Tersilap Langkah Jatuh Cinta

Assalamualaikum, aku kenalkan diri aku sebagai Ain. Aku janda dan ada tiga orang cahaya mata. Masih kecil semuanya.

Baru-baru ini aku ditukarkan tempat kerja mungkin kerana bos aku sebelum ini memahami masalah peribadiku dan aku ditukarkan ke unit yang lebih dekat dengan ahli keluargaku.

Disini bermulanya aku mengenali Supervisorku yang baru. Orangnya biasa saja dan paling penting suami orang. Dia sudah lama berkahwin dan tiada anak.

Entah bagaimana kami jadi rapat kerana dia suka mengambil tahu perihal anak-anakku. Sakit pening anakku dia orang yang paling risau.

Kerap SMS aku untuk tahu perkembangan kesihatan anakku. Dari hal anak-anak akhirnya semakin rapat sehingga semua aktiviti seharian dia akan dia update kepadaku.

Kadangkala sehingga lewat malam kami berWhatsapp. Dari WhatsApp sudah bersambung kepada saling bergayut di telefon. Seperti orang bercinta.

Aku terfikir juga isteri atau keluarga dia tidak pelik ke melihat perangai dia yang kerap dengan telefon.

Dan baru-baru ini aku suarakan kepada dia untuk berkenalan dengan isterinya kerana aku takut timbul isu aku berkawan dengan suami orang.

Banyak kali dia mengelak permintaanku. Lama kelamaan timbul rasa sayang aku padanya dan aku pernah suarakan hal ini kepada dia.

Aku memohon untuk mengundur diri kerana aku sudah tersilap langkah kerana sukakan suami orang. Dia merajuk dengan permintaanku.

Alasannya dia anggap aku sebagai adik. Banyak kali aku suarakan hal ini kepada dia, untuk memberi aku ruang supaya kami tidak lagi berhubung. Tetapi dia merajuk dan memaksa aku untuk terus berada dengan dia.

Bagaimana aku tidak jatuh cinta, dalam dia menganggap aku sebagai adik. Dia telefon aku untuk kejut aku dari tidur, telefon aku untuk teman aku balik dari kerja, hantarkan ubat untuk anak-anakku.

Kadangkala bila dia pulang bercuti ke kampung, dia akan update segala aktiviti dia tanpa jemu. Aku jadi salah faham bahawa dia turut sukakan aku juga.

Bagi aku dia tidak akan rugi apa-apa jika aku undur diri. Dia masih ada isteri. Rugi pada diri aku kerana terus bertahan berada dengan dia tanpa hubungan yang jelas.

Maaf, aku sedar diri. Dia suami orang, tidak mungkin aku akan ambil hak orang.

Baru-baru ini aku ada berkenalan dengan lelaki lain, dan dia seperti berjauh hati denganku. Dan akhirnya aku putuskan hubungan dengan lelaki tersebut.

Sekarang aku buntu bagaimana cara untuk bagi dia faham yang hubungan kami salah. Dan aku mohon pendapat semua bagaimana cara terbaik untuk aku lupakan dia.

Terima kasih.

– Ain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *