Tersuka Senior Tanpa Sengaja VII

Untuk Part I, (https://iiumc.com/tersuka-senior-tanpa-sengaja/).

Untuk Part II, (https://iiumc.com/tersuka-senior-tanpa-sengaja-ii/).

Untuk Part III, (https://iiumc.com/tersuka-senior-tanpa-sengaja-iii/).

Untuk Part IV, (https://iiumc.com/tersuka-senior-tanpa-sengaja-iv/).

Untuk Part V, (https://iiumc.com/tersuka-senior-tanpa-sengaja-lagi-ke/).

Untuk Part VI, (https://iiumc.com/tersuka-senior-tanpa-sengaja-2/).

Hi, Assalamualaikum. Aku kembali lagi untuk para pembaca. Masih lagi rasa yang sama dan tajuk yang sama, seperti biasa aku, Kemboja, ingin meluahkan sedikit sebanyak soal di hati.

Hadirnya dia tak pernah ku duga. Dia hadir dikala aku sedang tertatih menata imanku. Aku tak tahu apa maksud hadirnya dia di dalam hidupku. Semakin aku berusaha menjauh, semakin aku disadarkan bahawa bayangmu tetap menetap di ruang hatiku.

Aku pernah berjanji pada diriku sendiri untuk menjaga hati, agar tidak lagi rapuh oleh rasa yang tak seharusnya. Namun, dengan hadirnya dia, aku diuji antara bertahan pada prinsip atau larut dalam rasa. Dia menjadi ujian terbesar yang mengajarkanku arti kesabaran, keikhlasan, sekaligus keteguhan hati.

Mungkin Allah mengirimkan dia bukan untuk dimiliki, melainkan untuk menguji seberapa kuat aku menjaga diriku, seberapa tulus aku menyerahkan takdir pada-Nya. Kau hadir bukan sekadar sebagai sosok, tapi senarai pengingat, bahwa cinta sejati sejatinya adalah mengutamakan Dia di atas segalanya.

Karena itu, jika suatu saat aku harus mengikhlaskan hadirmu yang hanya sebagai ujian imanku, maka biarlah hal itu menjadi bukti bahwa aku lulus dalam ujian terhebatku, meskipun dengan rasa sedih yang menyelimuti.

Aku bukan seorang wanita yang lemah, tetapi disebabkan kesabaran aku, ketaatan aku, Alhamdulillah Allah makbulkan doa-doa aku walaupun perlahan. Aku sabar, aku tunggu.

Dahulu, ketika Zulaikha mengejar cinta Yusuf, Allah jauhkan Yusuf darinya dan ketika Zulaikha mengejar & mentaati Allah, Allah hadirkan Yusuf kepadanya. Alhamdulillah kini, Allah makbulkan doa aku dan aku telahpun menunggu dengan seikhlas hati.

Alhamdulillah, memang benar, dia adalah seseorang yang benar ditakdirkan untuk aku — Syam, yes. Alhamdulillah dengan restu Allah juga hari ini, saat ini ketika aku sedang menulis, aku SAH isteri Syam.

Kami berkahwin semasa dipertengahan cuti mid semester. Alhamdulillah, dan aminku yang paling serius. Terima kasih ya Allah!

Kami tidak bercinta, cuma kami rapat sebagai kawan, kawan yang buat aku selesa untuk share masalah. Kami akan bercinta selepas kahwin sebab aku tahu, bercinta selepas kahwin adalah lebih indah.

Kini daripada tersuka senior to tersuka suami. Aku tahu kisah aku dengan Syam ni agak panjang. Dari mula ini aku menulis lagi dan agak cringe kan! But aku suka berkongsi dan menulis untuk tatapan ramai.

Doakan kami terus bahagia hingga ke Jannah & syurga Allah, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Tak expect kan lepas ni pergi IPT dengan cik somi. Alhamdulillah atas peluang yang Allah berikan.

Hurm, selepas yang dia kena pindah tu, aku memang tak berhubung dengan dia dan aku mula jarakkan diri, tapi takdir Allah. Allah kembalikan dia kepada aku. Doakan kami bahagia. Terima kasih sudi dan masih membaca kisah kami.

Sebelum aku menamatkan penulisan aku, ingin aku menulis beberapa quots yang aku jadikan sebagai penguat untuk diri aku.

Pernah ada seorang gadis yang menyimpan rindu dalam diam.

Dia jatuh cinta mungkin terlalu dalam pada seseorang yang tidak pasti namanya kekal dalam hidup.

Dia berharap, dia percaya, dan dia mendoakan. Tapi tak semua doa terus dijawab.

Hari-hari dia bertanya sendiri, “Kenapa aku rindu orang yang mungkin tidak pernah ingat pun aku?”

Namun dia terus kuat — tidak kerana hatinya, tetapi kerana Tuhan yang memelihara hatinya.

Dalam perjalanan, dia terluka.

Percaya, kemudian dikhianati.

Membuka hati, kemudian dikecewakan.

Tapi tetap, dia tidak membenci cinta. Dia hanya menjadi lebih berhati-hati.

Sampai satu saat, seseorang yang baru hadir.

Dia keliru, “Bolehkah aku percaya lagi?”

Tapi wajah baru itu membawa tenang.

Bukan janji manis, tapi kehadiran yang tak menuntut.

Dia mula tersenyum perlahan-lahan, tanpa perlu melupakan yang lama, hanya belajar melepaskan.

Dia tahu, cinta yang paling jujur ialah bila kita serahkan segalanya pada Tuhan.

Dan dia masih menyebut nama itu dalam doanya, bukan untuk dimiliki, tetapi supaya jika benar tertulis di Luh Mahfuz, maka biarlah ia hadir dengan cara yang Allah redhai.

Kini dia bukan lagi si gadis yang mudah hancur. Dia masih menyimpan rasa, tapi bukan untuk dipaksa. Dia berharap, tapi tidak mendesak. Kerana dia tahu, cinta sebenar tidak akan membuat dia kehilangan dirinya sendiri.

Aku belajar mengikhlaskan tanpa menghapus rasa, belajar menerima tanpa benar-benar rela, dan belajar berjalan sendiri tanpa arah yang jelas.

Dan mungkin inilah bentuk paling sunyi dari cinta, ketika aku harus melepaskan seseorang yang kutahu, adalah satu-satunya yang ingin kugenggam selamanya.

Aku tetap berdoa agar dia bahagia, walau bukan denganku. Aku tetap berharap dia baik-baik saja, meski aku sendiri tidak pernah benar-benar baik semenjak kehilangan dia.

Dan akhirnya, aku sadar, bahwa cinta bukan selalu soal memiliki, tapi soal keberanian untuk melepaskan, saat tetap bersamanya hanya membuatmu terluka lebih dalam setiap harinya.

Aku ingin melihatnya bahagia, mendapatkan ketenangan yang tak pernah didapatkan dariku. Maaf jika denganku terlalu banyak sakit dan kecewa tapi percayalah denganmu semua hal selalu aku usahakan meskipun kita berakhir tak menjadi satu. Doakan kami hingga ke syurga Allah.

Yang benar, Kemboja & Syam,

– Kemboja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *