Teruskan atau Hentikan?

Assalamualaikum wahai rakan-rakan pembaca IIUM Confessions.

Saya di sini ingin memohon agar rakan-rakan dapat memberikan semangat dan panduan kepada saya untuk mengharungi lebih kurang 7 bulan lagi yang mendatang.

Kenapa 7 bulan? Sebab saya sekarang sedang mengandung memasuki bulan ke lima.. dan saya bercadang untuk mengakhiri semuanya selepas saya dah habis berpantang nanti.

Bila saya kenang kembali, terasa sedih sangat. Pada mulanya segalanya kelihatan berjalan dengan baik tetapi kehamilan kali ini, sangat berbeza dengan yang sebelum-sebelum ini.

Iaitu kali ini saya mengalami alahan yang sangat teruk sehingga berat badan saya tidak pernah naik dengan stabil dan jugak pernah dimasukkan ke hospital kerana ‘dehydration’ yang teruk.

Saya juga ada penyakit yang membuatkan saya perlu bergantung dengan ubat dan penyakit tersebut juga membuatkan saya tidak kuat seperti orang lain.

Suami saya, salah seorang ‘frontliners’ manakala saya pula bekerja dalam bidang profesional.

Pekerjaan saya itu memerlukan saya menjadi pendengar yang baik dan penyelesai masalah orang juga, tanpa saya sedari rupanya diri sendiri sedang berhadapan dengan permasalahan yang besar.

Saya sangkakan dia faham bila mengandung kali ini tenaga saya sangat terhad dan biasanya bila dah balik dari kerja saya tidak ada banyak tenaga lagi untuk melakukan yang lain. Tetapi saya akan buat setakat saya boleh.

Dan selain alahan muntah saya juga alah dengan makanan minuman dan perkara ini berubah setiap beberapa hari.

Penat, saya sangat penat dengan semua ini, dengan muntah lagi lepas makan, kemudian kerja lagi (saya kena kerja sebab rumah, kereta, insurans anak-anak semua atas saya), tetapi hari ini saya rasa segalanya tidak bermakna.

Suami saya, kebelakangan ini kerap buat perangai dan hari ini dia katakan dia dah bosan sebab kebanyakan kerja dalam rumah ini dia yang buat.

Saya tak nafikan dia basuh baju sidai baju uruskan anak-anak waktu pagi tetapi saya juga buat tugasan seperti memasak apa yang saya rasa boleh makan, lipat baju dan uruskan anak-anak waktu petang sehingga mereka tidur.

Dia kata saya malas. Saya rasa sangat terkilan. Dia kata juga lepas ini dia taknak buat apa-apa lagi. Kalau setakat cakap sahaja tak apa tapi ini dia buat ‘silent treatment’, saya rasa sangat stress dengan suasana tak harmoni seperti ini.

Kemudian dia kata yang dia taknak buat apa-apa itu, saya rasa risau dan takut juga sebab macam manalah saya nak uruskan semuanya lepas ni. Rasa diperguna pun ada sebab saya selalu letih pun kerana kerja untuk tolong dia juga.

Sekarang jadi macam ini. Saya rasa dia dah tak sayang saya dan nak saja saya akhirkan semuanya. Tapi risau pula nanti dia taknak hadir ke JPN untuk daftarkan nama anak, kesian baby dalam perut ni.

Tapi untuk teruskan saya tak tahu bagaimana. Rasa sangat tertekan sangat stress dah dua hari saya menangis sampai bengkak mata, entah macam manalah esok nak kerja mengadap orang.

Saya sampai kata kat baby kalau kata baby mati maybe itu yang terbaik kalau baby lahir pun hidup ni sangat sedih, kalau mati masuk syurga.

Tapi bila rasa baby bergerak saya rasa sedih dan menangis lagi. Saya menyesal cakap macam itu. Saya harap baby ini lahir dalam keadaan sihat nanti, rakan-rakan tolong doakan yaa..

Saya pohon bantulah saya berilah panduan apa patut saya buat.

Sejujurnya saya sangat sayangkan suami saya tapi setelah saya fikirkan semua yang jadi dalam perhubungan rumahtangga ini saya rasa saya hidup dalam suasana ‘toxic’

(Dia pernah beberapa kali pukul saya, pinjam duit dan marah bila saya mintak balik, rasa dialah yang betul semua).

Selama ini saya cuma bertahan sebab sayang saya pada dia dan anak-anak. Saya rasa dah tak tahan nak ja saya bungkus kain baju dia letak kat luar dan failkan kes perceraian di mahkamah syariah sesegera mungkin..

Bantulah saya, apa saya harus buat.

– Dhia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *