Terus Terang atau Diam?

Nama saya Solehah (bukan nama sebenar) dan berumur awal 20 an. Sepanjang kehidupan saya, saya tak pernah bercinta. Tak pernah buka hati pada mana mana lelaki atas sebab menjaga diri.

Saya akan berurusan dengan lelaki berkaitan kerja sahaja dan tidak pernah lebih dari itu.

Saya tak cantik mana seperti perempuan di luar sana. Pakaian saya more kepada menutup aurat tapi bergaya. Saya tak suka bergambar dan makeup. Tepek bedak je and lipstick. Yang penting tak pucat.

Okay back to topic, pada mulanya saya tak pernah sedar ada seseorang jejaka cuba mendekati saya. Dia mula mendekati saya 2 tahun lepas. Tapi saya baru sedar kewujudan jejaka ini baru baru ini.

Saya sangat sibuk study dan bisnes, sehingga tiada masa untuk diri sendiri apatah lagi mencari teman hidup. Saya sangat suka sibukkan diri supaya saya tak fikir perkara yang boleh membuatkan saya sedih.

Dia start mendekati saya dengan support segala yang saya lakukan. Apa apa yang post di status, ig story and so on semua dia reply. Kadang apa yang saya jual pun dia keep beli semata untuk support.

Every socmed dia follow saya. Saya buat acc baru pun dia orang pertama follow. Nak dikatakan semua socmed saya mesti ada dia.

Saya sejenis tak follow lelaki di media sosial. Jadi dia ambil pendekatan untuk expose feeling dia dekat ws story.

Pada mulanya saya tak pernah ambil port ws status dia. Saya pun kadang tak sempat nak buka ws story orang.

Tapi bila saya dah tertekan ws status dia baru saya perasan yang dia selalu macam expose about crush and update pasal perasaan hati.

Mula mula memang tak rasa apapun sebab yela kang orang cakap kita syok sendiri pulak kan, tapi lama lama tu dia macam ada satu perasaan timbul. “Dia ni bagi hint dekat aku ke?!”

Bila ws dengan dia tu memang benda penting je tak pernah nak tanya benda yang luar jangkaan.

Ada suatu hari tu saya saja nak jumpa adik dia (seorang perempuan). Borak borak and adik dia cerita lah tentang family dia.

Lepas adik dia cerita, balik rumah tu saya terus terfikir, “ini ke jawapan dari istikharah saya?”

Dia tak tahu yang saya jumpa adik dia dan dia juga taktahu yang saya tahu background family dia. Dia keep expose feeling dia sampai saya yakin dia sebenarnya memang bagi hint dekat saya.

Sampai sekarang dia still memerhatikan saya dari jauh.

Mungkin sebab dia tunggu masa untuk confess tapi dia tak tahu yang sebenarnya saya dah tahu ciri ciri menantu pilihan mak dia dan ternyata ciri ciri tu takde dekat saya.

Saya faham, ibu bapa mesti nakkan yang terbaik untuk anak anak dia.

Kita tak boleh pilih dengan siapa kita nak jatuh hati. Takdir Tuhan, kita tak boleh nak lari. Saya sejenis takut untuk jatuh hati sebab once dah jatuh hati, tak mudah untuk pergi.

Kadang kadang kita tak pasti yang datang sebagai jodoh atau hanya seseorang yang nak bagi pengajaran hidup. Takdir Allah kan, tiada siapa mengerti.

Kalau betul betul ada jodoh, Allah akan gerakkan 2 hati bukan hanya 1. Apapun yang Allah takdir untuk kita, kita terima dan moga kita sama sama bahagia dengan cara masing masing :)

– Solehah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *