Tersepit Antara Ibu Yang Narsisistik Dan Adik Yang Dah Terlalu Terluka

Aku merupakan anak kedua dari 4 beradik. Miliki seorang kakak, adik lelaki dan adik perempuan. Masih mempunyai ibu dan bapa.

Dalam keluarga kami, ibu aku adalah dominan. Dia yang akan tentukan segala keputusan. Bapa seperti tiada kuasa dalam keluarga kami. Bapa sangat baik, diam dan tak suka gadoh. Jadi bila ibu membangkang sesuatu, bapa akan terus ikut je sebab taknak ibu bising.

Dari kami kecil, ibu agak sisihkan aku berbanding adik beradik lain. Tak pasti sebab apa. Mungkin aku anak yang lahir tak diminta kerana aku beza umur setahun je dari kakak. Selalu laa ada je perkara yang ibu akan buat hingga aku asingkan diri aku.

Tapi adik bongsu aku selalu perasan dan bertanya dengan ibu, kadang adik macam agak marah dengan tindakan ibu. Ada beberapa hal, yang masih aku ingat dan kadang² macam aku rasa aku berdendam dengan ibu disebabkan perbuatan ibu tu.

Hinggalah aku dewasa, keadaan masih berlarutan, tapi aku dah tak kesah sebab aku dah ada keluarga. Agak2 hati aku terasa dengan ibu, aku takkan balik kampung hinggalah bapa aku call tanya bila aku nak balik.

Ibu selalu kata aku n adik bongsu aku suka melawan dia. Sejak dari kecil, kakak dan adik lelaki adalah anak favourite ibu.

Maybe sebab adik tu anak lelaki tunggal dan kakak selalu dipuji oleh jiran atau saudara mara yang datang sebab agak cantik. Aku pulak memang agak comot kecik² dulu. Tapi syukur, aku agak pandai dari anak² lain.

Tapi sekarang ibu dah mula jaga hati aku. Sebabnya, Allah kurniakan anak² aku agak bijak, alhamdulillah. Namun anak favourite ibu masih tak berubah.

Kebetulan anak adik lelaki aku agak bijak juga dan belajar tahfiz. Menjadi pujian guru di seknya. Jadi setiap kali jiran atau saudara mara datang, ibu akan mencanang laa kisah cucu tahfiznya ni.

Satu sikap ibu yang selalu aku tegur, dia suka mengata orang, ada saja yang tak betul di matanya. Dan dia akan puji² laa cucu tahfiz tu seperti tiada cucu lain dah. Kadang² perkara ni boleh jadi gaduh antara aku dan ibu sebab aku tegur dia supaya tidak mengata orang lain.

Ibu cukup pantang jika ada yang menegur kesilapan dia. Konon dia terpaling pandai dan tau bab² gama sebab dia pernah sek agama.

Aku dan adik perempuan selalu digelar anak derhaka sebab menegur dia. Kakak selalu playsafe je. Adik lelaki selalu follow je sebab ibu banyak bantu dia, jadi dia memang hadap je kata² ibu sebab dia macam bergantung hidup dengan ibu.

Cuma dengan anak² aku, dia akan mengalah sebab anak² aku sedang belajar degree dalam bidang agama dan dia rasa dia dah kalah dengan anak aku. Kalau dulu dia selalu kata orang lain jahil sebab konon dia seorang je sek agama.

Kisah yang nak aku cerita adalah, sudah 2 tahun keluarga aku beraya dalam kesedihan. Puncanya ibu aku membuat huru hara pada hari terakhir puasa. Dia akan cari kesilapan samada dari aku, adik perempuan atau bapa.

Bila kami dah mula sakit hati sebab ibu cari pasal, ibu akan memaki hamun kami. Dan keadaan mula menjadi tegang. Sedih, sedih sangat. Saat keluarga lain gembira riuh rendah nak smbut raya, keluarga aku riuh rendah sebab ibu dok memaki hamun aku, abah dan adik.

Setahun 2 ni, adik menjadi sasaran ibu. Dan sekarang dah hmpir 2 bulan adik tak datang jenguk ibu. Bapa je kadang² datang ke rumah adik untuk lepaskan rindu.

Adik dah cukup terluka sebab ibu dah sering kali maki hamun dia dan suaminya. Sampaikan kelurga suaminya pun dikata macam² yang buruk oleh ibu.

Kisah adik aku ni, dia dan suami adalah anak menantu yang paling menjaga ibu bapa. Tak pernah berkira dengan ibu bapa. Tapi ibu tak reti nak amik kesempatan dari kasih sayang mereka. Ruginya ibu.

Baru² ni tanah yang sedang adik dan suaminya usahakan, yang ibu dah janji nak bagi mereka, ibu plan nak letak nama adik lelaki pulak.

Allahuakbar, aku tak tau laa nak cakap apa jenis hati ibu ni. Dah laa duit ibu banyak ibu peruntukan untuk adik lelaki dan keluarganya. Dia boleh maki hamun bapa jika dia tak cukup duit nak bagi kepada adik lelaki tu.

Ibu selalu cakap adik lelaki tu satu² harapan yang akan jaga dia. Tetapi dah 2 kali ibu sakit, hanya aku, adik perempuan dan kakak saja yang jaga ibu.

Adik lelaki tu ada je urusan dan masalah yang menyebabkan dia tak dapat jaga ibu. Hurmmm, tapi ibu tetap sombong dalam kata² dia dengan anak² perempuan dia.

Masalah aku hadapi sekarang, ibu dok mesej² aku konon dialah ibu yang terpaling sedih sebab anak cucu takde datang ziarah. Sebelum ni, adik perempuan laa yang selalu ziarah dia.

Sebenarnya dia nak aku pujuk adik aku. Tapi aku pun dah malas nak pujuk adik. Sebab sebelum ni dah banyak kali aku pujukkan bila adik terasa hati dengan ibu. Ibu ni ego, dia takkan ngaku salah dia.

Hampir setiap hari dia akan send video² anak derhaka kepada kami. Bila kita dok dekat dia, dia akn buka sound kuat² video yang berkenaan anak atau suami untuk jadi baik supaya kami dengar.

Tapi kadang² aku mesej juga adik suruh dia balik. Tapi dia kata biarah dia jauh dari ibu untuk elakkan dia gadoh dan jadi anak derhaka. Bapa juga dah 2 kali lari dari rumah. Mengasingkan diri dari ibu sebab tak sggup nak dengar bebelan ibu.

Ibu pernah maki hamun bapa dan keluarganya. Kesian bapa. Sampaikan bapa dah pesan kepada aku dan adik, raya nanti takyah balik pun takpe sebab taknak ibu membuat huru hara seperti raya sebelum ni.

Sekarang aku dah tak tau nak buat apa. Baru ni aku balik kampung, aku singgah rumah adik. Nampak dia sangat terluka. Anak² adik rindu nak balik kampung tapi dorang sendiri beritahu nanti nenek akn bising² marah² emak dorang. Jadi anak² adik pun taknak balik kampung.

Sekarang suami kakak pun dah tak berapa suka nak balik kampung sebab ibu buat huru hara masa raya tu. Suami kakak ni biasa mak ayah dia cakap lembut² je. Anak² aku pun dah mula cakap² pasal nenek mereka ni. Pelik tengok sikap neneknya.

Ntah laa, aku rasa lama² semua anak menantu, cucu ibu dah tak nak jumpa ibu. Ruginya ibu, mensia²kan hari tua dia jadi camni. Tapi ibu tetaplah kata dia tak kesah pun anak² taknak balik, tapi ibu tetap laa mesej video kesedihan ibu kat kami, hurmmm.

Tolong doakan semoga Allah lmbutkn dan beri kesedaran kat ibu. Semoga Allah lmbutkn hati adik untuk balik kampung sebab selama ni adik laa yang banyak uruskn ibu, tak kira masa dia sakit atau sihat. Tapi cepat betul ibu lupakan segala jasa adik dan keluarga dia.

Tolong jangan kutuk ibu, cuma minta berikan kata² motivasi untuk aku adik beradik hadapi ibu begini. Doakan juga bapa aku sihat sejahtera dan bahagia.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> htetaps://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Aku juga sama keadaan dgn kamu mempunyai ibu spt kamu. Bezanya aku lelaki dan baru sahaja dibuang isteri narsisis selepas 15tahun kawin bila aku dia dah tak mampu kawal lg. Tp ex bini aku jenis narsisis yg lain dari ibu aku. Dia covert dan ibu aku comunal.

    Aku tak pernah tahu ttg narsisis sehinggalah aku dibuang bini aku. Setiap hari aku tertanya2 dalam hati dimana kesilapan aku sehingga diperlakukan begini. Setelah aku mencari maklumat di internet, barulah aku sedar apa yg terjadi dan baru sedar ibu aku juga sama spt itu.

    Nasihat aku, fahamj betul2 pasal narsisis ni. Kenalpasti jenis mana ibu kamu. Kamu tak akan boleh ubahnya kamu dan ahli2 keluarga hanya boleh kawal respon bila berinteraksi dengannya. Kamu juga kena hadkan tempoh berinteraksi dgnnya. Itu saja jalannya

  2. kita serupa tp aku yg beeperangai narsistic ni bapak aku .. ada je benda x kena .. hari2 marah .. maki hamun tu biasa da jadi sarapan pagi.. dia bukan kira org sakit ke ape ke yg enting dia puas..

  3. Perangai narsisistik ni takde ubat sebab dia hanya nak menang dan orang lain itu salah.kalau tau dia salah pun mati tak mahu mengaku sebab dia sentiasa nak jadi juara

    Perkara paling penting adalah kena mengelak.. jarakkan diri
    Sebab kesihatan mental lebih utama.
    Bila mental dah terganggu maka penyakit lain akan muncul

    Sayangi diri sendiri lebih daripada sayang orang lain ya

    Belajar apa itu self love and mindfulness

    🫂 Hugs 🤗

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *