Hi admin, terima kasih sebab approve confession saya.
Nama saya Reen, baru sahaja menghabiskan pengajian di universiti dan baru memulakan pekerjaan.
Dipendekkan cerita, saya seorang yang susah untuk mesra dengan lelaki sebab circle kawan lelaki saya tak ramai (sebab saya segan dan tak pandai bergaul dengan mereka) tambahan pula, lelaki pun tak berani berkawan dgn saya dan takut utk approach saya sebab saya agak tertutup dengan mereka.
Disebabkan pergaulan saya dengan lelaki agak terhad, saya tak pernah ada teman lelaki dan tak pernah lagi jatuh hati pada lelaki (tertarik tu adalah, tapi jatuh cinta tu tak pernah lagi)
Sehinggalah bila masuk alam kerjaya, saya baru belajar blend dgn persekitaran. Kalau dulu zaman universiti, saya boleh pilih utk taknak satu grup dengan lelaki dan tak pernah ada grup asaimen dgn lelaki.
But then, bila alam kerjaya, semuanya berubah. Saya mula belajar bekerja dgn profesional dengan kaum lelaki.
Sehinggalah saya jatuh hati dengan lelaki yang satu department dengan saya. Saya jatuh hati dengan caranya yang tertib, bersahaja dan banyak tolong dan bimbing saya sebagai staff baru.
Banyak added value pada dia yang buat saya tertarik (tambahan pula saya tak pernah rapat dengan lelaki lain).
Jadi saya memang betul-betul serius dengan perasaan saya.
Sehinggakan saya dah fikir steps yang perlu saya lalukan demi menjadikan perasaan ini berakhir ke perkahwinan
Jadi step yang pertama ialah, saya perlu dapat kesahihan tentang status dia. Sama ada dah ada teman wanita, tunang atau isteri.
HAHAHAHAHAHAHAHA.
Selepas saya selidik melalui staff yang lain, rupanya dia dah beristeri dan baru sahaja berkahwin beberapa seminggu sebelum saya bekerja saya tempat dengan dia. Gagal step pertama bermaksud saya tak perlu meneruskan step seterusnya.
Sadis kan? Hehe.
Sedih tu tak payah cakap, tapi hakikat yang perlu saya terima dia adalah suami orang. Dan, memang perwatakan dia jenis yang bersahaja dan akan baik dengan semua oraang.
Bukan dengan saya sahaja dia treat dengan baik, bahkan semua staff. Lelaki mahupun perempuan.
Jadi, ini sedikit TIPS yang saya kongsikan jika anda terlajak mencintai SUAMI ORANG.
1. Move on dan sentiasa doakan kebahagiaan dengan isterinya – dengan harapan semoga dengan doa ikhlas ini, Allah gantikan dengan sesuatu yang LEBIH BAIK.
2. Setiap kali dia buat baik, jangan terlalu mudah cair. Ketahuilah, semua orang memang kena buat baik. POINTNYA, JANGAN MUDAH PERASAN. Dia baik dengan kita tak semestinya sebab suka kita.
3. Sentiasa ingatkan diri, dia suami orang. Cop dekat dahi dia, SUAMI ORANG.
4. Jangan pernah letak mindset pun untuk MERAMPAS suami orang. Ya, perempuan elegen tidak akan memilih utk bahagia atas derita wanita lain. Letakkan posisi kita sebagai isteri dan soal hati kita, kalau kita jadi isteri kita suka tak org lain nak pikat suami kita?
5. Banyakkan muhasabah dan berdoa. Doa yang baik-baik. Semoga dengan pengorbanan kita menguburkan perasaan kerana lelaki tersebut suami orang, Allah gantikan dengan lelaki yang lebih baik. Doa ni selalu.
6. Jangan baja perasaan itu. Cantas. Dan letakkan limit dalam berhubungan dengan suami orang walaupun atas dasar kerja.
7. Berhenti stalk facebook, twitter atau instagram diam Stalk wife dia pun tak perlu. Hanya perlu doakan kebahagiaan dia, dan doakan kebahagiaan kita
8. Redha dan yakin Allah adalah sebaik-baik perancang Jodoh tertulis dgn org lain dan kita hanya perlu sabar menanti dengan doa dan usaha
Actually saya masih dalam proses utk redha. Tp alhamdulillah, saya yakin Allah dah janjikan yang terbaik utk saya.
Doakan saya agar dipertemukan dgn lelaki soleh ya kawan-kawan
Dan saya doakan kpd sesiapa yang tersuka tanpa sengaja pada suami orang agar cepat-cepat move on.
Jangan baja perasaan ini, sehingga saat tersedar perasaan itu telah merimbun
– Reen
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit