Assalamualaikum semua.. saya terasa hendak menulis tentang kisah saya bila terbaca confession ‘tiru’, (https://iiumc.com/tiru/).
Saya juga isteri yang merasa bahagia kerana sudah cukup segalanya walaupun serba sederhana.. walaupun sebenarnya ditipu hidup-hidup.
Saya pun berkahwin atas dasar cinta.. walaupun pada mulanya perkahwinan kami tak direstui oleh kakak suami.. kenapa saya ceritakan disini akan ada kisah disebaliknya..
Macam-macam perkataan kurang enak yang kakak suami kata pada saya waktu itu.. kesan dari itu saya jadi kurang rapat dengan keluarga suami walaupun emak mentua saya baik sebenarnya..
Semua berjalan dengan baik.. sampailah suami ditukarkan ke negeri X. Saya pula terpaksa membatalkan pertukaran saya kerana penempatan yang saya dapat sangat pendalaman dan jauh dari tempat kerja suami..
Setelah berbincang kami pjj sahaja kerana susah untuk uruskan anak-anak.
Semua baik2 sahaja.. walaupun ada 2 kali suami tertangkap berwhatsaap dengan perempuan lain. Suami berjanji tak akan buat lagi dan saya maafkan.. Itulah silap paling besar yang pernah saya buat.
Sehinggalah bila negara dilanda wabak suami dah tak boleh kerap balik macam selalu.. saya faham dan menguruskan anak macam biasa.
Tapi suami sudah mula jarang berhubung dengan kami.. bila anak call pun dia tak akan angkat. Saya masih bersangka baik, alasan sibuk berkursus..
Sampai kemuncak saya tag anak menangis tersedu2 kerana rindukan papa.. suami terus untag tak nak ada dia wall fb.
Alasan dia tak berminat nak ber fb bagai.. padahal masa tu dia dah friend dengan perempuan tu, setiap update dari perempuan tu akan dia beri emoji love..
Saya terus bodoh dan percaya.. saya sent suami doa2 yang boleh menhilangkan stress berkursus. Suami mula langsung tak ambik tahu hal kami. Pandai2 la uruskan anak.. birthday anak pun dah tak ada ucapan..
Masa ni saya setiap malam menangis dan mula mendesak suami kenapa dia melayan kami seolah-olah sudah tak perlukan kami dalam hidup dia.
Suami kata dia akan jelaskan apabila dia balik kerumah kami. Suami balik dan bagitau dia nak berkahwin dengan perempuan negeri X kerana dia sangat lemah lembut, baik hati, bujang dan berkerjaya..
Setelah berbulan tak berjumpa kami itu hadiah dia untuk kami. Banyak la adegan protes saya tapi suami kata dia nekad dan dia yang nak perempuan walaupun apa cara pun
Saya menangis sepanjang mlm.. cuba untuk memeluk suami tapi di tepis. 4 hari suami balik ke rumah kami.. semua aib saya dia ceritakan pada orang yang dia bagitau untuk berkahwin lagi..
Aib saya dijaja tanpa saya boleh membela diri.. saya dikatakan tak rapat dengan keluarga sebelah suami, saya jahat memberontak.
Padahal demi Allah suami tak pernah menegur untuk mengajar saya.. suami sedia maklum akan kata hinaan kakak dia kepada saya dulu.
Kisah tentang suami diketahui oleh ketua jabatan. Suami masih menceritakan aib saya.. saya berhubungan dengan perempuan tu..
Kisah disebelah perempuan tu pula dia kata sebenarnya dia dah ada boyfriend dia tak pernah kata nak berkahwin dengan suami pun tapi saya langsung tak percaya. Dia kata sayang tu tak semestinya cinta.. emm.. saya diperbodohkan sangat.
Sekarang suami marahkan saya kerana saya dia tak jadi berkahwin dengan perempuan tu, kerana saya tempat kerja tau masalah kami. Dia tuduh saya marahkan perempuan sebab tu dia tarik diri.
Suami tetap tak boleh terima perempuan tu sebenarnya dah ada lelaki lain. Saya yang selalu dibodohkan pun boleh berfikir kalau perempuan tu serius setakat kena marah dia akan teruskan rancangan mereka.
Suami buat saya seolah tak wujud, bercakap bila hendak meminta tolong. Tiada pangilan nama cuma hey hey…
Kenapa saya perlu bertahan dengan rumah tangga saya.. saya tawar hati yang amat sangat. Tapi saya pula di salahkan.. dia kata dia dah tak ada hati untuk saya.. tapi masih lagi tak melafazkan talak. Saya tunggu tu..
Curang itu yang dia pilih.. tapi aib saya yang di jaja. Kalau ikut hati amarah hendak saya viralkan satu, satu apa yang dia buat..
Tapi orang disekeliling kata tak perlu untuk jadi seperti suami.. Allah ada, nanti satu, satu Allah tunjukkan kebenaran.
Saya sekarang hidup seperti biasa masih menunggu diceraikan. Tiada yang berubah kerana sudah 6 tahun saya seorang yang uruskan semuanya.. termasuk kewangan.
Masih lagi berdoa seperti kisah tiru.. jika dia baik untuk saya engkau bagi lah jalan jika tidak engkau doronglah hati dia untuk tingalkan saya..
Maaflah penulisan saya, agak berserabut sepertinya keadaan saya sekarang..
– Isteri yang teraniaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit