Salam semua. Aku di sini ingin meluah.
Sebenarnya sebelum ini badan aku okay je takde bau teruk sangat, kalau bau pun bau biasa bau peluh and hilang bila guna deodorant yang viral tu.
Tapi awal tahun ni, badan aku mulai berbau sangat teruk.
Mula-mula aku tak perasan tapi bila aku tengok orang tutup hidung bila dekat dengan aku, aku mulai sedar.
Bahkan beberapa kali aku terdengar rakan sepejabat mengumpat tentang bau aku yang sangat teruk.
Jujur, aku sangat tertekan. Aku sangat stress dengan masalah ini.
Sejak awal tahun hingga sekarang, macam macam aku cuba segala petua kampung dan tawas, deodorant stick, deodorant spray yang dicadangkan menerusi review, dan komen-komen pada post post IIUM Confession yang juga mengalami masalah seperti aku,
Tapi semuanya langsung tidak membuahkan hasil.
Aku takut ketiak aku tersumbat porinya jadi dah tak serasi dengan mana-mana deodorant.
Aku juga pernah jumpa doktor, doktor kata jaga makan dan bersenam tapi hampa, sama juga.
Sedihnya aku hanya Allah yang tahu sehingga pernah aku rasa sangat malu dengan diri aku,
Hingga terfikir nak menghabisi nyawa sendiri kerana umpat cela orang di sekeliling yang tak pernah berhenti seakan akan aku tak pernah berusaha untuk mencari solusi.
Kesannya sangat teruk pada personaliti aku, dari seorang yang periang menjadi muram dan pendiam. Dari suka travel sana sini jadi seorang yang lebih selesa duduk di rumah sahaja kecuali turun bekerja.
Di tempat kerja, rakan rakan juga menjauh kerana bau badan aku bahkan tidak segan mengutuk aku.
Aku tahu dan aku kesian juga sebab mereka terpaksa hidu bau busuk badan aku tapi apa boleh buat,
Aku dah cuba macam macam dan sekarang pun masih lagi mencuba pelbagai petua dan deodorant yang direviewkan bagus. Kapur sirih, lemon, limau nipis, limau purut..
Cakap lagi apa? Sudah aku cuba semua tapi hasilnya masih sama.
Tambahan kerja aku ini adalah kerja yang berhadapan dengan masyarakat jadi cuba bayangkan everyday sebelum turun kerja tu, aku mesti akan tenangkan diri dan malam sebelumnya aku mesti nak nangis.
Suami aku suruh jangan fikirkan sangat tapi mana dapat aku biar?
Aku yang alami dan semua benda yang aku hadapi sebab bau badan aku membuatkan aku semakin kenal orang orang di sekeliling aku,
Betapa seronok mereka mengata tanpa tahu struggle aku menghabiskan duit yang sangat banyak untuk mencari solusi.
Kalau korang ada solusi, boleh tolong kongsikan dengan aku.
Aku benar benar tertekan sampai tahap aku dah fobia nak berjumpa orang tapi terpaksa untuk turun bekerja demi kelangsungan hidup.
Tolong aku…
– Melati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit