Terukkah Aku Sebagai 1steri?

Assalamualaikum. Cuma sekadar ingin meluahkan pertanyaan yang terbuku di hati sejak sekian lama.

Untuk pengenalan, saya dan suami berkerja. Suami berulang jauh tapi saya kerja berdekatan dngan rumah. Suami gaji besar tapi gaji saya biasa.

Kalau mengikut kelayakan saya boleh sahaja mencari kerja dengan gaji yang lebih tinggi tapi saya lupakan hasrat memandangkan anak saya masih kecil dan diasuh berdekatan dengan rumah.

Jadi rutin saya balik kerja petang, ambil anak2 dari rumah pengasuh dan masak uruskan rumah.

Suami saya kerja berulang jauh. Memang pergi gelap pagi balik gelap malam kalau kerja pagi. Ditambah pula dngan beliau berkerja shift dan hari cuti berbeza dngan saya.

Saya cuti weekend dia cuti ikut jadual. Kalau shift malam selalunya saya dan anak tidak akan berjumpa dengan dia sepanjang dia berkerja malam. Cuma pada hari cuti dia sahaja boleh dia ada di rumah lama sikit.

Gaji suami cukup. Cukup untuk menampung segala komitmen memandang semua loan rumah dan kereta boleh menggunakan nama dia sahaja termasuk bayaran taska dan semua barang rumah.

Tapi by the end of the month, still lagi perlukan gaji saya untuk tampung sikit2 perbelanjaan rumah.

Tapi suami saya ada hobi. Dia sangat suka bersukan. Macam yang saya kata komitmen kerja dia membuatkan dia balik malam. Tapi dia suka sambung dengan aktiviti sukan dan balik tengah malam.

Kalau cuti pun, kalau ada kawan ajak bersukan tak pernah menolak walaupun perlu berulang jauh ke area tempat kerja dia.

Kerja jauh ni penatkan? Ye saya faham tu. Cuma yang saya tak faham balik penat pun, kalau kawan ajak lepak tengah malam dia gigih je keluar melepak walaupun jauh.

Dan saya tak pernah halang sebab dia pernah kata itu cara dia release stress penat kerja jauh.

Jadi walaupun saya lebih harapkan dia ada di rumah untuk luang masa lebih sikit untuk anak, saya lebih pilih untuk diam dan benarkan.

Tapi bila hari cuti dia dan dia perlu duduk di rumah, untuk bawak anak keluar pun dia mesti akan merungut penat. Tiap masa.

Ya. Dia memang akan tetap bawa keluar. Cuma kena hadap je la dia merungut penat sangat tu.

Tiap masa ya ayat dia penat sangat tu keluar. tapi kalau ada kawan call ajak bersukan atau melepak, tak pernah keluar ayat dia penat tu. Laju je minta izin nak pergi.

Jadi soalan saya. Salah kah saya sentap sebab dengar dia merungut penat bila saya ajak untuk keluar sekejap? Dia cuti pun sehari dua je untuk saya harapkan dia bawa kami keluar kejap lepas saya balik kerja..

Hari lain dari awal pagi ke malam tak jumpa dia semua urusan anak2 saya yang uruskan. Siap bawa anak jalan2 lagi kadang2 walaupun sorang. Sebab tahu tunggu dia cuti pun tak kan rajin dia nak keluar.

Salah kah saya terasa dan keluar ayat ‘ kalau kawan ajak keluar laju je takde pun cakap penat nak rehat’.

Dia kata saya provok dia dan itu buat dia lagi marah sampai membodoh bangangkan saya depan anak2 dan lempar semua mainan anak.

Jerit2 sampai satu taman dengar, tumbuk segala pintu dinding. Hina gaji saya kecil semua dia yang tampung.

Katanya dia mengharapkan saya sebagai isteri faham yang dia penat. Cakap saya teruk degil tak tau nak mengaku salah sebab provok dia.

Katanya, patutnya kalau suami mengadu penat saya sebagai isteri perlu suruh dia rehat. Tapi dia cuti harini.

Sehariannya dari pagi berjoging dan duduk rumah seharian. Saya jumpa dia pun selepas pukul 6. Rumah sama tak berkemas.

Jadi salah kah saya ajak bawak anak keluar sekejap? Terukkah saya sebagai isteri?

– Acik jiran sebelah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *