Tersuka Senior Tanpa Sengaja III

Hi para pembaca.. Cerita aku ni agak panjang sikit. Kalau korang nak tahu lebih lagi tentang cerita ni, korang boleh baca Part 1 & 2.

Ini link untuk Part 1: https://iiumc.com/tersuka-senior-tanpa-sengaja

Dan ini Part 2: https://iiumc.com/tersuka-senior-tanpa-sengaja-ii

Kisah aku dengan si Syam ni agak panjang. Macam biasa, aku akan start aku jumpa balik dengan si Syam ni di IPT. IPT mana tu, sudah tentunya rahsia kan.

Bermula macam ni, aku kan satu IPT dengan dia. Sejak jumpa balik tu, boleh dikatakan tiap-tiap hari jugalah dia tunggu aku dekat surau sebab nak pergi kelas sama-sama. Aku ni of course la akan jalan dengan classmate aku kan. So, malu la aku bila dia tunggu aku.

Boleh dikatakan tiap-tiap hari jugak aku kena sakat dengan classmate lelaki aku sebab ada hubungan dengan senior. Dorang tak tahu aku kenal dia zaman kolej komuniti lagi.

Bukan sahaja tunggu aku kat surau, boleh aku katakan jugak tiap-tiap malam la ajak aku lepak dan makan kat kafe asrama.

Dan benda yang aku paling tak expect, dia meluah. HAHAHAHA. Poyo la si Syam ni, ingatkan penakut, rupanya berani je luah semua benda kat aku.

And kalau korang nak tahu, dia tanya aku beberapa soalan maut,

“Ikhlas dok mung nge aku?”

Kalau tengok segi loghat tu, korang boleh tahu kan negeri mana? Sudah tentunya kami dua-dua anak kelahiran Kelantan. Anak jati Kelantan la katakan. Memang kalau dengan dia takkan bercakap guna bahasa lain, Kelantan only. HAHAHAHA.

Oh sambung pada cerita. Dia tanya aku soalan macam tu, aku jawab,

“Ikhlas je, bkpo mu nampok aku dok ikhlas ko?”

Dia jawab balik,

“Mu suka aku?”

Aku hanya terdiam dan bibir kembali tersenyum,

“Bakpo mu tanyo?”

Sebenarnya,

“Aku lama dah suko mung. Sejak waktu mu intern lagi. Aku nak kenal mu dengan lebih rapat dulu loni tapi ruang tu takdok sebab kerja. Dengan waktu yang beginila aku buleh kenal mu.”

“Aku sebenarnyo lamo dah suko mu tapi aku diam sebab aku takut. Aku takut aku keno reject.”

Membulat mata aku, korang tahu tak? Dan aku tak expect dia boleh luahkan perasaan dia yang lama dia pendam. HAHAHAHAHAHA. Finally terbongkar jugak. Pandai si Syam ni simpan eh.

Aku hanya diam dan senyum malu (dalam hati berbunga). Aku tanya dia kembali,

“Bakpo mu suko aku?”

Dia jawab,

“Sebab mu ikhlas nak kenal aku dan mu tak kesohi pun tentang aku dengan masa lalu aku.”

Aku diam dan jawab,

“Sebab aku pun bukan perempuan sempurna. Aku pun banyak kekurangan. Dan bkpo mu pilih aku? Ramai lagu kot.”

Aku buat muka annoying. HAHAHAHAH. Dia jawab,

“Yang ni takde jawapan sebab aku pilih mu sebab aku raso mu lebih better dari huk lain.”

Si Syam ni actually comel, cubby-cubby, pendek gitu. Dan aku boleh suka dia pun sebab tu.

Korang nak tahu tak apa yang membuatkan aku suka sangat dengan dia? Sebab cara dia hormat parents aku dan family besar aku. Dia buat parents aku macam parents dia.

Dia kehilangan ayah sejak dia kecil lagi. So, dia ingin menumpang kasih sayang seorang ayah tu dari ayah aku. Dia tak sweet tapi dia melengkapi semua itu. Dan kalau boleh, aku tak nak orang lain. Aku nak dia je. HAHAHAHA.

Sambung balik pada topik. Kami bercakap sehinggalah larut malam. Sampai pukul 10:30 kami bercakap. Kafe pun banyak yang dah tutup, cuma lampu je guard belum tutup sebab masih ada orang.

Aku decided nak balik bilik. Dia pun sama sebab dah lewat kan, esok pagi nak bangun awal kelas pagi. Kami berjalan ke kamsis masing-masing. Jarak kamsis lelaki & perempuan agak jauh jugak.

Dia suruh aku balik dulu sebab dia nak pastikan aku selamat,

“Mung jalan la dulu, aku nak tengok mu takut mu hilang.”

Aku balas,

“Oloh makgat ado, doksoh bimbeyyy.”

HAHAHAHAHAHA. Comel la Syam ni. Kami sama-sama balik asrama dan lepas je aku naik bilik, WhatsApp dia muncul di noti aku,

“Hi, dah rindu ke?”

Aku terngamam dan bercakap dalam hati,

“Dia ni gila ke?”

Aku balas,

“Eeeee perasan.”

Dia send emoji sweet gitu, buat hati aku berbunga kembali. Mamat tu tak pernah sweet, ini kali pertama jugaklah aku tengok dia sweet.

Eh, macam panjang je cerita ni. Korang kena tunggu Part 4 okey? HAHAHAHA. Sebab aku akan cerita banyak lagi kisah aku dengan si Syam. Harap korang suka membaca kisah ini.

Aku menulis ni bukan apa, sebab nak jadi kenangan nanti kalau aku dengan si Syam tu dah kahwin, senanglah nak cerita dekat anak-anak aku macam mana aku kenal ayah dorang ni. Hahahahaha. Agak drama tapi ini nyata sangat.

Korang tunggu tau Part 4 dari aku. Sebab macam panjang sangat dah ni. Stay waiting okey. Bye.

Assalamualaikum..

– Bunga kemboja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *