Hai semua. Confession ini aku buat kerana tertarik dengan confession susahnya kahwin lelaki susah, (https://iiumc.com/susahnya-kahwin-lelaki-susah/) tapi ini pula adalah kisahku.
Aku telah berkahwin dengan suami baru sahaja setahun lebih. Keluarga suami merupakan orang susah mempunyai 5 orang adik beradik dan suami merupakan anak ketiga.
Kakak-kakaknya yang dua orang juga telah berkahwin dan adik-adik lelaki suamiku masih bujang. Aku alhamdulillah dari family yang agak senang
Aku suri rumah buat kelas tuisyen dan kelas mengaji di rumah sebagai pendapatan sampingan dan mempunyai seorang anak berusia 5 bulan. Sedikit luahan dariku adalah tentang ipar duaiku.
Kakak-kakak iparku tak suka aku atas alasan menuduh menghasut suami tak memberi duit belanja kepada keluarganya aka ibu bapanya.
Oh ya lupa ayah mertuaku sakit strok. Sedangkan suami aku sedikit pn tak pernah abaikan tanggungjawabnya sebagai anak.
Ok la senang kata setiap minggu kitaorang akan balik kampung sebab jarak rumah ke kampung suami dalam sejam dan dalam 4 5 jam ke kampung aku.
Setiap minggu tu juga suami aku akan beri mak ayahnya duit. Saya ulang setiap minggu ok walhal aku hanya dapat dalam sebulan sekali sahaja tapi aku tak pernah kisah sebab dia orang orang susah
Yang kecewanya kakak-kakak ipar selalu cari salah aku. Bab duit tu satu hal sampai tau2 saja block fb aku. Hmm entah apa2 hanya sebab salah faham.
Lepastu sembur suami aku dalam group whatsapp famili dia cakap suami aku tak bertanggungjawab takkan tiap kali bagi duit kena update kan. Duduk jauh pun boleh gaduh.
Suami aku seorang yang baik dan bertanggungjawab cuma bila aku minta dalam sebulan ada sekali tak balik demi menjaga hati aku yang tiap kali balik saja mesti ada yang tak kena di mata kakak2 iparku kadang termasuk mak mertuaku.
Tapi suamiku menjawab ayah tengah sakit tu bukan lama mana pun hayat ayah tu.
Ya Allah sedih rasa tidak mengapala akhirnya makan hati jela tiap minggu. Padahal adik2 lelaki suami bujang tu ada saja kat rumah tu minta dalam sebulan sekali saja tak balik. Hmmm.
Memang betul ayat orang susah tak semestinya humble and yess itu ada dalam family mertuaku. Waktu pkp pertama dulu terkandas di rumah mertua dari situ tau perangai sorang demi sorang macam mana.
Oh ya mereka ni jenis anak beranak duduk dekat2 hanya selang beberapa rumah sahaja.
Jadi tiap kali aku balik kampung mertua mesti kakak2 iparku akan datang rumah mertua konon berbual mesra padahal hari2 kerja mengumpat cari salah orang sana sini dengan ipar duaiku yang lain pun kakak2 iparku tak puas hati semua tak kena.
Jiran2 orang kampung pun semua salah. Cakap macam dia orang bagus sangat sedangkan sekolah pun tak habis.
Maaf aku bukan nak hina tapi terlalu macam2 dia orang cari salah orang lain. Potong bawang cara pegang pisau tak kena basuh pinggan tak kena potong sayur tak kena. Macam2 lagila.
Semua tak kena padahal anak2 dia orang tu aka anak2 buah suami aku tu bila mngaji waktu bulan puasa aku yang ajar dengan ikhlas hati tapi mak2 budak ni apa masalah dia orang ni.
Aku yang mengandung waktu pkp pertama tu suami aku tolong basuh baju sidai baju itupun dia orang tak puas hati kakak2 iparku tu dia orang boleh cakap janganlah suruh suami buat kerja rumah buat sendiri lagi bagus lagi2 mengandung perlu aktif.
Alahaii sedih rasa hati. Malas bergaduh punya pasal aku cakap dekat suami lepas ni jangan tolong aku buat kerja rumah,
Dan hasilnya terlalu aktif tang dia orang mahukan tu aku disahkan placenta previa dan aku terlalu stres sampai perlu jumpa pakar untuk ikuti perkembangan baby aku
Pemikiran family mertua ni memang berbeza dengan fikiran aku cuma aku boleh raikan perbezaan tapi di sudut mereka kenapa selalu cari salah aku hanya dia orang saja yang betul.
Oh ya mereka bab agama memang kurang sikit sebab tengok ada yang tak solat tapi aku sangka baik dan terus berdoa supaya diberi hidayah tapi mereka terus mencari salahku.
Cakap pun main lepas contoh cakap anak orang macam monyet gemuk macam anak gajah anak aku kulit agak gelap pun dipanggilnya si hitam.
Banyak lagi la sebenarnya nak diluahkan camnila padah bila selalu berjumpa. Dan sangkaan aku orang susah ni humble meleset sekali
Kesimpulan cerita aku pilihlah yang sekufu susah jika tak sama pemikiran.
Kedua yang susah tu tak semestinya humble perangai manusia ni macam2.
Ketiga tak selalu berjumpa sesama keluarga bukan bermakna melupakan tapi lebih kepada menjaga hubungan.
Doakan aku kuat menjalani hidup berumahtangga yang baru setahun jagung…
– Puan Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit