Tertipu Dengan Saham Pelaburan

Assalamualaikum pembaca IIUM Confession. Terima kasih kepada admin jika confession ini disiarkan. Maafkan aku kalau confession aku tak berapa menarik sebab aku tak reti mengarang cuma aku tulis ni sebab nak meluahkan.

Nama aku Nadia berusia di awal 30-an tahun ni. Seorang isteri dan ibu kepada 3 anak.

Aku seorang pekerja swasta dan alhamdulillah gaji setiap bulan memang konsisten dapat. Cuma aku ada beberapa komitmen hutang setiap bulan iaitu kereta dan ptptn.

Tapi aku akui sebab lifestyle aku yang agak tinggi sejak kebelakangan ni buat aku ada hutang kad kredit.

Husband tetap bagi duit belanja tapi aku tetap berbelanja di luar kemampuan aku sampai aku guna kad kredit. Makan nak sedap sedap baju nak tukar tukar setiap bulan begitu juga dgn baju dan mainan anak anak.

Husband ada menegur tapi sampai tak tertegur sebab aku akan beli jugak. Dah beli baru bagitau dia. Dia tak kisah asalkan aku jangan bebankan diri dengan hutang tapi aku bagitau masih mampu bayar jadi husband just let it be.

Sampai suatu hari aku terjumpa iklan pelaburan saham yang menjanjikan pulangan lumayan. Iklan tu berbunyi begini :

1) Melabur sedikit pulangan banyak. sebagai contoh : melabur RM200 dapat RM2000.

2) Patuh Syariah.

3) Jika loss pasti wang dipulangkan. Dan bermacam lagi faedah yang diiklankan.

Mulanya aku agak was-was tapi akhirnya aku tekan link telegram tu untuk lihat bagaimana proses dia. Dalam tu admin saham pelaburan tu akan open kepada sesiapa nak melabur. Lagi tinggi melabur lagi tinggi dapat pulangan.

Selepas dia iklankan dia akan post pula resit2 bankin pulangan kepada customer2 dimana amaunnya bukan sikit2 ya. Memang main puluh2 ribu.

Aku was was lagi tapi kemudian aku PM sorang2 yang ada dalam group tu. Bila aku tanya semua jawab benda tu betul.

Aku tanpa pikir panjang aku pun melabur RM500 dengan mengharap dapat pulangan RM5000.

Untuk pengetahuan korang, haritu aku baru saja dapat gaji dan bonus. Aku fikir aku dapat RM5000 tu just sebab nak bayar hutang kad kredit supaya tak kacau duit gaji dan bonus.

Masa aku mula melabur memang aku tak bagitau husband aku sebab ingat nak bagitau bila dah dapat duit. Tapi aku akui tu memang silap aku sebab apa apa pun sepatutnya kena minta izin suami walaupun tu duit aku.

Masa dah bank in RM500 dia suruh tunggu dalam 3-6 jam untuk profit tu naik jadi aku menunggu dengan sabar. Tunggu punya tunggu akhirnya admin tu PM ku balik bagitahu aku dah dpt keuntungan.

Tapi untuk mendapatkan keuntungan aku perlu bankin lagi RM1.5k untuk pendaftaran. Aku tanpa pikir panjang terus bankin. Kemudian tunggu.

Lepastu dia PM lagi bagitau account aku ini adalah account standard jadi aku perlu upgrade ke gold dan perlu bankin lagi RM1k untuk buat pengeluaran.

Aku bagai lembu dicucuk hidung. Tak pikir panjang aku bankin lagi .almaklumla duit memang tengah banyak jadi laju saja bankin. Aku tunggu lagi.

Tak cukup sampai tu. Dia PM lagi minta bayaran untuk pentadbiran pula, itu dan ini sampai aku tak ingat dah dan rupa-rupanya aku dah bankin sampai RM11k !! Gila tak gila.

Last dia suruh aku bankin RM3k which is aku dah takde duit banyak tu.

Kata dia aku didenda sebab sepatutnya aku bankin semalam tapi disebabkan aku lambat jadi tak dapat buat pengeluaran sebab tu kena bayar RM3k.

GILA KE ? Padahal aku baru saja start melabur pagi tu celah mana pulak datang semalam.

Aku dah tinggal RM1k dan aku bagitau aku taknak bayar. dia minta aku usaha sampai suruh pinjam family/ kawan tapi aku tetap cakap taknak dan minta pulangkan balik semua duit aku.

But a scammer being a scammer. Korang rasa dia nak bayar balik ke duit aku semua tu? Mestilah tidak. Akhirnya dia kick aku dan block aku.

Dekat telegram pula masalahnya kita tak boleh tengok no orang kan. So jadi sekarang ni who’s in dead? Mestilah aku.

Satu tamparan yang hebat buat aku sebab rm11k aku habis begitu saja. Bayangkan duit ni yang aku tunggu2 setiap tahun akhirnya begitu sahaja hangus.

Masa aku bankin tu aku pun taktau mana otak aku ni pergi. Bila dah jadi macam ni baru otak aku berfungsi.

First, macam mana aku nak bagitau kat husband aku. Kedua, mana aku nak gali balik duit banyak banyak tadi. Tapi duit sebanyak tu tak mungkin aku dapat balik. Dan yang paling aku risau macam mana nak confess dekat husband aku.

Punya aku cari malam yang sesuai nak confess dekat husband. yelah husband penat balik kerja lepastu layan anak anak bila balik kerja. Bila anak2 dah tido tak serabut ke dia bila dapat tau benda ni masa dia tengah nak rehatkan badan nak rehatkan otak?

Jadi aku bagitahu pada satu malam ni, dimana esoknya kami berdua bercuti sebab kebetulan dapat vaksin booster pada tarikh yang sama. Punya la aku menggigil nak confess weh. Dan masa nak start confess tu biasalah perempuan mesti main air mata. Kena! Haha.

Dah confess punya confess mengucap panjang husband aku huhu. Melenting membebel mesti ada biasa la kalau aku jadi dia pun sama. Dia tak pernah kisah pun gaji/ bonus aku cuma still sayang hangus dekat orang yang salah. Betulah kan aku sendiri pun dah frust sangat.

Selepas melenting dan membebel, yes husband being a husband, tetap cool dan memberi nasihat agar tak terjerumus *cehh* lagi dalam perbuatan mcm tu. Akhirnya aku pun mengambil pengajaran. Berjanji takkan mudah terpengaruh lagi.

Sebenarnya aku masih beruntung, sebab aku seorang isteri dan ditanggung suami. Nasib baik juga hutang2 aku aku dah settle dulu macam hutang kereta dan hutang ptptn. Cumanya segala perancangan aku yang lain hancur lebur dan kena start kumpul duit balik.

Murungnya sebelum aku nak confess kat husband aku Tuhan saja tau. Makan tak lalu, buat kerja semua tak kena dan aku paling rasa serba salah dekat anak anak aku sebab ada mak macam ni.

Aku akui semua ni pun salah dari aku sendiri. Tamak. Scammer tetap scammer. Dia memang tak takut kalau kita ugut lapor polis sekali pun. Cuma kita yang ada ni jangan la jadi tamak. Jadikan la kisah aku sebagai pengajaran.

Sedikit tips dari aku tentang penipuan saham pelaburan ialah modus operandi mereka tetap sama,

Mereka akan janjikan pulangan lumayan walaupun modal sikit, patuh syariah kononnya (ada yang sampai letak gambar gambar ustaz tau !!), akan meminta wang pendaftaran,

Pentadbiran etc which is akhirnya modalnya akhirnya lebih daripada pulangan dan lebih menyakitkan wang itu semua ‘burn’.

Ingatlah bukan senang nak senang, kejayaan tak datang bergolek, cari la rezeki yang halal walaupun payah. Ni peringatan untuk diri aku sendiri.

Jadi esok hari lepas aku confess dekat husband aku, husband bawak pergi mall jalan2 pegang tangan dan belanja ais-krim, punya aku emosi sampai menangis.

Nikmat yang mana lagi kau dustakan? Punya aku bersyukur saat itu, aku masih ada suami penyayang dan anak anak jadi kenapa aku masih tamak dan bodoh?

Ada kisah lain aku baca, ada yang 10 tahun kumpul duit persaraan akhirnya duit lebur disebabkan pelaburan saham yang salah, ada juga yang datang dari kampung lebur sampai RM40k disebabkan pelaburan yang sama.

So aku harap confession aku ni jadi awareness dekat orang lain supaya tak terkena macam aku. Dan aku minta maaf sebab confession ni amat panjang. Ingatlah ya. Jom banteras scammer. Jangan bagi muka dekat diorang ni!!

– Nadia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *