Tersepit Antara Mak Dan Isteri

Assalamualaikum.. Aku Ameer 29, isteri aku Nayla 25.. Aku dah kahwin 8 tahun.. Aku nak minta pendapat dan nasihat..

Macam mana nak lembutkan hati isteri aku pada family aku.. Means mak aku, kakak aku, abang aku dan biras-biras dia.. Aku penat 8 tahun kahwin pun isteri aku masih benci dekat mak aku dan adik-beradik aku… Benda yang sudah tu sudahlah..

Setiap kali bergaduh dia ungkit mak aku jahat, kakak aku jahat, biras dia jahat.. Asal balik rumah mak aku je mengamuk, bad mood, sentap, buat muka… Tu semua memang “makanan” dia la setiap kali nak balik rumah mak aku…

Dulu aku duduk dengan mak aku sebab tak mampu, tak ada kerja tetap… Sekarang dah pindah jauh dari family… Nampak perubahan ketara isteri bila dia jauh dari keluarga aku… Aku ingat dah ok lah sebab dia happy, tak baran, tak mengamuk macam dulu…

Tapi bila sebut nak balik kampung aku je tiba-tiba jadi baran… Nombor family aku semua dia block.. Kalau boleh dengar nama keluarga aku pun dia tak suka.. Macam mana nak ajar isteri aku ni redha dan maafkan semua orang ye.. Aku sayang sangat isteri aku…

Memang la selama ni aku tak tahu apa family aku buat dekat dia sepanjang menumpang rumah mak aku… Aku ingat dia sengaja fitnah dan buruk-burukkan family aku..

Tapi sejak kantoi aku nampak mak aku tengking isteri aku… Aku selalu defend isteri aku sampai mak aku dan adik-beradik palau aku, cakap aku anak derhaka, aku kena nasi kangkang isteri… Setiap kali isteri aku bersalin, mak aku akan kacau mental isteri aku sampai isteri aku meroyan…

Aku ni tersepit mana nak menangkan mak, mana nak menangkan isteri.. Mak aku pula suka guna agama takutkan aku… Cakap aku anak derhaka yang tak dapat redha mak sebab ikut cakap bini… Sakit matt mak sendiri cakap macam tu..

Isteri aku ni lawa… Setiap kali baju apa yang isteri aku beli, skincare ke.. Mesti mak aku rembat.. Dia cakap bini kau banyak duit suruh dia beli lain… Padahal mak aku tu pencen riban matt… Dia makan sorang je..

Tapi yang isteri aku ada dia nak jugak… Kalau beli sendiri ke suruh aku beli lain ke tak apa jugak… Tapi dia mesti nak bekas isteri aku pakai jugak…

Lepas tu mak aku suka cakap depan isteri aku dia nak kawinkan aku dengan sipolan… Isteri aku tengah rapuh lagi hati dia masa tu sebab aku curang… Mak aku dengan kakak aku tambah lagi bala dalam rumah tangga aku…

Bila aku cakap aku nak lepaskan isteri aku depan mak aku sebab isteri aku dah tak tahan dengan keluarga aku, mak aku nangis-nangis cakap tak kesian ke kat anak-anak… tak kesian ke kat mak… Tak pernah lagi keluarga kita cerai-berai…

Tapi mak aku pun punca segalanya… Dia jugak yang melagakan isteri aku dengan adik-beradik aku dan ipar-duai aku…

Bila aku tegur apa mak buat tu salah, dia sound aku balik, cakap mak tak pernah salah.. Dalam dunia ni mana ada mak yang salah… Yang salah dan derhaka tu anak…

7 tahun isteri aku bertahan duduk dengan mak aku… Tahun ke-8 baru aku ada rezeki beli rumah sendiri… Tapi emosi isteri aku, susah nak terangkan… Dia trauma sampai macam tu sekali dengan keluarga aku…

Mak bapak mentua aku, adik-beradik isteri aku seorang pun tak tahu teruknya keadaan isteri aku selama kahwin dengan aku.. Sikit pun isteri aku tak pernah cerita buruk pasal aku dan keluarga aku…

Mungkin silap aku dulu terlalu menangkan keluarga aku sampai isteri aku trauma macam tu… Tapi sekarang ni la jadi punca setiap kali pergaduhan mulut je, mesti pasal keluarga aku… Aku penat nak hadap benda sama bertahun-tahun… Sampai bila entah lah..

Cuba korang bagi nasihat atau share pengalaman korang handle situasi macam aku ni.. Bila tak balik rumah mak serba salah…

Bila balik, bini tarik muka sebab asyik kena jadi bibik je kat rumah mak… Mak memang kuat mengarah menantu… Anak perempuan sendiri dia tak pernah suruh… Alasan kakak penat la… Dia nak urus anak laki dia la…

Nak ditelan mati emak.. Diluah mati bapak… Mak aku dah 70-an dah… Aku malas nak bertekak dengan orang tua… Tak ada faedah… Tapi tidak la aku mengiyakan perangai mak aku…

Orang takkan faham selagi tak duduk kat tempat aku… Mak aku tua-tua pun WhatsApp terer berjela sumpah seranah anak.. Aku tak jahat.. Aku cuma tak nak hilang isteri aku… Aku sayang isteri aku…

– Ameer (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Bini ko dah deria bertahun2 memang ptut dia troma.. jadi ko kalau nk blik kg,ko blik ar sorg2.. tglksn bini kau di rumah.. emosi bini ko xmrah2.. ko pon xskit aty tgok prangai mak ko.. slow talk dgn die tgl kjp kat rumah.. xkisah ar ko blik ari raya ke blik cuti2 saje ke..
    Dan jgn lupe doakan sntiasa agar aty isteri ko dan mak ko jadi lmbut dan bleh mlupakan pergaduhan ni 1 ari nnti..

  2. Dah teruk sgt tu penangan mak ko kt bini ko. Teruk jgk mental isteri ko dikerjakan. Klau Angah jd dia pun, boleh gila jdnya.
    Nampak sgt2 mak awak x cerdik orgnya. Suka brdengki, cemburu kot kt menantu lawa. Org cantik lawa ni mmg dicemburui semua org. Kisah dongeng pun tunjuk, Cinderela tu dibuli, didera oleh mak tiri & adik kakak tiri dia. Sb lawa la. Ko yg x reti brsyukur pun ada. Isteri dh lawa pun boleh curang dgn ppuan lain. Hahaha…. Kau mmg kena fikir, yg kau mmg buta. Bkn mata je buta, hati pun buta x reti nk mnilai eloknya isteri kau. Angah yakin, masa kau mula kawin dgn dia, mesti dia bkn org yg suka mngamuk2 x tentu pasal mcm skg kn. Tau pun….. Dulu hati dia, mental dia x didera org. Skg hati dia mental dia dh parah kena dera. Sb tu susah nk kau pulih pulihkn mcm dulu2 balik. Tolong! Jgn bali. k kg bawak isteri kau klau dia x suka. Balik la sorg2. Paham

  3. jgn nak stress sgt, jgn nk kusut pikir cara nk baik2 kn isteri dgn mak kau tu
    lebih baik kau fikir cara nak bahgia kan isteri dan anak2….
    lepas tu kau bahgia kn syurga kau jgk…
    kau nk balik kampung, kau balik la sendiri, jgn paksa
    lepas bersalin mental isteri kau tu rapuh smpai meroyan, dgn kau curang….
    letak kan diri kau tu, dlm diri isteri kau.
    kau suka org perlakukan diri kau sebegitu???
    bayangkan mak mentua kau, buat jahat kt kau macam2….
    kau suka???renungkan la….

  4. dah tu tak faham2 lagi ke bro? balik jela sorang2, tak payah bawa bini kau sekali. kau balik pun fikiran tenang, mak kau bebel buat pekak jela telinga tu. 7 tahun kot kena dera emosi, sampai trauma dibuatnya. kau doa je banyak2 semoga satu hari bini and mil boleh berbaik.

  5. Oh no, your mom is the real disease here. Your wife seems okay je sebab dia mengamuk puncanya dari your family.

    There are few things that I boleh suggest:
    1. Kalau balik kampung, follow your wife 24 hours. Make sure your wife ada dengan you SETIAP MASA so that dia tak kena buli with your family. You as her protecter please protect her.
    2. Kalau your mom suruh-suruh your wife buat kerja rumah, you buat sekali dengan dia. Buat sama-sama so that your mom akan nampak yang dia susahkan you jugak. Not just her.
    3. Terus doa supaya your mom berlembut hati dengan kamu dan isteri. Cuba hadiahkan alfatihah kepada your mom selepas solat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *