Hi assalamualaikum, saya Caramel. Sudah berkahwin 7 tahun dan dikurniakan 2 orang anak sepasang. Suri rumah dengan bisnes online alhamdulillah financially stable.
Perkahwinan 7 tahun ni rasanya 20% je happy selebihnya makan hati.
Awal tahun perkahwinan kalau orang lain happy tapi saya seawal mengandung anak pertama yang bunting pelamin dah kena lempang di muka.
Suami panas baran. Pernah kena tumbuk tepi mulut ada luka sikit dan berdarah. Tapi masa tu noob sangat dan terlalu takutkan perpisahan.
Tapi masa mula-mula kena dulu dia ada lah minta maaf tapi lepastu tiada maaf dah. Kes angkat tangan ni dah lama juga takde sebab last masa kena saya bagitahu kalau dia buat lagi saya akan report polis.
Suami dari dulu memang selalu kantoi main wechat, omi, dan fb dating. Saya tak tahu apa tujuan dia buat macam tu.
Kalau setakat chatting tu mungkin dimaafkan tapi kalau sampai jumpa dan lebih-lebih rasanya saya nak move on.
Saya pernah tanya, dia cakap ‘suka-suka’. Tapi isteri mana boleh terima?
Pernah kantoi dengan sepupu masa raya jumpa suami di dating apps, malu hanya Allah yang tahu, apa lah yang sepupu saya fikirkan.
Komunikasi kami dalam rumah tangga memang out. Nak tanya apa-apa saya tanya di wasap walaupun kami satu rumah.
Sebab bila tanya depan-depan respon sangat menyakitkan hati. Tanya sikit dia jawab dengan tinggi suara, so saya tak nak sakitkan hati sendiri.
Tahun keempat perkahwinan dia ada bagitahu nak berpisah, tapi masa tu saya pujuk sebab belum ready. Jadi lepas tu kami berbaik sebab dia pun kata macam tak boleh lepaskan, tapi tak lama lepas tu kami hambar balik.
Tak dinafikan saya pun ada kurang, sibuk dengan bisnes, sebab itu je buat saya happy. Dia balik kerja bukan layan saya, kami bercakap pun tidak. Boleh kata setiap masa dengan fon.
Tak pernah tanya saya ok ke, dah makan ke belum tak pernah. Nafkah tak payah cerita, saya dah tak ingat bila kali terakhir dia belikan kami baju raya. Setiap tahun saya yang belikan baju raya sekali untuk dia dan anak-anak.
Honestly tentang duit saya tak ada masalah langsung nak tolong cuma nak dia setia dan layan saya baik, itu sahaja.
Sekarang boleh dikatakan kewangan saya dah stabil, simpanan ada, kereta pun dah beli. Bukan kata bila dah stabil nak tinggalkan dia, tapi dia pun tak berubah, tak layan saya dan kami tak bercakap langsung dah lama.
Semalam tergerak hati minta Allah bagi petunjuk kalau betul suami ada buat bukan-bukan belakang saya memang saya nak move forward dan berpisah.
Saya install omi semata-mata nak cari dia dan jumpa! Tengah online lagi maknanya dia aktif!
Cuma sekarang ni saya tak tahu sampai mana hubungan dia dengan perempuan-perempuan dalam omi tu. Ada sesiapa boleh bantu?
Akhir sekali saya nak minta pendapat, tak tahu nak teruskan hubungan yang hambar ni sampai akhir usia atau nak mulakan hidup baru dengan anak-anak. Kalau korang macam mana?
– Caramel (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
tolonglah sis tinggalkan saja biawak hidup ni. takut lama-lama anak pula jadi mangsa pukulnya. baru tadi saya terbaca berita ayah driver lori r-ogol anaknya sendiri. iya, mungkin dia dah tak pukul sis tapi manusia ni bila sekali dah buat, dia akan buat lagi.. anak-anak akan jadi mangsanya. sis pun dah stabil, ada sumber duit sendiri, tolong, jangan aniaya diri sendiri.
Mengadu kat jabatan agama islam, mohon kaunseling keluarga. tak jalan juga baru fikir cerai
Mohon tinggalkan je Sis..mulakan kehidupan baru. Kisah saya seperti Sis tapi jalan berbeza. Dah 13tahun lalui semua itu, sekarang saya rasa bahagia dengan anak. Semuanya membesar. Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi. 🤲😊