkan masa dengannya sambil saya berehat.
Kadangkala saya akan curi masa itu dengan melelapkan mata kerana selain letih menguruskan rumah, setiap malam saya ada masalah menidurkan anak syurga saya itu.
Dia akan tidur sangat lewat dan saya kena berjaga sehinggalah dia tidur. Dan saya akan bangun awal keesokkannya untuk menguruskan hal rumah.
Saya suarakan ketidakpuasan hati saya pada ibu tentang cara abang dan kak ipar saya. Yang menyedihkan saya, ibu lebih menangkan mereka. Kata ibu kesian akak ipar uruskan anak2 nya selama ni.
Allahu.. saya ni dalam keadaan sarat dan depan mata ibu saya dah tak jadi seperti diri saya sendiri.
Saya kerap marah dan kadang tidak mampu berdiri tegak dan berjalan dengan betul. Kata ibu, dia suka cucu cucunya depan mata. Dia nak ajar mereka mengaji dan menghafal. Oh ya.. anak2 abang saya itu dlm lingkungan 9 hingga 4 tahun.
Setiap hari usai rutin saya, saya akan mengadu dengan suami. Keadaan suami yang sedang kuarantinkan diri kerana punyai kontak rapat buatkan dia tidak boleh ke mana2 dan hanya duduk di rumah saja. Dia berasa kesal sekali.
Tujuan dia menghantar saya ke kampung untuk saya lebih berehat sambil menunggu waktu bersalin. Dia tekad untuk bawa saya pulang ke sana semula selepas tempoh kuarantin tamat dan apabila dia betul2 disahkan negatif.
Saya tersepit dengan menjaga hati ibu dan hubungan adik beradik saya dengan abang. Tapi saya dah tak mampu rasanya. Saya dah tak larat dengan keadaan saya yang sarat, kerap marah2, tak cukup rehat dan tidur.
Rasa saya lebih baik saya pulang ke rumah sendiri, saya punya lebih banyak masa berehat dan suami yang sentiasa takeover kerja2 rumah dan pengurusan anak sulung.
– Maksu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit