Tersilap Langkah

Assalammualaikum, aku Amni. Berumur 27 tahun, masih bujang dan masih lagi bergelar pelajar. Tamat saja ijazah aku pada tahun 2013, aku decide untuk sambung pelajaran. Aku ambil master research mode. Kenapa aku ambil research mode? Sebab pada masa tu, aku terpengaruh cakap-cakap orang yang ambil master research mode ini lebih besar peluang untuk jadi lecturer dan lebih mudah untuk ke peringkat PhD disebabkan kau dah ada basic research.

Ternyata aku tersilap percaturan. Master aku drag menjadi 4 tahun disebabkan masalah-masalah seperti supervisor pencen (terpaksa mencari SV lain yg willing to be my SV), terpaksa memasuki kelas training untuk software yang aku perlu guna (which dah drag masa aku 6 bulan) dan masalah-masalah dalaman. Demi untuk menghabiskan master aku ni, hanya Allah saja tahu perjuangan solo ni. Buat kerja tanpa research team dan persekitaran yang pada aku langsung tidak sihat. Mujur research aku under grant. At least aku ada elaun yg cukup-cukup makan setiap bulan.

Tahun ni insyaAllah tahun akhir aku. Yang membuatkan aku sedih. Pada usia 27 tahun, kawan-kawan yang lain sudah bekerjaya, sudah bekeluarga, namun aku, masih lagi struggle untuk menghabiskan pengajian aku. 27 without proper work and no fixed income, sedih. Kadang-kadang aku rasa, aku tersilap langkah. Kenapa la aku tak ambil master coursework atau mixmode dulu. Memang aku ada publish ke beberapa conference dan journal which aku rasa more than enough untuk aku. Tapi bila difikir-fikirkan semula, xda gunanya semua ni. Kau still xdapat untuk jadi seorang lecturer kerana untuk jadi seorang lecturer sekarang memerlukan PhD.

Entah la, aku rasa down sangat-sangat sekarang ni. Untuk aku berpatah balik, mungkin sudah terlewat. Harap adik-adik yang membaca confession ini tidak tersilap langkah juga seperti aku. Mungkin ada hikmah tapi entahlah.

– Amni

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit