Teruji Dengan Family

Aku nak bercerita tentang family aku. Aku cukup teruji dan penat dengan setiap tindakan mereka. Benar, kita mesti lihat setiap individu dengan positivity bukannya negativity. Aku cuba positifkan diri, namun banyak aspek negative mulai muncul. Aku banyak highlight benda negative sebab akhir confession aku berkait dengan semua.

Aku datang daripada family yang broken. Bercerai dan miskin. Setelah 30 berkahwin, akhirnya parents aku bercerai, meninggalkan aku dan adik kurang kasih sayang. Actually, aku ada lagi tiga siblings, along, angah, dan alang. Zaman abang-abang, kehidupan kira okay lagi dan tak banyak teruji meskipun kami miskin.

Itu dulu la, sekarang ni, aku rasa sangat-sangat teruji. Aku ceritakan setiap orang dalam family dan orang yang berkaitan supaya penceritaan tidak serabut. (aku tak ceritakan tentang adik aku, nanti cerita panjang berjela dan berbelit)

Bapak:

Bapak berkahwin dengan janda anak empat sebagai balasan dendam terhadap ummi. Bapak nak buktikan tanpa ummi, bapak boleh dapat lagi bagus daripada ummi. Sesi perkenalan tak sampai sebulan, sebab bapak percaya cinta selepas nikah. Bapak nak cari orang yang mampu menjaga dia apabila tua nanti.

Bapak tak bagi harta sepencarian kepada ummi. Janda tu tahu bapak ada harta walaupun tak banyak mana. Dia punya licik tu, tak sampai beberapa minggu kahwin, surat wasiat harta dah kena buat dah. Bapak jadi pak turut, iyekan je. Time tu, aku 14 tahun, kurang sangat bab-bab pengetahuan dan kesannya tak terasa sangat sebab aku dan adik tinggal dengan bapak. Bapak tuntut hak penjagaan memandangkan bapaklah yang menjaga aku dan adik selama ni. Along, angah dan alang dah besar, pandai jaga diri. Berbalik kepada janda, dah nama pun mak tiri, kebanyakan orang masih skeptikal terhadap golongan ni. Jangkaan memang tepat. Jenis skeptikal ni la yang aku dapat. Aku bersabar. Anak-anak dia pula macam cerminan janda tu.

Ummi:

Ummi memang gigih mencari rezeki. Sebelum bercerai lagi, ummi kerja nak cari harta. After cerai, of course la kena kerja. Selepas 2010, ummi mahukan aku dan adik tinggal sekali di rumah sewa ummi. Bapak lepaskan kami. Waktu tu, angah, dan alang tinggal dengan ummi. Makan dan minum tu ummi jaga tapi Cuma sekali sehari. Untung dapat dua kali sehari. Pakaian aku dan adik terutamanya pakaian sekolah, ummi minta habis-habisan daripada bapak.

Semenjak bercerai, ummi jadi materialistic. Ummi jugak ratu air mata. Ummi gunakan air mata untuk dapatkan apa yang ummi nak. Ummi hampir-hampir berkahwin, disebabkan proses perkahwinan yang rumit, berlainan negeri dan masalah wali. Part yang best, ummi minta kereta Mercedes sebagai syarat perkahwinan.

Ummi kini makin lanjut usia. Ummi takde rumah. Simpanan merosot. Ummi gunakan anak-anak untuk dapatkan apa yang ummi nak. Pemilikan rumah di atas nama angah. Pemilikan kereta di atas nama angah. Setiap perabot dalam rumah, kebanyakannya angah usahakan. Walaupun ada semua keperluan, pada ummi, itu cuma mencukupi tak memuaskan. Ummi nak lebih lagi, nak tunjuk lagi bagus, senang nak mendabik dada.

Along:

Along bertunang ketika ummi dan bapak dalam tempoh penceraian. Malu tak payah cakap la. Ada je mulut puaka tak henti mengata. Mentua along kurang percaya dengan family yang macam ni. Demi along, ummi dan bapak buat-buat berbaik. Majlis perkahwinan lancar walaupun belakang tabir huru-hara. Time ni aku banyak menangis.

Ummi teringin along balas jasa ummi selama ummi membesarkan along. Along rapat dengan ummi. Ummi kuat berangan. Siap cakap yang along akan hadiahkan rumah atau kereta kepada ummi, kononnya untuk membela nasib ummi yang kurang bernasib baik. Tapi semua tu angan-angan kosong. Ummi kesal. Hakikatnya, along hanya fokuskan hidupnya dan isterinya sahaja. Rumah dan kereta hanyalah untuk isteri dan anak-anak tersayang. Tak boleh nak salahkan along sebab along dah ada tanggungjawab. Ummi undurkan diri dari kacau hidup along.

Jujur aku katakan, along seorang yang kedekut, pentingkan diri dan tak bertanggungjawab terhadap ummi. Ummi minta kereta atau rumah daripada along sebelum along berkahwin lagi. Gaji along tinggi, ummi bukannya minta bayarkan semua, atas kertas sahaja loan nama along, tapi ummi yang bayar segalanya. Kalau ummi nak buat loan, memang tak akan lepas.

Angah:

Selepas kecewa dengan along, ummi berbalik kepada angah. Waktu tu angah muda lagi. Angah tak mampu nak sediakan barang bagus. Rumah sewa-beli, kereta secondhandlah angah mampu beri kepada ummi. Ummi demand nak lebih. Aku selalu nampak angah nangis, mungkin sebab stress. Solusinya, angah kerja di luar negara.

Untuk dua bulan pertama, angah bagi duit gaji kepada ummi. Ummi happy, habis dicanangnya cerita yang angah kerja oversea, gaji tinggi. Langit tak selalu cerah. Bulan ketiga, duit tak masuk ke akaun ummi. Bulan seterusnya pun sama. Ummi ada cuba contact angah tapi tak dapat. Angah hilang. Lost contact. Habis media social aku cari tetap tak jumpa. Muncul persoalan, angah hilang atau sengaja menghilangkan diri.

Alang:

Kalau along tak bertanggungjawab, alang lagi la walaupun untuk bertanggungjawab dengan diri sendiri. Orang gila dan alang tak jauh berbeza. Alang seorang perokok tegar, penagih dadah, mat rempit, gila seks dan gay. Dia jugak panas baran orangnya. Selalu sakit-sakit sebab rokok. Dulu takde asma pun, sekarang nak bernafas tercungap-cungap.

Pantang sakit macam selesema, nanti mula la mencarut, membebel, minta nak mati, menyalahkan Tuhan kenapa dijadikan begini, pecahkan barang-barang rumah. Padahal diri sendiri tak pandai nak jaga. Kalau diri dah sihat, kecundang ke tabiat lain. Beronani dari pagi ke malam bercampur sepam dua rokok dan dadah tak nak tinggal. Itulah kitaran hidup alang. Alang kerap berulang alik ke hospital. Hospital tu boleh dikatakan rumah kedua. Aku tak hairan kalau ummi bagitahu aku alang dekat hospital.

Macam mana aku tahu, rumah ni ada dua bilik je. Satu bilik untuk ummi. Satu bilik lagi untuk aku, alang dan adik. Most of the time, aku je yang guna bilik ni. Alang dan adik cakap bilik ni panas. Alang dan adik tidur dekat ruang tamu. Kalau alang kunci bilik, aku dah tahu apa yang dia buat. Dadah, rokok dan onani. Tengok porn. Yang parahnya, macam mana aku tahu dia gay, dia ada tulis website gayporn dekat kertas yang dia tinggal merata dalam bilik. Lagi satu, pernah kantoi banyak kali tengok gay porn dekat handphone. Part lagi best, mesej ringan-ringan nak seks dengan lelaki malaysia kulit gelap.

Oh ya, aku isytiharkan alang jugak hero accident negara. Kereta ummi dah berapa kali accident sebab dia drive lelaju konon-konon Fast & Furious. Kereta accident, ummi yang betulkan. Ummi yang bayar untuk repair kereta. Moto dekat rumah ada dua, EX5 dan Lagenda. EX5 rosak dia kerjakan. Bayangkan roadtax moto EX5 tak nak hidupkan dan minyak moto pun payah nak isi, nak betulkan moto jangan haraplah. Aku buat tak tau je tapi kesannya sampai ke aku.

Moto LC ummi punya. Ummi jarang guna, so aku guna nak berulang-alik ke kelas. Roadtax, tayar pancit, minyak , guna duit aku. Disebabkan moto dia dah rosak, dia guna LC aku nak berulang-alik kerja. Aku takde transport. Pernah berebut tapi dia je yang nak menang. Last sekali aku akur, aku mengalah.

Satu hari accident lagi. LC accident, alang bawak. Dah dia guna, dialah yang patut repair. Tapi dia tak nak repair guna duit dia. Aku dah malas nak masuk campur. Akal alang panjang. Tetiba baik hati nak repair LC dekat kedai. Sekali dengan EX5 dia pergi bawak nak betulkan. Namun, permainan alang hebat. Alang trade-in dua moto tu semata-mata nak dapatkan moto Pepsol, just kena tambah sikit je katanya. Aku mengucap. Marah. Senang-senang je nak jual tanpa bawak berbincang. Ummi mengiyakan pulak tu. Hati aku panas. Transport aku macam mana.

Kesannya sampai ke aku. Nak belajar tak senang. Bilik bau kepam, hamis, bau rokok, dadah, bau air mani. Transport aku dah hilang, kena kebas, sampai jahanam kau kerjakan. Aku belum graduate, ummi sibuk suruh beli kereta baru (as long as Toyota/Honda brand).

Please take note, kereta tu memang sampai kiamat aku tak akan dapat guna. Mungkin dalam sekali dua dalam sebulan. Kereta milik ummi nak jual. Ummi gunakan aku nak dapatkan kereta baru. Aku cuba berbincang tak payah jual kereta ummi, sebab kereta baru ni aku nak guna untuk bergerak tetapi ummi tetap berkeras nak jual. At the end of the day, aku memang tahu perangai ummi macam mana. Aku lemas digasak begini.

Walaupun aku student, aku kerja part-time dan berbisnes jual air tebu sebab tak nak menyusahkan ummi dan bapak. Semenjak belajar di university, aku tak pernah minta duit daripada parents. Aku berusaha dapatkan duit. Disebabkan aku kerja part-time dan dapat elaun bulanan, aku ada simpanan lebih kurang RM 30000. Jumlah simpanan aku kantoi dengan ummi semasa aku tengok baki dekat mesin ATM dan ummi betul-betul sebelah aku.

Ummi kan materialistic, terus dipaksa aku suruh beli kereta. Aku nasihatkan ummi beli kereta second tapi ummi tak nak. Ummi nak buat downpayment untuk kereta. Ummi pujuk aku dengan air mata. Sorry lah ummi, cara ummi agak kurang berkesanlah. Simpanan aku tu aku simpan sebab nak bayar hutang pelajaran, buat downpayment untuk rumah dan ingat nak beli moto baru. Aku beritahu ummi tujuan simpanan aku untuk apa. Ummi persoalkan kenapa nak beli rumah. Ummi kata muda-muda lagi tak payah beli rumah. Dah tu, takkanlah sampai ke tua aku nak tinggal sekali dengan ummi macam alang. Kalau aku tak beli kereta, ummi cop aku anak derhaka, tapi aku tak endahkan pun. Aku tahu anak derhaka perangai macam mana.

Kalau ada yang pakar, silalah hulurkan pertolongan dengan memberi nasihat, panduan atau comment positif. Aku buntu. Soalan:

1. Adakah boleh sekiranya ummi menuntut harta sepencarian yang dicari bersama semasa tempoh ummi berkahwin dengan bapak? (walaupun tuntutan penceraian adalah daripada ummi dan ummi sebenarnya yang cari pasal dulu, tuntutan harta berupa tanah)

2. Bagaimana caranya untuk menjejak angah yang hilang di luar negara? Through Pejabat Kedutaan ke? If yes, bagaimana prosesnya?

3. Kalau aku terus sumbat alang dalam pusat serenti okay tak? Apa lagi cara yang bagus nak tegur penagih ni?

4. Apakah nasihat yang paling lembut untuk nasihatkan ummi yang tetap berdegil nak ikutkan kehendaknya?

5. Korang rasa patut ke aku belikan kereta untuk ummi eventhough aku still student?

Terima kasih pada yang sudi.

– Fifi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit