Tertutup Hati Untuk Bercinta

Hai assalamualaikum semua, nama aku Rara (bukan nama sebenar). Aku ada 1 trauma terhadap lelaki, yang dimana aku selalu takut nak punya hubungan dengan lelaki.

Aku ni tidaklah dikatakan muda atau terlalu tua, umurku hampir memasuki 3 series dalam 3 tahun lagi.

Tapi sampai sekarang aku still tak pernah ada keberanian untuk berkawan dengan lebih serious dengan mana2 lelaki.

Aku ada 2 trauma yang pernah aku alami.

First, masa zaman aku belajar dulu, aku ada jatuh hati pada seorang rakan kelas aku, dan ya kami memang rapat sehingga lecture pon ingat kami macam bercinta.

Dia layan aku dengan sangat baik walaupon zaman tu aku dulu diakui aku agak selekeh.

Aku masih ingat lagi aku dengan dia mula akrab sebab dia selalu kirim salam dekat aku melalui kawan2 aku (macam lucu kan).

Cara layanan dia betul2 buat diriku rasa dihargai  dan akhirnya aku sedar yang aku telah jatuh cinta pada dia.

Tetapi aku tahu aku mana mungkin dia akan jatuh cinta dengan aku. Yela aku dulu sanggatlah selekeh.

Mesti korang tertanya-tanya kan, macam mana aku tahu yang dia tak sayang dan cinta aku?

Aku pernah buat kerja gila pergi confess kat dia melalui surat. Time tu pon kami dah nak habis belajar dan memasuki alam praktikal.

Tapi dia langsung tak balas surat tu dan selepas tu kami langsung tak contact lagi dah.

So aku faham sendirilah yang memang aku bertepuk sebelah tangan. Aku tak salahkan dia sebab aku tau cinta itu tak boleh dipaksa.

Sampai sekarang aku masih takut andai peristiwa ni berulang Bukan tak mau bagi peluang tapi hati aku rasa masih belum kuat.

Trauma yang kedua pulak, yang buat aku takut nak sayang seseorang. Sebab aku rasa selalu bila aku mula sayang seseorang tu aku selalu akan kehilangan mereka.

Kehilangan tu maksud aku mesti akan ada peristiwa yang buat aku terpisah @ kehilangan mereka.

Aku pon tak pasti kenapa?

Kadang aku terfikir aku ni tak layak ka nak sayang atau cintai seseorang sebab bila aku dah start sayang sahaja mesti akan ada peristiwa yang membuatkan aku kehilangan orang2 yang aku sayang?

Kadang-kadang aku teringin nak bercinta macam orang lain, tapi aku takut kecewa lagi dan yang paling aku takut aku terus kehilangan orang yang aku sayang tu.

So aku lebih memilih untuk bersahabat daripada terjatuh hati pada seseorang mungkin memang ditakdirkan untuk aku tak punya pasangan di dunia ini.

Doakan aku terus bahagia hidup macam ni.

– Rara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. 1. Dalam dunia, tiada hubungan yang kekal hatta yang telah berkahwin pun akan berpisah (bercerai/kematian) melainkan hubungan dengan yang Esa.
    2. Doa yang baik² untuk diri sendiri dan usaha. Tak semestinya yang sekali hadir dalam hidup awak is the right guy, kadangkala Allah akan pertemukan dengan beberapa orang yang salah sebelum hadirnya jodoh awak.
    3. Jangan putus asa dan menganggap semua perhubungan akan berakhir dengan kepahitan, give yourself chance to love and to be loved.
    4. Not too focus on your jodoh, just leave it to the flow. Focus on your future and family especially parents. If belum berjodoh, boleh berbakti untuk mak ayah..minta mereka doakan yang baik² untuk awak.
    5. Jika sudah bekerjaya, saving banyak², beli aset, pergi holiday, spend time with family & friends. Just enjoy your single life girl and yang penting jaga hubungan dengan Pencipta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *