Assalamualaikum semua. Pertama sekali, mohon jangan kecam. Aku cuma meluahkan rasa. Mohon nasihat baik-baik.
Aku wanita berkerjaya pertengahan 30-an. Tidak pernah bercinta. Namun tanpa sedar, aku tersuka rakan sekerja di pejabat aku. Umurnya tua setahun sahaja daripada aku. Masalahnya, dia suami orang.
Pada mulanya aku anggap itu mainan perasaan sebab rakan sekerja itu (aku namakan dia Shashimi) selalu ambil cakna terhadapku.
Kalau aku tak datang kerja sehari sebab MC, terus dia call aku tanya keadaan aku dalam nada suara yang sangat risau. Pendek kata, dia sangat caring dengan aku.
Bayangkanlah tiap-tiap hari jumpa, dan tiap-tiap dia buat aku bersemangat pergi kerja. Kadang-kadang atas meja aku mesti ada hadiah yang dia bagi. Kadang-kadang coklat, kadang-kadang kek.
Aku sendiri pun confuse dengan sikap dia. Aku persoalkan dalam hati, dia ni memang terlalu baik atau aku je syok sendiri?
Aku selalu reset otak supaya stop sukakan Shashimi. Aku fikir, mungkin Shashimi rapat dan caring dengan aku sebab dia selesa dengan aku. Atau mungkin dia anggap aku ni macam adik atau kawan rapat dia.
Memang tak dinafikan, kami memang rapat. Kadang-kadang kalau hujung minggu berwhatsapp mesti ada aje bergurau senda. Kadang main spam sticker sampai senak perut gelak.
Aku boleh katakan si Shashimi ni kelakar orangnya dan aku sangat terhibur dengannya. Kalau di tempat kerja tu, ada aje idea si Shashimi ni nak menyakat aku. Dia suka benar mengusik.
Jauh di sudut hati, aku nak dia. Aku teringin nak bersuamikan dia. Tapi apabila aku teringatkan wajah 5 orang anaknya, aku terus mati akal.
Aku terbayang pula wajah polos isterinya yang setia sebagai suri rumah sepenuh masa itu, terus aku jadi tak sampai hati nak goyahkan keluarga bahagia itu.
Tapi apabila Shashimi terlalu caring dengan aku, rasa suka yang membuak-buak itu hadir kembali.
Pernah sekali aku sedih sebab kena marah di tempat kerja. Mata aku bergenang lalu menangis. Shashimi perhatikan aku. Aku pun lari keluar office untuk lepaskan perasaan kecewa dan sebak.
Tiba-tiba Shashimi muncul di belakang aku. Dia tenangkan aku.
Jujur aku cakap, masa tu aku rasa nak je peluk dia. Nak je aku cakap, thanks for comforting me. Lagipun tempat aku duduk tu takde orang pun, memang tempat tersembunyi. Hanya ada kami berdua je.
Tapi alhamdulillah aku masih ada iman, jadi aku masih waras. Aku tak buat perkara pelik-pelik tu walaupun godaan syaitan itu amat kuat.
Kadang-kadang aku teringin nak tanya Shashimi, kenapa dia baik sangat dengan aku? Aku tahu Shashimi memang baik dengan semua orang, tapi kenapa baik dengan aku ni terlalu berlebihan?
Kebaikan dia tu buat aku salah faham. Kebaikan dia menyeksa jiwa aku dan membuatkan aku semakin suka dekat dia.
Hujung minggu waktu cuti, hanya Allah je tahu betapa rindunya aku dekat dia. Sehari tak dengar suara dia, aku rasa macam takde semangat.
Tapi bila pergi kerja, akulah orang pertama yang dia akan tegur. Dan tindakan Shashimi itu cukup untuk buat aku energize everyday.
Tapi Shashimi ni tak pernah post tentang keluarganya di media sosial dan story Whatsapp. Gaya Shashimi ni kalau orang tak kenal, orang akan ingat dia bujang. Sebab dia jenis tak expose bini dan anak.
Aku pun curious juga kenapa dia tak expose bini dia. Padahal kalau kami bergambar di tempat kerja, laju je Shashimi update story.
Adakah dia tak bahagia dengan isterinya? Tapi anak berderet sampai 5 orang. Atau dia jenis perahsia hal peribadi? entahlah.
Salahkah aku menyukai Shashimi? Apa yang patut aku lakukan? Adakah aku kena cari lelaki lain untuk aku sukai?
Tapi sejujurnya, dah ramai lelaki aku cuba berkenalan. Tapi belum ada lelaki sebaik Shashimi.
Hanya Shashimi yang memahami aku, menyenangkan hatiku dan sentiasa menyejukkan hatiku. Tapi aku tak nak jadi perampas.
Tolong bagi cadangan. Terima kasih…
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hoi! Jangan sesekali kacau rumah tangga orang! Kau tu perempuan. Orang yang kau bakal sakiti tu juga perempuan!
Tau tak kenapa awak suka Sashimi bukan lelaki bujang lain? Sebab dia suami orang. So dia faham sangat perangai perempuan dan cara nak handle. Ingatlah kalau dia boleh curang dgn isteri dia, x mustahil dia akan buat benda yg sama kt awak kalau awak jadi isteri dia. Tuhan tu adil. Stay strong sis :)
pergh..bentara guru dah masuk..
Ni semua mengarut. U tak perlu nasihat atau pandangan. Look around u beb. Kat mana hati nurani perempuan u. Nk jadi penyondol tu pilihan ye. Nampak sangat jantan tu tak guna, anak 5 masih nk menggatal
adoi. pening lah orang macam ni. bujang punya la ramai dalam dunia ni, anak 5 tu jugak kau nak hmmmmmmmmm entahla. Fikir la kak. Otak kat kepala.
dik..jauhkan diri k..xbaik lagipun dia punya anak2 dan seorg isteri yang menunggu dia di rmh..tegar ke kamu dik..didoakan kamu jumpa jodoh yang lebih baik ..inshaAllah
sis, jangan macam tu. even u rasa dia baik ke apa ke jangan pernah turunkan maruah u untuk suka laki orang, tak perlu nak fikir kenapa dia tak expose fam dia ke, dia tak bahagia ke. even kalau dia suka u, u jangan jadi bodoh untuk suka dia jugak, idk how to say this but the KEY is jangan melayan! tu semua godaan syaitan. kuatkan iman dan lawan rasa suka tu, ubah je jadi rasa benci. u bayangkan kalau suami u buat mcm tu kat u? u jd suri rumah and suami u layan, caring, chatting dengan pompuan dekat tempat keje dia and pompuan tu suka suami u? are u okay with that?? just imagine diri u dekat tempat wife dia, please fikir rational..jangan ikut kata hati.
senanya shahshimi tu yang salahhhhh, kenapaaa dia nak kena care kat pompuan lain plk, sdgkan ada anak bini…. kecewa betul sape jadi bini dia tu ekkk, laki duk beria care kat pompuan lain, tapi ntah2 kat umah sejenis yang panas baran….pastu bila pompuan lain jatuh cinta kat suami orang, semua akan kecam yang pempuan kata penyondol lah apalah, padahal tok laki tu yang terlebih care kat pompuan lain..
I setuju dgn u, sis.
Shashimi sumi tu yg gelenyar ..
Anak berderet, sibuk pandang pompuan lain..
Notigen sini sedap je melibas tt.. TT sedang keliru.
Mana tak keliru, si shashimi bijak beli jiwa.
Ah, notigen pun.. Klu laki hang belikan pisang goreng RM5 pun, meleret senyum..Ini kan pula si TT yg hari² terima layanan baik dr Shashimi sumi.
Dasarrrr betul shashimi
Utk kakak, ketahuilah maksud sebenar baik. Dia sebagai seorang lelaki, suami dan ayah patut tahu batas pergaulan. Dan laki2 mmg tahu sgt cara2 nak cairkan hati wanita dgn selalu bagi hadiah dan attention lebih2 lg kakak x pernah bercinta dan dah masuk 30an.. kalau dia betul2 baik, dia xkan permainkan perasaan akak, buat akak jatuh cinta kat dia, dan bila2 masa dia boleh tinggalkan akak.. hanya isteri je tau baik ke tak suami tu. Dgn cara macam mana dia layan isteri dan anak2. Tolonglah jauhkan diri dgn lelaki ajnabi. Tolonglah jgn terima hadiah2 dia lg. Please, sebelum kak menyesal
Adik
Ko tak rasa lagi betapa sakitnya hati bila laki kita ada skandal ni
Teringin ke nak rasa??????
Both of you perlu jaga ikhtilat
Adui…elakkan diri lebih baik dari terus terjebak.
Dua2 salah dalam hal ni. U dah tau laki orang…kenapa melayan. Lelaki ni adakalanya saja suka dan percayalah dengan anak yang dah 5 orang tu…dia tak fikir serius pun dengan u dik. Kalau u isteri orang, better fikirkan keluarga sendiri. Tapi kalau u single, carilah lain, melainkan laki orang tu dah memang nak kahwin dengan u dan isterinya rela bermadu. Fikir panjanglah ya..laki orang dengan anak dah lima🤔
Kalau belum pergi jauh dan u je yg syok sendiri, baik cepat² tekan break dan carilah laluan lain, jangan terus melayan rasa suka tu dik.
Be strong sis. Awak kena clear position awak di pihak dia. Kalau perbuatan dia dah sampai boleh buat awak jatuh cinta, maknanya awak kena terus terang dengan dia, minta dia jarakkan diri. Hal macam ni perlukan komitmen dua2 belah pihak. One more thing, kena selalu beringat yang kita tak boleh ,menangkan perasaan saja tiap masa, kena banyak fikir kesan perasaan dan tindakan kita untuk masa depan.
Sila ketahui bahawasanya anda sedang di ‘GROOMING’ baik oleh bapa anak 5 tersebut. Kalau anda fikir golongan seperti ini tiada agenda, anda silap. Dan jangan prasan sangat dia baik dengan anda seorang saja ya. On the first place, kalau dia baik, dia takkan membelakangi isteri sendiri ya. Sila kaji lebih lagi pasal ‘GROOMING’. Bijaklah sikit ya.
Perempuan macam ni kamu kena cam wajah dia baik – baik. Kalau ada keluarga atau mana – mana kawan kena mention yang perempuan ni ada sejarah pernah jadi penyondol, pencaras aka suka suami orang. Sila cam kan baik – baik wajah dia. Jangan biar dia masuk dalam circle kita.💪 Jaga suami, adik lelaki, Abang, atau kawan – kawan lelaki kalau ada hubungan dengan dia ni. BAHAYA😬
Lelaki ni masalah rumahtangga buat perempuan, begitu jugalah sebaliknya. Jadi buat apalah susah2 nak ambik ‘masalah’ org lain? Carilah ‘masalah’ sendiri.
Pengalaman lalu mengajar kita, jangan sekali menyukai suami org nanti diri merana kemudian hari, lelaki memang sengaja mengoda perempuan supaya sis suka dengan dia. Lelaki penuh dengan nafsu sex ( tempat melepaskan nafsu) dan mengambil kesempatan terutama perempuan yg sudah berkerja( lelaki tidak perlu keluarkan wang banyak sebab wangnya hanya diberi keutamaan kepada keluarganya) Nanti apa bila dah khawin disanalah seksanya. Suami org tu dia tidak akan dapat berlaku adil dengan sis, dia lebih utamakan isteri dan anak²nya.. sis akan merasa derita dan sedih sepanjang masa dalam perkhawinan itu.( boleh sakit jiwa jika tidak tahan mentel) Lebih baik jangan sekali menaruh hati dengan suami orang mengelaklah..demi diri sendiri..sayangi diri sis. Jangan cari penyakit..menyeksa diri.lain lagi org² disekitar kita memang kena kecam..nanti ramai kawan tidak suka kita jadi tekanan juga.
Mungkin dia juga suka awak. Tp ketahuilah, dia hanya suka, selesa, seronok. Utk move forward xmungkin dia sggup lakukan. Cubalah utk sedar y bnda xkan kemana2. Sekalipun awak sggup bermadu, cuba bygkan isterinya, anak2 nya. Dan air muka awak. Soal hati xde sape y akan faham. Prasaan ni bukan dijemput, tp hadir sendiri. Mesti ada sebab. Tp semuanya bergantung kpd pilihan kita. Elok pilihan kita, elok lah pengakhirannya. Selagi boleh undur, undur lah. Besar pengorbanan awak utk isteri dan anak2 dia kt rumah tu.
Percayalah, akan ada kebahagiaan lain utk awak.