Terus Menunggu Atau Pergi?

Assalamualaikum, nama aku El (bukan nama sebenar) seorang wanita dan usia dalam 20an.

Tujuan aku tulis ni adalah nak luah and tanya pendapat dari yang berpengetahuan. Kalau boleh pendapat yang mengikut agama bukan hawa nafsu sendiri.

Ok ceritanya aku ada terkenang dekat sorang laki ni yang aku namakan dia N. Aku jumpa N time 2020 tapi nampak dari jauh jela. N kawan sekolah abang aku. Dia tak kenal pun aku siapa dan tak pernah tahu kewujudan aku.

Ok jadi masa mula² aku nampak N tu, sejujurnya aku macam tersuka lah kat dia. Rupa dia boleh tahan hensem, putih dan tak tinggi sangat dalam 160cm macam tu je. Tapi perasaan aku time tu biasa je.

Aku ni ada tabiat suka stalk orang tau. Sekali kalau nak cari seseorang dekat sosmed, memang aku cari sampai dapat and mostly semuanya aku jumpa.

So masa mula² aku nampak si N ni, aku ada la cuba² cari dia dekat sosmed walaupun aku tak tau nama dia. Tapi aku tak jumpa. Tak tahu sebab aku tak tahu nama dia ke atau sebab aku tak bersungguh pun cari.

Aku fikir mungkin dia ni just kawan abang aku yang bukan satu sekolah. So aku abaikan jela malas nak cari.

Sampailah 2023, aku ternampak satu gambar kawan² sekolah abang aku and ada N dalam gambar tu. So memang dah confirm dia memang satu sekolah dengan abang aku. Ok info sekolah tu sekolah madrasah.

Long story short aku jumpa sosmed N lepas aku tanya nama N dekat salah sorang pelajar madrasah tu. So aku pun follow dia pakai acc ig fake and aku add fb dia pakai acc second yang takde gambar aku.

Selama hampir 2 bulan jadi pemerhati dia, barulah aku beranikan diri dm dia pakai acc ig fake tu. Lepas 2 hari aku dm, dia pun reply. Aku tanya pasal status diri dia dulu manalah tau dah berpunya kan senang sikit aku nak angkat kaki. Dia cakap yang dia masih tiada siapa².

So lepas tu kami pun berbalas mesej sikit² dan berbalas soalan serta berbalas mulut. Memandangkan dia ada ciri² yang aku cari iaitu faham agama and memang niat aku nak cari jodoh dekat madrasah abang aku tu, aku pun cuba ajak dia taaruf

Aku bagitau pasal diri aku siapa and aku bagitau sosmed sebenar aku supaya dia boleh kenal lagi pasal aku. Dia tak jawab pun ajakkan taaruf aku sama ada nak atau tak tapi lepas aku ajak tu, dia ada la tanya sikit² pasal aku.

Aku chat dengan dia tu kat dm ig then lepas sembang sikit² lepas tu aku seen last chat dari dia sebab rasa macam dah takde benda penting nak balas. Lepas berapa jam tu dia ada chat aku kat fb. So dia tanya la sikit² pasal aku.

Kitorang ni, walaupun baru kenal tapi asyik gaduh je. Ada je benda tak kena. Puncanya dari aku yang suka main tarik tali hahah tapi gaduh² berbalah soalan je.

Then lepas tu dia diam je. Aku tunggu la jugak chat dia lagi tapi sampai kesudah takdenye. Aku ni dahla ada masalah overthinking, so hari² aku overthinking sampai nightmare dibuatnya.

Then lepas seminggu dia still diam, aku sekali lagi beranikan diri chat dia sebab aku perlukan jawapan pasal taaruf tu and cuti dia pun dah nak habis, raya haji nanti baru cuti pulak.

Aku cakap la, “Kau memang nak diam sampai raya haji ke” then dia reply “Bukan lama pun nak tunggu sampai raya haji tu”.

So aku rasa macam dia suruh tunggu tau. Lepas habis chat sikit² macam tu, esok tu dia balik madrasah dan aku still taktau dia terima ke tak taaruf aku tu. Aku husnuzon yang dia perlukan masa untuk terima ajakkan taaruf tu so aku tunggu dia balik raya haji nanti.

Then raya haji dia tak balik sebab tak dapat cuti, cuti extend time maulid. Ok aku tunggu lagi. Then maulid tu pun cuti extend. Time ni aku rasa nak putus asa dah sebab dah hampir 5 bulan aku tunggu.

Tapi lepas 2-3 hari muhasabah diri, aku decide untuk tunggu lagi. Then dalam sebulan lepas dari tu, aku nampak dia online dlm medsos. Aku rasa dia balik cuti la sebab memang madrasah ada bagi cuti untuk beberapa orang.

So aku macam senang hati lah kan mungkin dia akan chat aku. Aku tak nak chat dia dulu sebab aku dah rasa malu sangat dah start chat 2 kali. Nanti aku chat nampak macam terhegeh pulak so aku tunggu dia chat aku.

Tapi kesudahannya takde pun sampailah seminggu lepas tu dia balik madrasah balik.

Sekarang aku buntu. Nak terus tunggu, bagi masa dan peluang atau moveon saja. Aku takut bila cari orang lain nanti dia cakap aku tak setia.

Aku rasa macam nak tunggu je sebab masih husnuzon dia akan cari time cuti ramadan nanti and aku husnuzon yang dia tak chat sebab takde benda penting yang nak chat memandangkan dia pun sejenis menjaga. Yela dia kan sekolah madrasah.

Tapi takkan lah dia still takde jawapan kan? Takkan chat nak bagi jawapan pun dia taknak. Aku takut penantian aku ni akan sia² saja dan aku takut kalau tiba² ada yang dtg ajak berkenalan, aku berbelah bahagi nak terima atau tak.

Sememangnya ada satu ajakkan taaruf dalam 2-3 bulan lepas tapi aku tolak sebab aku tunggu dia. Itu adalah ajakkan taaruf pertama aku dapat sepanjang aku hidup dan terjadi time aku tengah kenal seseorang.

Kadang aku takut yang aku mengganggu pembelajaran dia, aku takut aku ujian buat dia yang tengah menuntut ilmu. Entahlah.

Apa aku patut buat ye? Terus menunggu atau moveon? Kalau nanti dia still jugak diam dan tak cari aku macam mana ? Aku memang dah decide untuk moveon je kalau dia still tak cari sampai raya nanti. Tapi entahlah. Still rasa nak tunggu.

Jangan suruh tanya abang aku, aku sebolehnya nak elak dia tau memandangkan dia sangat strict sampai aku takut nak tanya dia. Kalau dia tau adik dia ngorat member dia memang mati aku.

Harap ada yang boleh bagi kata² semangat dan pendapat. Memandangkan aku perempuan yang approach lelaki dulu, so aku perlukan nasihat.

And soalan untuk lelaki, apa perasaan korang kalau ada yang ajak taaruf?

– El (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *