Hai reader. Saya perkenalkan diri saya Marlia. Berumur 35 tahun dan status ibu tunggal.
Saya telah bercerai selama 5 tahun dan anak- anak tinggal bersama bekas suami.
Selama 5 tahun saya bercerai tidak pernah merasa untuk mencari pengganti kerana saya rasa saya sudah ada kerjaya, kereta dan rumah. Ada anak-anak walaupun jauh dimata.
Sehinggalah terdetik untuk join dating apps memandangkan usia semakin meningkat dan saya memerlukan teman sehidup semati.
Memandangkan saya tidak ramai kawan lelaki dan circle yang kecil, maka saya mencuba dating apps. Doa saya semoga saya bertemu jodoh tahun ini dan dipertemukan dengan yang baik.
Dalam dating apps saya kenal seseorang bernama Ariffin, muda dari saya 8 tahun.
Kami bersetuju untuk keluar dan dari situ kami serasi dan dia juga mengatakan rasa serasi dan sekepala walaupun jarak usia. Kami terus berhubung dan sehinggalah kami mengikut hawa nafsu dan terlanjur.
Hasil nya saya mengandung dan saya mengambil keputusan untuk gugurkan walaupon dia menyatakan hasrat untuk berkahwin.
Setelah itu dia menyatakan dia perlu berpindah ke rumah keluarga nya di seremban dan berulang kerja di putrajaya.
Bermula dari sini kami jarang berjumpa dan dia sering lambat berbalas whatsapp dan sering hilang.
Saya sedikit demi sedikit merasakan bahawa dia sebenarnya suami orang dan banyak kali bertanya pada nya sekiranya dia suami orang dan dia menidakkan.
Saya pernah bermimpi dia curang dan dia mengatakan saya overthinking. Setiap kali berjumpa setiap kali itu kami terlanjur.
Sehinggalah dia kata ini pertemuan terakhir dan dia nak lepaskan saya sebab katanya dia menyuarakan hasrat pada ibu nya tentang saya tapi ibunya menentang. Maka saya terima.
Sebulan saya tidak berhubung dengan nya, tiba-tiba saya merasakan tidak selesa dan period terlewat.
Maka saya membuat UPT dan ternyata saya mengandung lagi. Saya terduduk dan tidak tahu nak buat apa. Bila saya whatsapp dia, dia membalas dan terkejut.
Dia menyatakan tidak boleh bertanggungjawab dan ada dengan saya. Saya kecewa dan marah.
Suatu hari Allah nak tunjukkan setelah saya melakukan solat taubat, tahajud dan solat hajat, saya berjaya menemui facebook nya dan ternyata dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.
Hancur remuk hati saya kerana ditipu. Saya merasakan diri saya sangat jahat kerana melakukan perkara tersebut terhadap isteri dan anak nya.
Sungguh saya tidak tahu dia sudah berkahwin. Saya juga tertipu.
Saya menghubungi nya dan mengugut untuk memberitahu isterinya tentang hal ini jika dia tidak mahu berbincang. Tapi ya, buntu.
Saya tidak mahu menggugurkan kerana cukuplah dosa saya.
Dia kata dia tak dapat berkahwin senyap- senyap dengan saya kerana dia tidak mahu isterinya tahu.
Akhirnya setelah berbincang, maka saya ambil keputusan untuk teruskan kandungan.
Walaupun saya terpaksa korbankan karier 10 tahun saya, tidak dapat berjumpa anak-anak dan keluarga saya.
Biar dia teruskan gembira dengan keluarga nya. Dan saya serahkan segala urusan perbuatan nya pada saya pada Allah.
Cukup sekadar saya pulihkan hati dengan memaafkan dan kembali bertaubat. Dan saya redha. Jika saya jahat, pasti saya merebut dia dari isteri nya.
Kerana dia menghancurkan hidup saya. Saya juga tergerak untuk memberitahu isterinya, tapi saya fikir kan anak nya yang memerlukan kasih dan sayang ibu dan ayah nya.
Saya mempunyai segala bukti kukuh yang boleh meruntuhkan rumah tangga nya. Tetapi saya diam dan menanggung semua nya. Tak apa.
Nanti penyesalannya akan datang kemudian. Kifarah Allah itu ada.
Saya mohon pembaca doakan saya kuat bersendirian mengandung 9 bulan dan semoga Allah mengampuni saya.
Dan jika puan adalah saya, adakah puan membongkarkan kecurangan suami nya pada isterinya?
Sekian..
– Marlia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam.
Terutama sekali, I rasa ‘sebak’ baca luahan cerita you. I rasa geram dengan you for what you’re went through right now.
Banyak pengajaran dari luahan cerita you and how you choose inappropriate way to find a relationship. 1st of all, dating app is “harmful platform” to finds any kind of relationship. Especially romantik sbb apa, on those app, people are looking for sex and pleasure. And yet as 30 plus something, you fell on that trap. I simpati dgn you.
However, nasi dah jadi bubur. I senang you dah sedar khilaf you and itu membuatkan I baca ni jadi makin insaf dan memahami.
Take care of your soon to be baby. Insyallah, Allah SWT maha pengampun dan maha penyayang.
You need to brace yourself utk besarkan anak istimewa you atas muka bumi ni. Don’t ever repeat your mistake because the stakes is high. You’re a mom to soon to be baby. Take care of him/her with a greatness.
To me, inilah masa you stop kejar cinta manusia. Jikalau you ada rezeki berkahwin lagi, I do hope choose wisely. Jangan kaitkan diri dgn suami orang. Yes, I do understand how married men has irresistible charms and aura. But we as women, we have brains. So, use it wisely.