Tersepit: Family & Su4mi II

Untuk part I, (https://iiumc.com/tersepit-family-su4mi/).

Salam semua,

Aku Alia, ade confess sebelum ni Tersepit : Family & Suami

Aku baca setiap komen yang diberi.

Untuk siapa yang bagi nasihat, ada nasihat yang buat aku tersentuh hati.

Yang mendoakan, semoga doa yang baik2 kembali pada korang.

Untuk yang cakap aku bodoh, aku terima, sebab aku pun tahu aku bodoh, memang tersangat bodoh. Alhamdulillah thank you semua.

Bagi yang tertanya kenapa aku tak maki adik aku balik, sebenarnya ade je aku maki dia balik sebab dengan perangai bodoh & biadap dia, waktu aku bujang memang aku sering sangat bertekak dengan dia, maki hamun tu takyah cakap lah.

Lepas aku nikah, suami aku ubah aku, ubah aku dari seorang pemarah jadi seorang yang penyabar, dari kuat maki, sekarang aku dah tak keluarkan ayat maki maki sebab suami aku memang bukan jenis yang memaki hamun.

Boleh dikatakan suami aku ubah hampir 100% sikap aku, aku dah boleh kawal emosi aku sendiri, mak aku pon sedar perubahan aku,

Alhamdulillah.

Masa awal2 kahwin je, aku membalas apa dia cakap lama lama aku rasa aku membalas pun apa aku dapat?

Ayat suami & mak aku ajar, biar orang lain menyalak jadi anjing, jangan kita ikut menyalak, selalu orang yang tenang tu ialah orang yang benar. Maybe juga faktor umur aku malas nak bertekak macam dulu.

Dari situ aku start senyapkan diri dari adik beradik aku, apa diaorang cakap, aku buat diam, dorang update status, aku hide status dorang supaya aku tak terbaca.

Aku hanya call mak aku tanya khabar, kalau aku balik kampung pun aku buat hal aku & mak aku je, aku jarang bercakap dengan dia.

Bagi yang bertanya kenapa tak ajak mak aku duduk dengan kami, puas dah aku pujuk, suami aku pun sama pujuk mak aku, mak aku masih jawapan dia yang sama, dia taknak ganggu kami berdua.

Setiap hari aku call, aku akan pujuk dia duduk dengan kami. Mak aku cakap, biar alam rumah tangga kami berdua susah senang bersama tanpa ada orang lain masuk tinggal bersama.

Soalan aku dari cerita pertama?

Aku terfikir penceraian adalah jalan yang terbaik, aku rasa perkahwinan aku ni satu kesalahan, aku persoalkan pd Allah semuanya. Tapi semua persoalan ni masa tahun pertama perkahwinan aku.

Kenapa aku cakap macam ni?

Sebab, mak aku ibu tunggal, tiada sebarang pencen, macam cerita aku sebelum ni, kakak aku tak tinggal bersama sebab faktor kerja dia.

Hanya aku je harapan mak aku, ke sana ke sini. Mak aku tak pandai drive / bawa motor. Aku lepas grad terus cari kerja sebab nak keluar kereta untuk mudah nak bawa mak aku ke klinik, belanja dapur etc.

Kalau sebelum tu kami hanya naik bas atau tumpang orang, biasa laa menumpang mcm mcm orang cakap, sebab tu aku bertekad, janji dengan diri aku sendiri untuk keluar kereta sendiri tanpa bantuan orang lain.

Rezeki aku dapat keluar kereta sendiri masa umur aku 22 tahun, doa dari mak aku.

Sebab tu bila aku pindah keluar, kaki mak aku umpama patah sebab aku dah takda untuk bantu dia. Adik aku pula tambah lauk cakap aku macam macam supaya rasa bersalah aku lagi menebal.

Waktu ni aku belum pandai atur kehidupan aku sebagai seorang isteri, emosi aku & dapat lagi tambah lauk dari adik beradik aku. Sebab tu tajuk aku tersepit antara family & suami aku.

Aku kena taat suami aku, dalam masa yang sama aku bersalah sebab tak dapat nak bantu mak aku. Aku tak dapat duduk satu negeri dengan mak aku sebab faktor kerja suami aku.

Sekarang aku tak persoalkan dah pada Allah bende ni semua, sebab aku dah sedar, aku dah boleh adapt, cukup aku contact mak aku je, tahu tanggungjawab aku ke mak aku.

Aku perlu jauhkan diri dari adik beradik aku sendiri. Kadang tak perlu orang luar pun, darah daging kita sendiri pun boleh membunuh emosi kita. Dah makin berumur aku kecilkan circle aku.

Sejak aku ambil keputusan untuk diamkan diri, apa saja aktiviti aku, aku akan berselindung, aku tak bercerita / tak update apa apa kat medsos aku dah rasa tenang. Suami aku pun tak update apa apa.

Aku masih call mak aku tiap hari aku hanya mendengar cerita mak aku, aktiviti harian dia.

Yala kalau dulu boleh bersemuka cerita itu ini sebab serumah, srkg on call je hehe. Aku akan call mak aku tiap hari supaya dia rasa ade kawan bercerita sebab mak aku jarang keluar kecuali ada yang membawa.

Adik aku lak masih sibuk dengan awek dia je, tinggal mak aku sorang.

Kakak aku jarang call, kadang 2 minggu sekali maybe sebab anak sulung, tak suke bercerita dengan mak.

Tapi kalau bab aktiviti aku, aku tak bercerita.

Aku ade baca satu komen yang tulis, orang akan berubah sekiranya dah takdapat apa yang dia nak dari kita, adik beradik aku laa tu, lagi lagi adik aku, sebab akak aku dah makin berubah.

Aku memang sedar dia toxic. Sebab tu aku block dia lagi sekali baru baru ni, left group family & tak tahu la akan ambil masa berapa lama untuk aku unblock.

Bagi yang tanya asal aku bagi duit lagi dengan perangai adik macam tu? Sekarang dah tak. Cukup dah. Aku perlu jaga mental aku sendiri, tak nak stress.

Cukup aku tahu hubungan aku baik dengan mak & suami aku. Hubungan aku dengan suami aku sekarang pon okay2 je, aku tak bercerita pasal adik beradik aku, kalau suami aku tanya pun aku akan jawab aku tak ambil tahu.

Ada aku baca komen juga tanya mak aku tak nasihat dia ke?

Rasa air liur mak aku dah kering untuk nasihat dia, sampai mak aku cakap dah tak tahu nak buat apa dengan perangai dia, mak hanya mampu hari hari doa Allah lembutkan hati dia, sedar tanggungjawab dia sebagai anak lelaki dalam keluarga.

Mak aku dah berumur hampir 60 tahun, dah takde kudrat dah, tenaga dah tak kuat.

Kalau dulu mase umur 30an 40an, ada lah juga tenaga nak membebel ke marah ke.

Salah satu faktor dia jadi macam tu, maybe dia terlalu manja & selesa. Ayah kami meninggal waktu dia umur dalam 2 atau 3 tahun, belum dapat rasa macam mana ayah aku garang.

Arwah ayah dulu memang garang, cukup ayah aku pandang je ke kiteorang, kiteorang dah berlari pergi mandi kalau degil nak bermain sampai taknak mandi. Haha

Dia laa ibu dia laa ayah. Dia bekerja seorang diri untuk besarkan kami 3 beradik. Mak aku tak berkahwin lain sejak ayah aku meninggal dunia.

Doakan mak aku sentiasa sihat ya.

Sekarang perkahwinan aku hampir masuk tahun ke 3, Alhamdulillah aku bahagia dengan suami aku. Moga Allah jaga hubungan & hati kami sampai syurga. Aamiin.

Belum ade rezeki anak, masih enjoy berdua. Takpa Allah beri banyak sangat rezeki lain untuk aku & suami, mungkin Allah bagi peluang honeymoon lagi, berjalan berdua puas puas kemana mana, bagi rezeki supaya aku mampu lagi belanja mak aku macam macam, hehe.

Janji Allah tu pasti, akan bagi rezeki pada waktu yang tepat.

Korang doakanlah aku dapat rezeki baby supaya dapat bagi cucu pertama ke mak aku, mana tahu salah satu doa korang diangkat Allah hehe.

Thank you admin sebab siarkan cerita aku & thank you juga pada korang sudi baca luahan hati aku. Bagi siapa yang menyesal baca, aku minta maaf.

Semoga semua yang dalam ni, kita semua dipermudahkan segala urusan, dikurniakan rezeki yang tak pernah putus.

Aamiin Aamiin :)

– Alia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *