I wish I was a favourite.
Seumur hidup aku dah nak jejak separuh abad ni, betul betul yang aku tinggal dengan family aku 12 tahun je.
Selebihnya aku dok asrama, kolej, universiti, kerja pun jauh dari family, dan kawan dengan orang yang tak setempat.
Kisah aku ni tak lah serius mana tapi lepas ayah aku meninggal aku makin terasa tersisih, aku anak perempuan yang tua adik aku sorang perempuan, yang lain abang dan Adik2 lelaki.
Masalah aku Mak aku pilih kasih. Sejak azali lah aku ingat. Masa ayah aku ada dia macam jadi orang yang menjaga kesopanan Mak aku lah.
Ayah aku takda, menjadi2 pulak pilih kasih dia.
Paling aku tak boleh terima, aku nak tumpang dok umah dia (dengan anak2) sebab laki aku kerja area rumah dia.
Ayat dia aku tak leh lupa, kau cari la rumah sewa dekat2. Aku terus tak jadi pindah, duduk rumah sendiri, PJJ dengan laki.
Adik aku? Laki dia ada satu rumah flat, baru beli rumah teres wah cantik deko. Tapi duduk dengan Mak aku.
Ayat aku dalam hati, ada rumah sewa, ada rumah teres buat homestay, tapi dok rumah wakaf! Alasan adik aku jaga Mak.
Puih! Aku tak pernah rasa dia masak untuk Mak. Mak yang jaga dia adalah…
Kalau aku tegur Mak aku hal ni, ayat dia “ko tak kesian ke kat dia”.. Bla Bla Bla… Abis aku ni Takde sapa pun kesian, ceh!
Lom lagi balik kampung aku macam bibik dok dapur fikir nak penuhkan Perut orang.
Yang ipar perempuan (tak semua, adalah sorang mangkuk) perasan princess…
Tak reti dok dapur asyik melekap dalam bilik. Belek gelang emas belek mekap.. Hak tuih! Tapi Mak aku sayang gila…
Raya ni aku malas balik kampung dah.
Tah la sampai bila.
– Anak Pungut (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit