Tersuka Senior Tanpa Sengaja Lagi Ke?

Untuk Part I, (https://iiumc.com/tersuka-senior-tanpa-sengaja/).

Untuk Part II, (https://iiumc.com/tersuka-senior-tanpa-sengaja-ii/).

Untuk Part III, (https://iiumc.com/tersuka-senior-tanpa-sengaja-iii/).

Bismillah. Pada saat ketika itu, aku telah menulis kisah ini, dan kisah ini dah 4 part. Tapi kali ini aku terdetik di hati untuk menulis dan meluah kembali.

By the way, ketika aku menulis ini aku sambil dengar lagu Menamakammu by Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Ade Govinda. Untuk sekadar sejukkan hati aku, hehehe. Yang korang telah pun baca yang sebelum ni, aku Kemboja dan partner aku, Syam.

Aku tak tahu macam mana nak gambarkan dan nak ceritakan tentang kisah ini, sebab kalau dulu aku hanya baca novel je, tapi sekarang telah hadir di realiti dalam hidup aku. Tersuka senior sendiri tanpa sengaja memberi risiko yang amat besar bagi aku.

Korang bayangkan aku bawa perasaan ini daripada Kolej Komuniti lagi sehingga sekarang di IPT. Kalau korang baca sebelum ni, korang dah tahu macam mana jalan kisah kami.

Dalam hati aku tertanya, patutkah aku meneruskan mencintai dia? Sayang dia macam mana dia sayangkan aku?

Tapi aku tak yakin dengan diri aku sendiri. Yelah, aku pernah putus tunang dulu. Nak kata trauma tu memang masih ada dan sentiasa menghantui aku sehingga sekarang, sehingga aku takut nak kenal mana-mana lelaki, termasuk Syam ni.

Tapi bila fikir balik, effort si Syam ni telah banyak untuk aku. Daripada aku tak layan dia sehingga aku dapat buka ruang di hati kecil aku. Layakkah aku bahagia sekali lagi selepas trauma tentang silam? Mampukah si Syam terima silam aku dan luka yang masih tersisa?

Hati aku keliru, tapi dalam masa yang sama aku sayang dia. Sangat sayang. Dan dalam waktu yang sama pula, kisah lama menghantui balik. Sejak aku dengan si Syam, bekas tunang aku kembali semula dalam hidup aku sebagai orang ketiga, but memang tak lah aku layan.

Syam betul ke lelaki terakhir yang Allah kirimkan untuk aku untuk merasa bahagia setelah kecewa? Atau itu sekadar ujian untuk aku? Tapi aku pergi sejauh mana pun, dia tetap hadir walau bagaimana cara sekali pun. Ya Allah! Aku buntu.

Aku dengan Syam masih sama-sama lagi belajar dan masih menuntut ilmu di IPT yang sama. Perasaan keliru dan perasaan takut masih ada dalam diri aku.

Ya Allah, jika Syam ditakdirkan untukku, satukan kami dalam ikatan yang Kau restui. Dan jika dia bukan takdirku, leraikan hati kami secara baik ya Allah supaya tiada sesiapa yang terluka kali ini. Jodohkan dia dengan perempuan yang lebih baik dan sempurna lagi daripada aku.

Jika Kau memberi ku peluang untuk sekali lagi, temukan kami semula atas sebagai sahabat untuk melihat dia dengan kebahagiaannya. Jagakan dia ya Allah, sebab dia seorang lelaki yang baik, seorang anak yang soleh, seorang lelaki yang menghormati wanita.

Ya Allah! Jika aku diberikan peluang untuk meminta, bolehkah aku memintanya untuk menjadi takdir terakhirku, menghalalkan aku mengikut syarat-Mu dan ibadah agar kami lebih dekatkan diri dengan-Mu. Jadikan dia seorang suami dan ayah yang baik untuk anak-anak aku.

Perasaan sayang aku terhadap dia tak dapat aku ceritakan dekat sesiapa. Kerana setelah diselimut luka yang tebal, dia hadir memberi aku sedikit ruang untuk ingat dan merubah bahawa Allah itu ada. Dia merawat, melengkapi, dan mengisi ruang kosong di hati walau tak sembuh sepenuhnya.

Semoga hubungan kita Allah jaga, Syam. Dan semoga kau sentiasa sweet, ambil berat tentang aku.

Andai dapat diputarkan waktu, kalau boleh aku nak jumpa dengan kau awal lagi. Mungkin kalau aku jumpa kau awal, aku tak sesakit ini kan? Mesti kau first love aku kan? Tapi semua itu dah tertulis dan aku tak boleh lari.

Setiap orang akan rasa pengalaman yang paling mendewasakan. Semoga kau selamanya untuk aku sehingga kita disatukan. Ya Rabb, jagakan senior ini untukku, kuatkan jodoh kami berdua.

Teruntuk kamu yang baca lagi kisah ini, I just want to say, thank you abang! Sebab selalu ada dengan saya walaupun kadang-kadang perangai saya buat abang menyampah. Perangai saya ketika saya datang bulan, layan bad mood saya, manjakan saya dengan makanan, layan time saya craving.

Abang satu-satunya dalam hati saya dan takkan ada orang lain. May you always be with me now until the throne. I know now why God brings a rainbow after the rain, because every wound has a cure.

Thank you again, brother, for your love and affection, making me feel valued as a woman. You are my protector after my father and my savior. Thank you so much abang.

Tolong jangan hilang lagi. Saya tak sanggup kecewa lagi dan saya tak sanggup nak move on lagi. Awak ingat move on tu senang ke?? “Dari berjuta detik yang pernah kita lewati, aku tak mahu berhenti untuk mencintai.” You’re not first love but awak melengkapi seperti first love. Thank you sayang.

Untuk para pembaca, doakan kita orang as a senior & junior ini untukku. By the way, aku gelarkan dia “abang” sebab umur dia lebih dari aku.

Faham-faham la, dia tahun 2000 dan aku pula 2003, so korang nilai sendiri. Lagipun aku takde abang, aku anak sulung dan dia anak ke-3. Aku gelarkan dia abang ketika di Kolej Komuniti lagi sehingga sekaranggg.

Terima kasih kerana sudi membaca kisah kami untuk sekali lagi. Kalau ada sambungan, aku menulis lagi. Tapi tak janji sebab kami masing-masing busy. Maklumlah kan, dah senior kan busy dengan jawatan perwakilan apa la, hahahaha. Bye, thank you.

– Kemboja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *