Teruknya Kehidupan Orang Gay

Nama aku Fox (bukan nama sebenar), bekerja dalam sektor awam, lewat 20-an dan seorang yang aktif sukan.

Thank you admin kerana publish artikel aku.

Dari tajuk pun dah tahu kan aku apa yang aku nak confess kat sini.

Gay bukan suatu pilihan, sama seperti orang normal, jadi normal bukanlah pilihan anda untuk menyukai atau bernafsu kepada perempuan. Gay yang aku hadapi adalah semula jadi. Memang daripada lahir dah jadi macam ni.

Menjalani kehidupan gay adalah sesuatu yang sangat sangat sangat sangat mencabar. Puas mencari jalan penyelesaian, teknik perubatan, kaunseling dan macam macam lagi tapi tak boleh tak berjaya.

Di Malaysia pula, golongan macam ini adalah sangat dipandang hina, dikecam teruk dibuli malah akan dipulaukan oleh rakan sekeliling dan keluarga jika kantoi nafsu kita cacat.

Yes! orang yang memiliki nafsu sejenis adalah individu cacat. Cacat rohani.

Kami tak minta atau pilih jadi begini melainkan Allah dah takdirkan aku akan melalui cabaran ini semasa kat dunia. Inilah cabaran terbesar aku dan orang2 macam aku.

Kehidupan sebagai gay ini adalah full of depression. Tiada yang membahagiakan. Teringin sangat dan berharap sangat untuk boleh keluar daripada kecacatan ini. Tapi tak boleh.

Apa yang aku boleh lakukan adalah menjadi kuat. Kuat dari hari ke hari. Menjadi kebal dan tuli dengan soalan bila nak kahwin, nak kenalkan aku dengan seseorang.

Tapi lama kelamaan aku penat dan sangat penat. Hati meronta-ronta untuk dibahagiakan. Nak nangis pun dah gak larat. Air mata dah kering. Smile in pain.

Aku penat dan sangat penat. Persekitaran aku bukanlah dikelilingi oleh pondan, bapok, lelaki feminin atau gay’s tapi persekitaran aku adalah lelaki2 normal.

Tipu kalau aku cakap aku tak jelous kehidupan mereka.

Walaupun aku tak pernah bercinta tapi aku faham macam mana perasaan bercinta n menyayangi orang yang kita sayang. Kita akan ada rasa tanggungjawab yang besar dan akan sanggup lakukan apa sahaja untuk mereka.

Aku tahu sebab aku mempunyai sifat empati yang sangat tinggi.

Allah! Indahnya kehidupan macam ni. Indahnya kehidupan dapat hidup dengan orang yang kita sayang, hormat, tanggungjawab, berkorban.

Gay adalah kehidupan paling teruk sebenarnya. Tiada matlamat hidup. Lonely dan aku tak tahu nak share dengan siapa masalah ini. Aku hanya pendam dan meluah kepada Allah.

Tapi aku juga perlukan sahabat untuk bercakap dengan masalah ini. Sahabat yang ikhlas yang boleh mencerap aku dengan baik dan bukannya yang tahu menasihati semata-mata saja.

Sejujurnya aku penat… Penat… Sangat penat…
Sedih… Sangat sedih….
Dilemma…
Kesunyian dan sangat kesunyian…
Senyum ku… Senyuman yang palsu…
Senyuman lari daripada masalah….

Tolong aku wahai kalian semua…
Selamatkanlah aku….
Aku dah tak tahan..
Tak tahu harus bagaimana lagi….
Dunia aku… Hujan sepanjang masa….
Depression…. Seriously depression…

– Fox (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

30 Comments

  1. aku benci golongan kau. sebab golongan kau aku jadi janda berhias. golongan kau rampas suami aku, dan paling aku tak boleh terima bekas suami aku pun begitu. Aku benci korang . Sampai lelaki normal pun terkena tempias tu.

    • Kebenaran itu pahit tapi bekas suami awak bukan lelaki normal sebab tu dia tertarik ke situ. Dia kawin dengan awak mungkin untuk cover depan keluarga atau dia keliru dengan perasaan dia. Sy tau sakit diperlakukan macam tu. Tapi tak semua gay macam tu.

    • Sya doakan awak sentiasa kuat,pegang di hati hanya Allah tempat kita bergantung…Sya ada kwan y seperti awak,sya paham..tiada orang y nak dirinya ada rsa begitu…sya sndri selalu doa smga Allah jangan bolak balikkn hati ini dari-Nya…paham,xsemua orang akan terima apa yang kita luah dengan hati y penuh empati,yang kita hanya akan dapat adalah judgement dari perbuatan dan kata2 mereka …sya berdoa sgt2 semoga satu hari nanti awak akan bertemu jodoh yang baik,menyayangi awak seadanya dan awak juga akan cintakan dia demi Allah… jangan lakukan perbuatan y sia2, setiap kali fikir nk buat perkara buruk,ingt azab y akan diterima bila dh mati nnti..Sentiasa mohon ngn ibu ayah smga anaknya nie kuat,dijaga imannya selalu kerana doa dari ibu bapa sangat mustajab..Semoga Allah sentiasa jga dn lindungi awak dibawah Rahmat-Nya.. Ingat,Allah xkan berikan ujian buat hambaNya melebihi kemampuannya…. 🙂

    • Gay adalah golongan yg dilaknat oleh Allah. Ini bukan takdir namanya, itu adalah pilihan anda yg salah memilih jalannya. Allah bg pilihan pd kita, samada nk ke neraka atau ke syurga. Allah bekalkan kita dgn otak yg blh berfikir samada nak yg baik atau sebaliknya. Kalau anda ikut nafsu yg dipengaruhi iblis dan syaitan, itulah jln ke neraka namanya.
      Cuba dekatkan diri anda dgn Allah,umpamanya selalulah ke masjid utk solat , hadiri majlis ilmu etc. Insyaallah, Allah akan tlg hambaNya.
      Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Bertaubatlah sebelum anda terlambat. Dunia ini hanya sementara,yg kekal abadi adalah alam akhirat. Apa anda akan jawab didepan Allah nanti sekira anda masih kekal sebagai seorg GAY. Renung2 kanlah dosa anda yg dulu,kini dan akan dtg …harap anda SEGERA BERTAUBAT perbuatan mungkar anda sebelum anda pulang kepangkuan ALLAH.

  2. Setiap ujian orang berbeza. Tu la ujian yg allah swg hantar kepada confessor. Mcm org lain yg normal terpaksa menahan nafsu tidak berjodoh bergitu juga la dgn confessor. Teruskn kuat mengelakkan diri terjerumus ke dalam maksiat, lebih teruk kalau menjadi groomer for boys etc… payah nak bayar balik dosa dgn manusia…

  3. Sejujurnya, saya mmg berempati dengan golongan ni.Pada saya mmg gay perlukan bantuan.

    Saya zaman U dlu, berkawan baik dengan seorang mamat gay.Memang saya ni jd tempat meluah.Dia memperkenalkan boyfriend dia dan mmg sudi berkongsi masalah dgn saya.Saya ni dr keluarga yg agk emmentingkan nilai islam, kawan sy ni tiap kali dtg rumah sy mmg dia akn solat, wpon kt luar tak berapa sgt.Selama sy berkawan dgn dia mmg sy observe, dia pon ada usaha nak jd orang baik.

    Tapi adakah saya accept cara hidup dia?

    Mestilah tak. saya ni sedih hari2 duk fikir mcm mana nak bantu kawan sy ni.
    Tapi saya kongsi setakat yg mampu mcm jaga solat ,nasihat baik2 spy dia dpt support system yg baik. Bila saya da berkahwin mmg terputus lah hubungan, kawan sy ni pon da jd seorang yg berjaya dan sgt terkenal dlm salah satu industri kreatif.

    Dalam mendepani kawan saya ni, memang saya selalu teringat quote dari hamka(keretamayat), “Jadilah gay yang beriman & bertakwa”.
    Boleh baca perkongsian beliau tajuk: Menyepak gay di pintu shurga? (2011)

    Saya doakan supaya confessor sentiasa dirahmati Allah.Sungguh Allah uji hambanya sesuai dengan kemampuan, percayalah.
    Allah akan sediakan ganjaran yang sangat tak ternilai buat confessor.

  4. Subhanallah. Segala pujian bagi Allah yang berkuasa menghadirkan ujian. Dan ujian terbesar kita adalah redha dengan takdir Allah yang ditetapkan sama ada baik atau buruk bagi kita. Ya, syurga itu mahal. Siapalah kita kalau dibandingkan dengan ujian2 para rasul dan nabi2. Selagi mana encik mengawal diri dan tidak melakukan perkara diluar syariat walaupun memiliki perasaan songsang, selagi itu mengalir pahala sabar dan tawakkal. Jangan berhenti menyerah please. Allah tak pandang result, Allah pandang ikhtiar dan usaha. Normal sangat bila rasa putus asa, rehatlah seketika. Tapi usah lama2 dan kembali berjuang. Tiada manusia layak menghukum, kita sendiri taktau dimana dan bagaimana pengakhiran. Selagi mana, encik berjuang, Allah sentiasa bersama. Yes, awak layak untuk bahagia, tapi ingatlah kebahagiaan dan kegembiraan sebenar bukan didunia tapi disyurga dan Allah menjanjikan syurga buat mereka yang redha dengan takdirnya. Saya doakan moga encik terus dalam rahmat Allah.

  5. golongan elgibiti sama ja dengan golongan single sampai mati. ujian tiada pasangan. aku umur dah lebih 30an, tak pernah sekali bercinta. aku takde keberanian nak bercinta sebab aku gemuk. aku pun lonely juga. syok ja tgk orang ada anak. teringin juga nak hidup berpasangan . nampak best ja kan orang berkasih sayang, berpegangan tangan. aku tak pernah rasa dicintai, mencintai.. entah macam mana rasanya ya..ermmm

  6. Tak setuju langsung awak gay sejak lahir. Tu bukan penyakit genetik. Tu memang pilihan awak.

    Kot2 awak pernah kena l*wat/ cabul masa kecik/ tengok p*rn, yang tu tak dinafikan boleh jadi gay bila dah besar. Yang ni kena ada terapi dan kaunseling berterusan.

    Gay ni nafsu songsang. Sepatutnya kembali kepada fitrah. Sama macam ketagih tengok p*rn, berzina semua tu kena ada kaunseling, kena jumpa doktor. Kena taubat sungguh2. Tu nafsu semata2. Tu bukan cacat rohani. Sebab tu pilihan sendiri. Jangan normalisasikan golongan gay untuk diterima masyarakat. Jijik!

    Awak boleh! Awak sendiri je boleh ubah nasib awak. Saya doakan awak dan kita semua yang ada masalah melawan nafsu supaya dapat tundukkan nafsu. Percayalah!

    • MOKLUUU LA PILIHAN…. KALAU BENDA TU PILIHAN DAH LAMA DAH ORG GAY NI PILIH JD STERET. BUAT APA MEREKA HIDUP DLM KETAKUTAN SEDANGKAN BOLEH “PILIH” JD STERET? PUT URSELF KT KEADAAN ORG LAIN DULU BARU KOMEN.

    • Saya setuju, bohong kalau cakap gay dari kecik, masa budak kita pun tak faham lagi erti kasih sayang, cinta and so on. So kalau nak cakap bernafsu dengan jantina sesama sendir dari kecik tu maksudnya ada masalah mental lah tu. Maybe ada experience yang tak sepatutnya dari kecik, yela kalau dah cakap macam tu dari kecik. Selalu kecik2 ni mana fikir nak suka orang apa/macam mana lols.

  7. Sebab tak balik kpd hukum Allah. Sbb awak mengatakan ia bukan pilihan. Percayalah kpd hukum Allah…Akan ada dugaan ..jgn pernah putus ada..sbb perjalanan bertaubat itu adalah ladang pahala.

  8. Sabar… Dalam situasi kamu.. Bekas suami kamu yg pilih untuk jadi gay yg jahat… Jangan pulak kamu jadi manusia yg benci semua sehingga nak meroyan kat sini.. Sedangkan Fox ni tak suka dengan kecacatan rohani tu… Cukup laa suami kamu yg bermasalah dan tak waras.. Jangan pulak kamu nak serang orang yg masih waras apalagi sedang berusaha untuk jadi manusia yg lebih baik… Nak benci, benci lah sorang2 tak perlu nak tempias kan sehingga pada orang yg baik.. Jadi lah rasional

  9. Tahniah confessor kerana mengaku dan akui masalah diri. Itu satu perbuatan yg sgt berat sebenarnya pada sesetengah orang. Jalan penyelesaian smoga doa confessor termakbul untuk dipertemukan dgn jalan yg baik. Sementara nk jumpe jln pnyelesaian terbaik, Try to distract yourself with passion you like. Bersukan/membaca, cari bahan bacaan yg membantu, tak kesah la komik ke ilmiah ke, at least to distract you from your sadness. Wish you all the best confessor.

    • setuju, kita hidup ni bukan nak cari pasangan atau nak memuaskan nafsu semata. Banyak lagi bende lain perlu fikir. Ingat tujuan kamu hidup dekat dunia ni nak cari saham, bukan kasih sayang/nafsu/pasangan semata.

  10. Sy ada kenalan, adiknya juga janda berhias, bekas suami seorang anggota polis, cadangan saya jika telah ada pengakuan daripada pihak berkenaan, tolonglah ambil tindakan kepada anggota tu agar dia tak lakukan perkara yg sama pd perempuan lain.

  11. Fox, aku salute dengan pengakuan kau. Terutama niat kau untuk berubah, keluar dari ruang dan rasa itu. No worries, Allah tak kejam. Dia tidak tidur dan tidak abaikan kau. Kalau tidak, masakan Dia jentik hati kau untuk timbulkan niat itu dan izinkan kau luahkan perasaan. Terus dampingi orang-orang baik, orang-orang alim. Kuatkan diri untuk dekati rumah Dia, luahkan segala rasa dan impian sampai kering air mata ke langit Dia, sujudlah tanpa lelah sampai lebam dahi ke tanah Dia. Dia dengar! Percayalah. Dia ada sesuatu yang terbaik buat kau di dunia dan akhirat. Ingat Fox, Allah tak kejam!

  12. MANUSIA selalu berkata ini Takdir Yang Tertulis,tetapi Allah tu Maha Sempurna diciptakannya akal utk manusia BERFIKIR ttg FIZIKAL.Lelaki ttp lelaki wlu apaulpun nafsunya begitu jg wanita.Jihad plg melawan nafsu bkn Peperangan..ckp mmg senang tp sma2 la usaha melepasi takdir atau ujian yg diberikan mgkn ini asbab atau cara Allah bg syurga kpd manusia yg mampu menggunakan akal sebaik mgkn…perasaan kalau DILAYAN sgt boleh jd tu hasutan drpd iblis Dan bala tenteranya utk menyesatkan anak Adam..back to basic balik ke pangkal jalan Allah swt …Cari keredhaanNya InshaAllah terhindar Dr segala bentuk maksiat atau kemudaratan..Kita Jaga hubungan dgn Allah swt pasti Jaga Kita balik di dunia akhirat.

  13. Untuk saudara yg ada masalah gay, akk pun ada kawan mcm ni tapi dia dah pergi, bezanya awak masih ingat Allah swt (Alhamdulillah) dan mahu berubah. banyakkan istighfar dan amalkan doa nabi yunus sebanyak2 depression yang awak tanggung, solat 5 waktu on time, amalkan tahajjud,puasa dan sedekah yang semampunya. Ini adalah makanan rohani dan kurangkan makan makanan syubhah dan baca al quran (kalau boleh hafal).

  14. Apa yg ko nk harap kat org? Laki tak gay ke gay ke nk cari yg mcm ko nak dan idaman pompuan manade wujud. Bahagia kita cipta sdn.

  15. First of all, Fox, you’re not alone. Sebenarnya setiap hambaNya berperang melawan nafsu setiap saat.

    Penat? You’re on the right track because dunia bukan tempat berehat

    The fact that you wake up everyday dan mengawal diri berperang dengan ombak nafsu also counts!

    Lets banyakkan istighfar, solat taubat and just try to channel our energy towards positivity.. maybe join Islamic lectures, and who knows jumpa hati2 yang ikhlas nak mencari reda Allah boleh jadi your new circle of friends..

    Saya doakan supaya awak kekal berada atas jalan yang benar sehingga hembusan nafas terakhir 😌

  16. tertarik sesama jenis tu ujian, satu ujian yang berat. Kita boleh kata, apalah malang dan celanya aku terkena ujian ini. Lahir-lahir dah minat kaum sejenis, lahir-lahir dah dicop kaum yang dilaknat tuhan. Tapi itulah anugerah Allah pada kita, orang lain ujiannya lain, mungkin lahir di Gaza dan ditangkap masa diperkosa hingga mati walaupun masa tu baru 6 tahun je.

    Allah cuma kata, Allah bersama orang-orang yang sabar. Dan sabar itu adalah perjalanan paling besar dalam hidup. Awak diuji. Tapi awak ada pilihan. Jauhi yang boleh menjurus dosa dan kemungkaran. Berjuanglah hingga akhir hayat. Pedulikanlah apa yang orang kata. Malam-malam cari masa mengadu sesungguh-sungguhnya kat Allah. Allah maha dengar beb.

    Dan bila hari akhirat nanti, bila jumpa tuhan, ceritalah semua perjuangan awak.

    Tidak akan ada sesuatu pun yang Allah jadikan tu, sia-sia.

    Selamat berjuang, semua.

  17. Gay itu adalah pilihan dik. Lembut tu baru bukan pilihan. Apa ke benda aku gay sebab bukan pilihan lol lol lol. Denial betul ko

  18. Apa2 pun Fox, satu je nak pesan, jangan kawin untuk buktikan yang kau ni lelaki sebenar. End up kau akan sakitkan hati dan musnahkan hidupkan perempuan lain.
    Yang cakap kau ni saja2 pilih untuk jadi gay memang diorang ni dilahirkan straight. Memang diorang x kan paham. Senang citer, orang suka makan ayam, x kan nak paksa orang makan ikan.

  19. Please do seek a help from a psychiatrist..im not being judgemental…homosexuality is listed as a sociopath personality disorder..it has been categorised under sexual orientation disturbance. It can causes further depression and worst can be self-harming. I’m begging you just go and seek from pakar before you start doing benda pelik2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *