Tersilap Memilih Jodoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara. Sudah lama tidak menulis jadi agak kekok untuk mengarang di sini.

Sekadar pengenalan, aku wanita berusia lewat 20-an, seorang penjawat awam, bertubuh kecil dan ramai yang mengatakan wajahku seakan-akan Park Shin Hye iaitu pelakon dari Korea Selatan.

Ramai rakan-rakan mengatakan aku ‘perfect’ tetapi masih single kerana memilih.

Sejujurnya aku bukanlah memilih pasangan, tetapi aku malas untuk mengenali lelaki disebabkan trauma dengan relationship yang lepas.

Lebih kurang 7 tahun aku tidak mempunyai kekasih dan reject semua lelaki yang mencuba nasib.

Ada dalam kalangan mereka bergelar doktor, bomba, navy, cikgu, pensyarah, dan bahkan usahawan cuba untuk mendekati tetapi tidak berjaya. Pendek kata aku bebas memilih siapa sahaja dalam kalangan mereka.

Namun, disebabkan tidak berminat maka aku reject semua lelaki tersebut sehinggalah munculnya seorang lelaki yang aku gelarkan A.

Pertemuan kami pada awalnya tidak dirancang. A pernah mendekatiku sejak 2 tahun lepas tetapi macam biasa aku tidak berminat sehinggalah aku terserempak dengannya buat pertama kali secara tidak sengaja.

Anehnya pertemuan tersebut membuatkan aku terbuka hati untuk mengenalinya.

Tidak lama selepas itu kami membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga dengan restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Untuk pengetahuan, A tidak mempunyai pendapatan tetap dan tiada harta tetapi aku dan keluarga tetap menerimanya disebabkan dia seorang yang rajin, hormat orang tua, jaga solat dan batas pergaulan.

Keluarganya juga baik-baik belaka. Keluarga yang beragama.

Sepanjang mengenali A sebelum kami berkahwin, dia seorang yang bertanggungjawab, caring, dan sangat menyayangi aku. Tapi barang hantaran, persiapan perkahwinan dan lain-lain banyak aku yang tanggung.

A gigih berusaha kumpul wang hantaran dalam tempoh yang singkat tetapi apakan daya tidak mencapai target.

Aku dengan ikhlas memberitahunya aku tidak memerlukan wang hantaran. Cukup mas kahwin sahaja.

Tujuanku satu, aku memudahkan urusan orang maka Allah akan permudahkan urusan aku.

Ramai berpesan, jangan bantu lelaki kumpul wang hantaran. Biarkan dia berusaha. Tapi aku degil. Nak juga kahwin dengan A sampai tak mahu wang hantaran. Keluarga kami tidak mengetahui hal ini.

Selepas berkahwin kami tinggal sebumbung. A macam biasa bekerja dengan gaji yang rendah. Sejujurnya gaji aku 3 kali ganda gaji A.

Jadi aku merelakan diri untuk membayar kesemua komitmen kami tanpa menggunakan sesen wangnya.

Pada mulanya aku sangat ikhlas dan melayan A dengan baik sehinggalah aku tidak sengaja terjumpa gambar dan video tidak senonoh A dengan bekas kekasihnya. Ya video dan gambar yang sudah lama.

Sebagai wanita yang normal, aku menangis bagai nak gila dan kami hampir bercerai. Aku ungkit segala-galanya. Hilang segala ikhlas dan cinta aku untuknya selama ini.

Hati aku hancur. Aku kecewa. Aku tak sangka rumahtangga aku akan menjadi seperti ini.

Sejak kejadian tu aku berubah watak. Jadi pendiam. Kerap menangis.

Aku duduk atas sejadah lama-lama berdoa sambil menangis.

Sebelum tidur menangis. Tengah bekerja pun menangis. Bangun tidur, mandi sambil menangis.

Aku sangat kecewa dan ralat. Segala pengorbanan aku sia-sia. Aku tersalah memilih suami rupanya!

Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Aku tak ada tempat mengadu, jadi aku bina kekuatan sendiri.

Aku muhasabah diri dan buat keputusan untuk berbaik.

Akhirnya kami berdua kembali seperti sediakala dan aku masih menjadi breadwinner dalam rumah ni. Segala-galanya aku yang tanggung.

Sebelum berkahwin hidupku agak senang. Selepas berkahwin aku jadi susah. Terpaksa downgrade hidup.

Dulu beli pakaian RM150 sepasang tetapi sekarang beli pakaian RM30. Jimat untuk penuhkan peti sejuk setiap hari. Dalam keredhaan masih ada keterpaksaan.

Aku kerap menangis jika teringat gambar mesra A. Setiap hari aku jadi stalker di medsos. Aku intai aktiviti bekas-bekas kekasih dia.

Waktu kami bersama pun aku pernah menangis teringat gambar yang aku lihat. Hatiku hancur berkeping-keping! Dalam tak sedar aku semakin tak ikhlas menanggung keluarga.

Aku mula mendesak A untuk cari kerja lain. Aku paksa dia bayar nafkah. A macam biasa. Bercakap dalam nada yang lembut. Kadang kala senyap. Menunduk. Serba salah pula aku dibuatnya.

Walaupun dia tak mampu tapi dia masih rajin membantu hal-hal di rumah. Aku juga yakin dia dah bertaubat dengan dosa-dosa dahulu.

Ntah la. Cuma sekarang mengenai pernikahan ni aku betul-betul berserah kepada Allah.

Kalian mohon doakan aku kuat ya.

– Mirna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *