Tertipu Dengan Iklan Kerja Sambilan Dirumah

Saya Makcik Ina. Ibu tunggal, bercerai beberapa tahun yang lalu. Panggil saja saya Makcik, sesuai dengan usia saya sekarang sudah 50an.

Hidup ini sungguh keras, segala2nya memerlukan duit. Bila sudah bercerai… Dengan situasi saya yang tidak berkerja, barulah terasa betapa kerasnya hidup ini.

Saya bernasib baik kerana ada anak2 yang bekerja dan ambil peduli tentang saya. Makan pakai saya terjaga dengan baik sekali.

Sebagai seorang ibu yang masih lagi mempunyai kudrat… Sihat walafiat dan alhamdulillah bebas dari penyakit, saya tercari2 juga kerja2 sambilan yang boleh dibuat dirumah sebagai pendapatan tambahan.

Ada beberapa iklan kerja sambilan yang saya hubungi ternyata palsu belaka. Di sini saya bagi contoh satu iklan yang saya hampir terjebak.

*kerja melipat kotak*

Saya telah pergi ke tempat yang diiklankan itu, saya diberi tunjuk ajar cara2 melipat kotak.

Kerjanya sangat senang kerana saya hanya perlu melipat saja kotak2 pelbagai saiz yang sudah ada garisan2 kecil pada kotak. Tunggu lipat je…

Kotak2 tu semua kena bawa balik kerumah tau… Buat kat rumah. Boleh pilih nak lipat kotak saiz yang macamana.

Tapi…. Saya diperlukan membayar hampir 1k untuk membawa balik kotak2 tersebut. Kononnya duit itu akan dikembalikan bila siap semua kerja2 tu nanti.

Saya cakap, saya datang sini nak cari kerja yang diaorang iklankan, kenapa pula saya kena bayar untuk kerja saya? Sepatutnya koranglah yang kena bayar saya.

Jawapan mereka… Bayaran tu sebagai deposit kerana kotak2 tersebut adalah milik mereka, dan kotak2 tu saya akan bawa balik ke rumah. Haaaa gitu!

Mereka cuba memujuk saya, kalau saya tak mampu bayar penuh… Saya dibolehkan bayar separuh sahaja. Nampak tak? Diorang nakkk jugak duit saya.

Saya ni kalau bab duit memang sangat berhati2 kerana banyak scammer sekarang. Saya ambil keputusan tak mahu terjebak.

Bukan saya tak ada duit nak bayar harga kotak2 tu tapi saya tak nak duit saya dikeluarkan untuk benda2 yang tak masuk akal. Kotak jerr pun…. Saya kena bayar hampir 1k???

Beberapa bulan selepas itu, saya singgah semula ke tempat iklan lipat kotak. Ofis dah kosong. Mungkin dah banyak dapat ‘lipat’ duit orang. Saya singgah sebab kebetulan saya lalu kawasan tu.

Sebenarnya ada lagi iklan2 lain yang lebih kurang sama. Saya nak nasihatkan di sini, kalau awal2 duk minta duit kita, sila abaikanlah!

Kita bukan nak meniaga. Kita nak kerja! Kalu nak meniaga logik la pakai modal dulu. Ini kerja… Kita nak gaji. Mana ada kerja yang kena bagi duit kepada majikan.

Kalau ada sesiapa nak share pengalaman macam saya ni… Silakan, supaya orang yang nak cari kerja sambilan ni lebih berhati2.

Sekiranya ada di antara pembaca yang betul2 tahu tentang kerja sambilan di rumah yang tidak menipu, boleh bagitahu kat komen ye!

Mana la tau kot2 bukan saya sorang yang memerlukan kerja sambilan tersebut. Jangan lupa sertakan sekali lokasi dan apakah pekerjaan itu.

Sekian, semoga mendapat manfaat dari pengalaman saya.

– Makcik Ina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. betul. skang ni macam2 jenis scammer ada, scammer homestay, scammer recycle bju2, scammer pekerjaan, scammer menang loteri & mcm2 lg lah, semoga makcik & kita semua tidak mudah tertipu dengan scammer2 ini, dilindungi olehNya. Sy pun tgh cari kerja juga.. doakan sy juga ye makcik…

  2. Sy pernah kena juga,dia bagi task suruh like post jualan di Lazada..task pertama completed dia bagi upah rm30, next punya by group,tapi dia nak modal dulu,pakai duit kita paling rendah rm50..😅..pastu call untuk kepastian nombor tu tak jawab,pun sedar ini scammer..blah lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *