Tersuka Pada Lecturer

Salam semua. Buntu betul rasa. Saya sambung belajar dekat 1 kolej kerajaaan. Kolej kemahiran.

Btw umur saya 24. Agak lewat jugak la saya masuk study atas beberapa faktor yang tak dapat di elak. 

Antaranya saya anak sulung dan keluarga susah. Saya kerja dulu untuk pastikan adik2 dapat belajar. Ayah dah lama meninggal. 

Mula2 memang tak nak belajar, tapi mak saya nak sangat saya ada sijil. Jadi saya pergi belajar dengan tajaan penuh kerajaan. 

Siapa sangka, kat sini saya terjatuh hati pulak dekat lecture yang ajar saya math. Jauh terpesong niat saya kat sini. 

Dia umur 32, of course masih single. Dia la cakap dia single. Dia orang pantai timur dan dapat kerja kat sini. Dia kata dah 3 tahun kat sini. 

Walaupun saya umur 24, tapi saya la paling tua antara budak2 lain. Yang lain lepas SPM dah sambung belajar. 

Kemudian dia sendiri cakap saya sangat matang. Dia kata maybe sebab pengalaman hidup saya dan usia saya buatkan saya nampak jauh matang dari usia sebenar.

Dia tahu la segala kisah hidup saya. Sebab dia rajin sembang dengan student. 

Mula2 perasaan saya biasa ja. Lama2 rasa macam perhatian dia agak special untuk saya. Dalam kelas selalu dia panggil saya. 

Pastu kerap buat kelas tambahan. Apa2 mesti suruh saya. Baca doa saya, ambik barang saya, cari kelas pun saya. 

Tapi dia sangat concern tentang pelajaran saya. Sedangkan ada lagi budak lain yang nakal dan lemah, tapi dia tak tunjuk effort macam mana dia tunjuk pada saya. 

Pastu apa2 dia akan text saya. Tanya kelas kat mana ke apa ke. Sedangkan ketua kelas bukan saya. Saya tak pegang apa2 jawatan pun. 

Lepas tu kadang2 pergi mall dia ajak saya teman. Saya sampai masuk club dia semata2 nak bersama dia. Sebab dia awal2 cakap nanti masuk club dia. 

Dia ni sebenarnya warden untuk asrama perempuan. Jadi rumah dia dalam kolej ni jugak. Saya pun duduk asrama sem 1 ja. Lepas tu kena duduk luar. 

Tapi dia adjust kat saya duduk kat kolej jugak. Kebetulan ada kosong bilik yang tak guna. Dia suruh stay situ ja. Jadi benda tu amat membantu saya dari sewa luar yang mahal. 

Rumah saya dengan kolej ni dalam 2 jam macam tu. Saya ada motor untuk bergerak. Setiap minggu saya akan balik rumah. 

So setiap minggu jugak dia akan text saya tanya balik rumah ke. Pastu dia cakap nanti dah sampai bagitau. So saya pun akan text dia la kata dah sampai. Dia akan reply ok have a nice day. Lepas tu tak de mesej apa dah. 

Memang macam tu ja la cara kami. Tapi entah la. Saya rasa ada perasaan dekat dia. Saya fikir dia pun ada perasaan kat saya la kot. 

Dia ni sangat rapat dengan semua students terutamanya student perempuan. Sebabnya dia kan warden. Pastu maybe sebab muda, dia pandai rapat dengan student. 

Kerap la dia keluar dengan budak perempuan tengok movie la makan2 la. Kadang2 budak2 laki pun ada ja join. Life dia banyak dengan student. 

Tapi dia pernah 2 3 kali ajak saya beli barang kat lotus hanya berdua ja. Cuma tak de la naik kereta dengan dia. Dia suruh tunggu kat situ. 

Lepas tu dia ajak makan. Tanya apa2 pasal family saya, pasal pelajaran. Dia memang sporting apa kita tanya pun dia jawab ja. Semua orang memang suka dia. 

Dia ada satu tabiat, semua birthday student yang dia ajar dia ingat. Dia memang sentiasa ada list birthday kami. Lepas tu dia akan celebrate birthday diaorg. 

Contoh kalau dia ajar 5 kelas. Pastu sekarang bulan julai. Dia akan cakap kita ada 8 orang yang sambut birthday bulan julai. 

So dia akan arrange masa tempat, dia bawak 8 orang ni pergi makan pastu celebrate birthday potong kek. 

Dia bawak semua student tu supaya diaorg kenal satu sama lain. Dia tak akan bawak kelas asing2. Tapi semua kelas la yang jatuh birthday bulan tu. 

Dengan semua orang dia buat macam tu termasuk saya. Kalau bulan tu sorang ja birthday dia, dia akan bawak sorang tu ja. Tapi takat ni tak de pulak yang dia bawak sorang. 

Lepas tu kalau tengah cuti sem pun, habis cuti ja dia mesti akan bawak mana yang tak sempat tu. 

So hari tu masa birthday saya, ada la 3 orang. Sorang lagi budak kelas lain. Macam biasa la, lepas makan2 potong kek. Kami pun balik. 

Cuma esoknya tu. Dia text saya suruh datang pejabat dia. Lepas tu dia bagi hadiah. Dia cakap ni hadiah birthday awak. Cuma tak bagi semalam sebab saya beli untuk awak ja. 

Nak beli untuk semua tak mampu. Bulan ni bajet saya lari banyak. So beli untuk awak ja. Tapi awak jangan cakap dekat orang. Takut student lain terasa. 

Saya tengok dia beli baju kemeja untuk saya. Warna light green. Kami kalau tak masuk bengkel, memang pakai kemeja dan slack. Kira pakai formal. 

Dia cakap dia suka tengok saya pakai formal, dan rasa green sesuai untuk saya. Tapi macam tak de baju green. Sebab tu dia beli. 

Jujurnya saya amat terharu la. Tak pernah orang layan saya macam ni. Saya ni kira first pengalaman dengan dia. Saya tahan air mata ja masa tu. Saya cakap terima kasih terus blah. 

Lepas 2 3 hari saya pakai baju tu. Masa tu tak de kelas dia. Tapi saya pergi pejabat untuk jumpa lecture lain. 

Maybe dia perasan saya. Dia text saya. Dia kata nice. Tak silap saya choose. Memang sangat padan untuk awak. 

Saya ni bukan nak angkat bakul, tapi saya memang ada rupa paras jugak. Saya agak tinggi dan berkulit cerah. Dan ramai ja perempuan cakap suka saya. 

Tapi hati saya suka lec saya ja. So satu hari saya fikir masak2, saya bagitau perasaan saya dekat dia. Sebab saya fikir saya tak de kekurangan melainkan umur dan saya belum ada kerja. Saya fikir mungkin dia pun tunggu saya luah. 

Pastu umur pun tak de la gap sangat. Dengan layanan dia, saya fikir dia pun suka saya. Rupanya benda tu mendatangkan kemarahan dia. 

Dia kata dia layan saya sama ja macam student lain. Nothing different dia cakap. Dia kata maybe dia selesa sebab saya tak macam budak2 sangat. Boleh buat macam kawan2. 

Dia cakap tu mungkin salah dia rapat dengan saya. Dia kata kalau dia tahu macam ni, pasti dia letak jurang. 

Saya ada la cakap. Pujuk dia untuk terima saya. Time tu macam orang gila jugak la saya. Merayu2 macam apa ja. 

Dia cakap student luah perasaan kat dia bukan first time. Malah setiap masa ada ja budak2 cakap suka dia. 

Tapi dia tahu diaorang budak2. Kejap ja perasaan tu. Dia mampu handle diaorang dengan baik. 

Tapi dia cakap better saya focus study dan lupakan benda mengarut ni. Saya tanya kenapa tak boleh terima saya. 

Dia cakap first, dia tak akan bercinta dengan student dia. Second saya muda dari dia. Third, dia memang tak de perasaan dan tak pernah terfikir dia cakap. 

Saya kata nanti saya dah kerja saya bukan student dia lagi. Saya mintak dia consider. Pastu macam2 lagi la janji saya. 

Tapi dia cakap saya ni layan awak baik sebab fikir awak miskin. Fikir awak sopan. Fikir awak bleh pergi jauh, saya niat nak bantu awak berjaya dalam hidup dalam career. Bukan niat mengarut macam ni. 

Dia kata saya masih explain panjang lebar kat awak sebab saya masih ada saki baki rasa hormat pada awak. So jangan hilangkan. 

Dengan usia awak macam ni, saya harap awak akan faham. Jangan buat perangai macam kanak2. 

But lepas ni saya tak akan peduli apa pun pasal awak lagi. Since awak dah ada perasaan macam ni. So saya akan ignore awak supaya awak akan faham. 

Jangan text saya or tunjuk muka awak kat saya lagi selagi niat awak masih macam ni. Tu antara ayat2 dia. 

Masa tu memang hati saya hancur gila. Tipu la kalau tak menangis. Saya fikir nak berhenti ja la. Tapi mak tanya kenapa. Saya tak jawab. Saya kata belajar susah. 

Mak kta tapi keputusan lulus ja. Sayang la klau nak berhenti. Dah separuh jaln. Buang masa banyak dah. Umur pun bukan muda. 

Akhirnya demi mak saya, saya teruskan pelajaran. Ada la 2 3 hari saya tak datang kelas. 

Saya pendekan cerita la. Memang dia dah tak layan sangat pun. Dalam kelas nampak la perubahan dia agak serius. 

Pastu memang tak de pangil2 saya dah. Cuma apa yang saya perasan, dia ada ja perhati2 saya. 

Pastu ada skali dalam kelas dia suruh saya selesaikan soalan. Mungkin dia cuba buat macam biasa. Layan macam student. 

Tapi apa yang saya perasan, dia memang suka pandang saya. Apa maksd pandangan dia tu?

Tapi bila saya pandang dia, dia pandang ke lain. Adakah dia ada perasaan jugak kat saya. 

Lepas insiden tu, saya tengok wasap dia dah tak de gambar. Saya fikir dia dah block saya. Saya fikir mungkin betul2 dia benci saya. 

Tapi saya rasa nak mintak maaf kat dia atas sikap saya. Saya hantar sms ja. Tapi dia tak reply. 

Nak dekat2 exam, dia wasap saya. Mungkin dah unblock saya. Dia cakap dia maafkan salah anak didik dia. Good luck untuk exam. 

Tapi time tu tak tahu kenapa, saya tak boleh focus dalam exam. Actually saya stress fikir pasal mak masa tu. Mak saya nak operate mata. 

Masa tu exam subject math dia. Sebelum tu kami belajar topik kamiran. 

Dalam paper tu soalan tu semua saya tulis pasal kamiran. Padahal topik lain. Sebab saya memang fikir pasal kesihatan mak. Tak de pun fikir pasal dia. Pastu kamiran ja ada dalam otak saya time tu. 

Bila dia semak kertas saya. Dia naik angin. Sebab first time saya fail subject dia. 

Dalam kelas dia mengamuk kaw2. Dia kata dia letih la dengan sikap student yang tak serius. 

Pastu dia memang malukan saya kaw2 dalam kelas. Dia tanya awak tak boleh beza kan soalan ke. 

Sedangkan saya dah cakap study topic mana nak keluar. Kenapa awak buat jalan kira untuk soalan yang tak de kaitan. 

Benda simple macam ni pun awak tak boleh beza. Macam mana awak nak hadap dunia yang keras ni. Macam2 lagi la dia marah.

Yang peliknya, ada budak lain pun fail dia tak petik nama diaorang pun. Tapi nama saya sorang ja dia petik. Seolah2 marah kat saya sorang ja. 

Sebenarnya macam saya cakap, dia orang yang happy go lucky. Tapi sejak saya luah perasaan, dia jadi orang yang sangat garang. Macam dua orang yang berbeza. 

Ada banyak lagi la dia bebel2. Sekarang kelas dia semua senyap ja. Dulu2 meriah. Sebab dia sangat serius sekarang. Tapi habis kelas dia suruh jumpa dia kat pejabat. 

Dekat pejabat dia marah2 saya lagi. Dia kata dia kena jawab dekat orang atasan atas setiap kegagalan student dia. 

Siap dia bawak saya jumpa ketua dia, nak mintak consider jawab semula untuk bagi markah lulus. Kira nanti buat 1 lagi exam untuk budak2 gagal. 

Pastu dia hantar saya pergi kaunseling. Saya ada cakap kat dia, saya fikir pasal mak saya. Tak de pun fikir pasal dia. 

Masa tu tiba2 tone dia jadi rendah. Dia tanya kenapa dengan mak. Saya cerita la. Pastu dia diam ja. 

Dia cakap, saya ni student harapan dia. Jangan buat dia kecewa. Pastu dia sekarang dah rajin wasap saya tanya pasal mak. 

Lagi satu. Saya dah kawan dengan budak lain dah. Sebenarnya saja2 kawan ja. Dia dapat tahu. 

Dia marah saya. Dia suruh focus study. Sedangkan ramai lagi student lain bercinta tapi dia tak peduli pun. 

Sikap dia buatkan saya sangat keliru ja. Saya sebenarnya masih ada perasaan kat dia. Tak mampu lupa dia pun sebenarnya. So saya break dengan budak yang saya kawan tu. 

Dalam masa yang sama, saya makin stress kat sini. Macam mana la nak lupakan dia. Hari2 hadap dia, pastu kadang2 rasa cemburu bila dia layan laki lain. 

Kadang2 rasa dalam kelas dia sengaja ja nak bagi saya cemburu. Tak pernah2 puji budak lain, pastu sekarang tiba2 dok puji. Lepas tu dia mesti pandang saya. Ibarat dia puas hati dapat sakitkan hati saya. 

Dia buat perangai macam ni sejak jumpa saya dengan kawan perempuan tu dekat pusat karoke. Sedangkan kami beramai2. Tapi kebetulan masa dia terserempak tu saya dengan kawan saya berdua ja. 

Saya pun dah explain saya kawan ja. Tapi dia mesti akan ungkit salah silah keluarga saya. Dia asyik tekankan ja suruh belajar belajar belajar. 

Saya ada cari2 rumah nak keluar dari kolej. Pun dia tak bagi. Lepas tu setiap hari lepas isyak dia suruh datang kat dewan buat revision. 

Kalau berdua dengan dia tak pe jugak. Ni dengan budak2 laki lain. Pastu macam sengaja2 nak buat saya cemburu. Sebab semua budak laki ja dia pangil. 

Kalau saya tak datang, dia datang cari saya kat bilik. Tak pun suruh student lain pangil saya. 

Ibarat tak boleh tengok saya senang. Atau adakah dia risau saya bersama perempuan lain. 

Sikap2 dia sekarang buatkan saya banyak berfikir. Dalam page ni saya tengok ramai perempuan yang komen. 

So boleh ke para wanita bagi jawapan, adakah dia sebenarnya suka saya. So boleh ke saya tukar cara saya untuk kejar cinta dia. 

Kadang2 saya tak mampu kawal expressi muka saya masa saya cemburu. Bila dia perasan, dia macam happy pulak. 

So saya rasa dia macam sengaja ja. Saya lagi setahun nak habis study dah. Saya memang betul2 ikhlas dengan dia. Macam mana la saya nak buat dia faham ye. 

Kadang2 rasa macam bila saya jauh dari dia, dia sengaja nak suruh saya dekat2. Bila saya tunjuk sign saya suka dia, dia macam buat seolah2 benci saya. 

Saya betul2 buntu sekarang. Boleh ke bantu saya bagi nasihat atau cadangan. 

– Nadim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

21 Comments

  1. Lecturer bro nak bro fokus kat study je bro. So better bro fokus study je, jangan fikir lebih.

  2. fokus habiskan pelajaran. fikir mak kau. hal lect kau ni biar je. benda dia pun dah bagi tau, dia anggap kau student je.

  3. take a break, focus study smpai abes..get a gempak job..relax lg..aim 3/5 thn untk stabilkn economy kau kumpul aset and continue usha lect ko tue n tjukkn keseriusan kau. Pmpuan nie klo bjwatan dan mmpu bdiri sndri + brusia sket die akan jd abit ego so ko kne byk sbr n insha allah slow2x die akan jd lembut cume ye ko kne kerja lbh krs untk jd lebih dr die dr segi akademik or income.

  4. Jauh lg perjalanan… Belajar rajin2 bagi dpt keputusan yg cemerlang… get a good job, nnti baru pikir nk kawen dgn sapa… Jodoh ni, kalau dah tertulis si dia tu milik awak, akan jadi juga milik awak.. so fokus je la pada benda yg lebih mustahak, iaitu pelajaran.. makes your mom proud… jauh lg perjalanan hidup awak ni.. kata nk bantu keluarga kan…

  5. kalau dah jodoh tak kemana.. jgn bodoh je, fokus pd pelajaran. ko tak yah nak kawan2 ngan perempuan2 konon nk bcinta ke apa. nnt dh abes belajar, ada sijil dpt kerja. baru ko cari lect ko tu. skrg ni, belajar buktikan pada mak dan lect yg ko boleh. ltk tepi dulu perasaan. tak yah layan n pikir sgt. mcm perempuanla ko ni.

  6. Mungkin juga lecturer awk tu ada ‘sedikit’ perasaan kpd awk, dia xnak awk ‘terlalai’ dgn cinta klaw dia pon declare dia suka awak.. atau pon, on d other side, dia mmg pandai buat semua org rasa ‘special’, sbb tu dia kta bkn awk sorang yg suka kat dia, kan.. n worse senario, awk sorang je yg ‘perasan’ dia beri lbh perhatian kpd awk..(sorry).. apa2 pon, habiskn pelajaran awk dgn cemerlang, sptmana harapan ibu dan juga lecturer awk tu.. and yg lbh penting, lps berjaya nt, cari pekerjaan n kehidupan yg stabil utk bantu ibu awk.. mse tu mngkin awak boleh fikir blk psal relationship dgn lecturer awak tu (provided dia msih single, n awk pon masih ada perasaan yg sama kpd dia ketika itu), kdg2 perasaan itu hnya sementara, slepas ni mngkin awk akn bertemu org ln dan mne tahu suka org tu plak.. so, better buat solat istiqorah utk lbh yakin dgn kputusan awk.. tq

    • Saya rasa lecturer awak suka juga dekat awak. Tapi disebabkan sayang dan suka , dia terpaksa buat macam tu supaya awak fokus dalam belajar dan berjaya. Bila Kita sayangkan seseorang Kita nak yg terbaik untuk dia. Mungkin dgn cara macam Tu, awak lebih fokus untuk belajar dan tidak terbuai dgn perasan cinta. Awak kena buktikan awak berjaya dulu, baru Ada greenlight daripada lecturer awak. Good luck bro.

  7. Habiskan dulu pelajaran awak dengan keputusan cemerlang dan dapatkan kerja yang baik dan terjamin. Selepas selesai dua perkara ini awak cari dia semula. Kalau ada jodoh tak kemana. Buat masa sekarang jangan hilang fokus pada pelajaran. Itu cabaran yang harus dilalui. Jangan jadi bodoh menggagalkan diri kerana seorang perempuan. Ingat dekat mak awak tu juga.

  8. saya lecturer juga..wanita awal 30-an… tiap-tiap pelajar confess.. kadang-kadang, saya baik dgn pelajar sebab kesian.. saya pulak boleh tahu latar belakang keluarga pljr.. jadi kalau pljr miskin ni saya caring lebih sikit.. tapi pelajar suka salah faham.. saya memang baik dgn semua pljr. tp pljr suka syok sendiri dan perasan.. nasihat saya, abaikan perasaan awak tu..lecturer waras takkan jatuh cinta dgn pljr.. kalau dia baik pun mgkin sebab kesian + awak attractive.. tapi takkan sampai tahap nak kahwin dgn student sendiri

  9. Mula2 dia layan kau sebagai adik/student je, lepas tu dia dah tersuka kau. Bila kau confess, dia mcm malu sendiri sbb kau perasan benda ni.

    Lepas tu dia start overthinking dan insecure, yelah kau tu hensem, muda lagi, dia ni dah tua, budak2 pompuan kat kolej tu boleh tahan cute. Masa depan kau panjang lagi. Pastu nanti apa orang kata, kau ni student dia. Dia cuba denied la perasaan tu, dengan jauhkan diri dari kau, dan marah2 kau dengan harapan kau dah x suka dia.

    Tapi tula, bila kau nak move on, tiba2 baru dia sedar yang sebenarnya dia still sayang kau. Sbb tu mcm2 dia buat untuk tarik perhatian kau.

    Sekarang ni, mintak maaf je dengan dia. Jangan confess lagi, cakap je kita kawan balik mcm dulu.
    Berapa tahun lagi nak abis belajar? Take it slow, dia nak je kau, cuma dia nak kan kepastian tu, sama ada kau cinta monyet , atau betul2 nak kawen dgn dia. Yelah, dia kan dah 30-an.

    So, sbb tu lah dia nak kau belajar elok2, dapat kerja, so dia boleh nampak future dia dengan kau.

    Complicated kan pompuan.. hahaha

  10. Bro. Bro fokus saja belajar. Lupakan cinta cintun ni. Esok dah abis grad. Cari la calon dan kahwin. Don’t waste your time bro. Bunga bukan sekuntum. Bro tak jumpa je lagi. Sabar je la. Fokus bro fokus. Esok bro berduit, ramai yg datang.

  11. Haish… aku ingatkan confessor ni perempuan n suka kat lecturer lelaki.. pastu baru tau tu lecturer perempuan.. pastu pastu pastu oo rupanya confessor ni lelaki.. aduhaiii maafkan akak dikkkk… Lecturer awak tu playgirl, sukakan perhatian.. people pleaser.. saja test market.. xdpt apa yg dia nak, ada la tu x puas hati.. kalau dia suka dia xkan buat camtu kat awak.. main tarik tali bagai.. awak ada harga diri.. jangan murah sangat..

  12. Seandainya berjodohan, ini la kisah cinta paling manis yg kau akan cerita pada anak cucu cicit kau….dan jangan lupa kau sambong part 2…hee.heé….ramai je bdk2 sekarang berjodohan dgn ex cikgu/ ex lect…

  13. ko fokus je dik belajar tu. lecturer ko tu problem, cuba nak main tarik tali dgn kau. kau muda lagi, ada masa depan yg cerah. kau belajar pandai-pandai, cari kerja bagus. baru kau cari perempuan yg sekufu dgn kau. lupakan lecterur ko tu, aku takut ko kecewa nanti.

  14. Dik, focus pd pelajaran.Matlamat besar ko bkn nak kahwin dik.Tapi nak masuk syurga.Jadi ambillah jalan yang diredhai, iaitu berbuat baik pada mak dan keluarga serta jadilah orang yg berjaya.Jika ada jodohmu di dunia ni, Allah akan hadirkan pada waktu dan tempat yang tepat.Jadi, be the best dan mohonlah pada Allah.

    Satu lg, lecturer ke tak lecturer, tolong jaga ikhtilat boleh? Alasan layan student sbb kesian tak valid. Be profesional boleh tak?
    Ni lecturer single mmg perangai mcm ni aku rasa. Just because ko tua dr student, ingat hukum ikhtilat ni tak terpakailah?Nak melayan student sila layan sesama jantina.Yang berlainan jantina kekalkan profesionalisme.

  15. Alamak bro. Sikit lagi nak habis belajar. Ko pegang ni, kalau dah jodoh tak kemana pun. Semoga maju jaya

  16. Alahai. Perasan sangat ni dik. Tolong ingat sebab apa msuk belajar dan apa target. Apa benda la suka kat lecturer. Dari awal sy baca story ni dah boleh tau motif lecturer tu caring dkat awak. Sbb kesian. Bukan sebab cinta. So, mmg pahit realitinya. Sedar dari angau. belajar betul2 ya. Good luck

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *