Tersuka Lelaki Orang Atau Duda?

Assalamualaikum semua. Tujuan saya menulis di sini hanya untuk bertanyakan pendapat dan berkongsi kisah agar dapat diambil iktibar.

Saya berumur pertengahan 20-an. Baru-baru ini, saya telah membeli kereta terpakai dari seorang lelaki (Si A).

Dia ini dealer used car. Muda, mungkin akhir 20-an atau awal 30-an.

Dalam proses jual beli, banyak perkara yang perlu kami uruskan, jadi kami kerap berhubung untuk menyelesaikan urusan.

Tanpa saya sedari, saya mula ada hati dengan Si A disebabkan sikap dan rupanya (biasalah, dealer sales memang ramah).

Semakin hari, semakin banyak yang kami bualkan, namun tidak pernah sampai di luar batas—hanya berkaitan kereta.

Satu hari, memang Tuhan nak tunjuk kot. Saya stalk dia dan ternampak gambar anak serta isterinya.

Posting tersebut adalah pada Mei 2024.

Selama ini, memang lelaki ini langsung tidak memuat naik gambar isterinya atau anaknya di media sosial, jadi saya tidak tahu langsung.

Jadi, saya terus move on, yelah, takkanlah nak suka dekat suami orang pula.

Tiada lagi mesej antara kami.

Namun, selepas beberapa hari, dia mesej saya kembali, masih berkaitan kereta, tetapi dia mula menghantar mesej dengan lebih mesra dan mengajak saya keluar makan.

Tapi saya tolaklah ajakannya.

Sampailah saya nampak satu posting isterinya yang seolah-olah menunjukkan mereka sudah bercerai hujung tahun 2024.

Saya tak percaya sebab anak mereka masih kecil.

Ada cara ke untuk menyemak sama ada seseorang itu sudah bercerai atau belum?

Sebab saya tiada nombor IC atau apa-apa maklumat peribadi.

Saya takut juga kalau mereka sebenarnya masih suami isteri.

Apa yang patut saya buat ye?

Saya masih ada hati dengan dia, tapi cuba menidakkan perasaan ini sebab takut tersuka pada suami orang.

– Orked (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *