Ini adalah luahan perasaan dari aku. Aku ingin meminta pandangan dari semua. Sama ada mahu teruskan hubungan ini atau sebaliknya memilih jalan perpisahan?
Nama aku Fasha (bukan nama sebenar). Umur 30 tahun dan sudah berkahwin. Cuma masih belum dikurniakan rezeki zuriat lagi. Berkerjaya dan seorang yang pandai mencari pendapatan sampingan.
Kisah aku bermula macam ni. Aku mengenal suami saat aku masih dalam status seorang pelajar degree dan masa yang sama aku risaukan tentang kesihatan abah yang tiba-tiba merudum dan kerap diwadkan.
Yelah. Anak bongsu, sangat rapat dengan abah. Lagi pula mak seorang yang tak pandai guna lift.
Cut to short, masa ni suami aku yang ketika tu kami masih berkawan, dia ada dengan aku. Dan dia banyak membantu ketika kami ada masalah nak ke hospital.
Aku kenal dengan dia dah lama, cuma tak rapat. Disebabkan hal-hal ini, aku menjadi rapat dengan dia.
Dalam proses kami rapat, aku dapat tahu yang dia ni kaki perempuan. Tapi dek kerana dah rasa sayang, aku bagi dia peluang untuk berubah sampai la kami decide nak ke next step.
Abah masa tu tahu aku nak tunang, happy nya dia. Yelah, anak bongsu dia nak tunang dah. Semua persiapan kalau boleh dia nak buat walaupon dia masa tu dah tak boleh jalan. Hanya mampu bergerak guna wheelchair sahaja. Dan kami pon bertunang.
Tapi impian aku nak abah ada saat majlis nikah aku tak kesampaian. Abah pergi dulu selepas beberapa bulan kami tunang. Dan dia sempat pesan pada suami aku ketika tu, TOLONG JAGA AKU BAIK-BAIK.
Aku rasa down sangat masa tu, sebab nya tiada wali nasab dah aku. Adik beradik aku semua perempuan. Dan the only man yang aku ada waktu tu adalah tunang aku.
Dan masa tu jugak aku dapat rasa, dugaan tunang sangat mencabar. Yes, it’s real beb. Hampir2 aku putus tunang disebabkan emosi masing-masing.
Akhirnya kami nikah pada tarikh yang tetapkan. Semua berjalan lancar. Majlis yang sederhana. Tapi meriah.
Awal perkahwinan, kami baik. Dan masa ni lah aku belajar lagi erti hal rumah tangga. Dari kemas rumah dan sebagainya, kecuali memasak sebab aku dah diajar masak waktu aku masa sekolah lagi.
Suami bekerja dan aku pon bekerja. Perbelanjaan bulanan kami, suami tanggung semaksimum mungkin. Yang selebihnya aku tambah.
Bil telefon aku bayar sendiri, barang make up aku beli sendiri. Orang kata tu semua sepatutnya suami yang kena tanggung. Tapi aku taknak letak semua nya pada dia. Dan duit makan mostly aku yang keluarkan.
Sampai la tahun ke 2 kahwin, aku rasa lain. Tak ada feel nak bersama. Mungkin terlampau penat sebab bangun pagi sediakan makan untuk kami berdua, lepas tu pergi kerja.
Malam sambung lagi basuh, jemur & lipat baju. Belum lagi ada buat job lain kadang-kadang sebab nak dapatkan duit lebih. Dan disini bermula kami renggang.
Dan yes, kali ni dia ulang sikap lama dia. Dia kantoi curang dengan aku. Naluri isteri tak pernah salah. Dan ye, benar belaka.
Kami gaduh besar. Aku menangis, mood kerja tak ada. Keep silent dengan semua orang. Alasan dia, aku tak layan dia. Sampai la detik kemuncak, dia diam dan aku diam.
Aku decide nak pergi berubat. Ustaz cakap aku yang tak kena pada aku. Selesai berubat, feel aku dengan suami jadi lain. Selepas berubat, suami aku cakap nak settle down dengan aku. Dia tak nak dah curang lagi.
Dan korang nak tahu tak, rupa2 nya. Dia masih contact lagi dengan scandle dia tu. Alasan dia, dia dah rasa sayang walaupon mereka kenal baru 3 bulan.
Waktu tu, gugur jantung aku. macam mana aku tahu dia masih curang? Aku dapat detect behaviour dia lain waktu tu. Dan Allah nak tunjukkan pada aku, perempuan tu chat dia masa dia tengah mandi, dan aku dapat baca dari notification dia.
Waktu tu, aku rasa macam nak gila. Tapi fikir masih ada Allah dan insan lain belakang aku. Aku cuba kuat. Dan masa ni, trust aku pada dia tinggal 15% kot. Tu pon kalau ada. Macam-macam yang jadi. Sampaila terbukti yang dia takde apa2 dengan perempuan tu.
Jangan disangka panas sampai ke petang, tapi hujan di tengah hari. 1 hari, aku sedar perangai dia berubah kembali.
Sedangkan masa tu semua back to normal. Hubungan aku dengan dia dah mesra macam dulu. Aku dapat rasa dia sorokkan sesuatu pada aku. Lagi sekali, Allah bagi petunjuk pada aku sama macam kisah sebelum ni.
Notification whatsapp dia. Haa lupa nak cakap, aku tak boleh tau nak buka phone dia sebab dia tukar2 password handphone. Nampak kan permainan dia dekat situ.
Tapi kali ni aku kuat. Aku nak tengok permainan dia macam mana. Dan aku dah ready sekarang, apa-apa jadi pada hubungan aku, aku redha. Trust aku pada dia dah 0%.
Aku cuma nak tanya pendapat korang, perlukah aku teruskan rumahtangga aku yang macam ni atau aku lepaskan sahaja dia pergi?
Kalau aku nak tuntut penceraiaan, bukti yang lama2 semua aku ada. Nafkah culas. Makan minum aku yang tanggung sendiri. Lebih utamakan kami dari diri sendiri. Sampaikan nak belanja diri sendiri pon kadang2 berfikir2.
Mohon bantuan dan nasihat ye kawan2.
– Fasha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit