Teruskan Atau Tak?

Hi, aku nak straight forward dan tanya netizen secara anonymously apa yang patut aku buat dalam situasi macam ni.

Aku dengan tunang aku dah lama kenal sejak dari dia tiada apa2 sampai lah sekarang dia ada kerjaya. Ya gaji aku lebih dari dia sebab dia dapat kerja lambat. Kami sekarang di fasa serious dan sedang kumpul duit kahwin.

Bezanya aku dengan dia, dia dari keluarga yang susah dimana dia perlu bantu keluarga dia di kampung dan aku tak perlu keluarkan sesen pun untuk parents aku. (Parents aku kaya, gaji berganda2 banyak dari aku)

Tetapi, aku ada banyak komitmen lain seperti kereta, card credit dan sewa bulanan. Komitmen dia hanyalah sewa bilik sahaja.

Dan aku juga perlu bagi duit untuk sedara lain yang susah setiap bulan contoh aku tolong sedara aku bayar duit belanja harian untuk sekolah dan universiti (sebab parents susah) dan aku juga tolong pakcik2 aku yang sakit (dari segi kewangan).

Disebabkan masing2 tight on money, aku ajak tunang aku ni kumpul duit sama2 untuk kahwin (asing account). Dan aku suruh dia berjimat.

Macam2 usaha aku berjimat sekarang contohnya aku lebih kerap puasa dan aku pakai barang yang lusuh2 je. Asal boleh pakai dan aku tak pakai makeup.

Untuk kecantikan aku hanya pakai produk murah, moisturiser aku RM10 je.

Boleh kata belanja aku sendiri tiap2 bulan dalam 5-10% je daripada gaji aku sendiri. Kereta pun aku dah tak bawa aku jalan kaki dan pakai public transport je sebab nak jimat.

Aku tak tahu lah perangai tunang aku ni redflag atau pun tidak. Aku perasan tunang aku ni selalu guna duit aku. Minta aku belanja macam2 padahal aku sendiri ikat perut. Aku sekarang underweight sejak kenal dia.

Hari2 update belanjawan macam mana cara aku nak berjimat lagi. Toothpaste pun aku pakai sikit2 asal berbuih jadilah.

Memang aku akui, dulu sebelum dia dapat kerja aku banyak tolong dia dan belanja dia macam2 asalkan dia berusaha dapat kerja.

Mungkin sebab dia dah selesa dan sampai sekarang dia selalu minta aku belanja dia.

Korang bayangkan lah masuk shopping mall tanpa segan silu ambil barang dan biar aku yang bayar. Macam tu juga bila lepas makan dia menghilang jadi aku yang bayarkan. Bila hujung minggu minta aku belanja makan mahal2.

Aku dah buat cara macam2 untuk bagi dia sedar yang cara dia salah treat aku macam ni. Bagi aku sangat tidak gentleman ya lelaki yang guna duit perempuan ni.

Tiap kali keluar aku simpan resit dan aku split half. Lepas dating aku minta dia bayar balik half. Tapi ada yang dia bayar ada yang dia minta belanja je. Padahal aku langsung tak pernah minta dia belanja aku ape2.

Bila dia nak belikan aku sesuatu, jawapan aku satu je simpan duit untuk kahwin tak payah membazir. Dan bagi aku dia sangat berkira.

Contoh, kalau dia tolong orang lain mesti dia mengungkit ungkit bila orang tu tak balas dengan baik. Dan kadang2 dengan aku pun dia berkira.

Aku yang asalnya tak berkira dengan dia sekarang aku jadi sangat berkira. Dia cakap dia tak kedekut. Ya mungkin tak kedekut dengan family dia dengan orang yang dia suka dulu.

Aku tahu dia dulu banyak keluarkan duit untuk ex gf dia. Tapi dia tak nak treat aku macam tu sebab takut jadi sia2. Jadi jangan lah guna atau paksa aku belanja kauuu jugakk adoiii.

Aku banyak kali ragu2 dengan tunang aku ni. Dulu ada lelaki lain yang minat aku. Aku namakan dia A. Setiap kali keluar dengan A dulu, bila aku nak bayar makanan aku mesti A tak bagi.

Atau bila aku nak belanja A, jawapan A mesti “aku tak guna duit perempuan”. Adakah aku tersilap langkah tak pilih A?

Dan aku rasa sangat under appreciated dengan tunang aku. Dia expect aku boleh faham dia without dia cerita apa2 masalah kat aku. Dia nak princess treatment dari aku tapi aku tak pernah received any kind gesture pun dari dia.

Dia nak pergi mana2 pun pakai kereta aku. Aku yang datang jemput aku yang support dia dari belakang sampai lah dia dapat kerja aku yang hari2 tanya ada masalah apa2,

Bila dia sakit pun aku akan pastikan dia cukup makan dan pergi bawa jumpa doktor.. tapi dia sikit pun tak pernah kisah pasal aku. Bila aku sakit dia hmm hmm aku je.

Ada masa aku terfikir dia ada perempuan lain dan aku selalu check social media dia. Aku jadi overthink sebab dia tak layan aku macam dia suka dekat aku. Gaya tunang aku ni macam kena paksa untuk terima aku.

Benda ni jugak banyak kali buat kami gaduh sampai parents dia tenang kan aku. Ya, aku favourite parents dia so apa2 hal memang mak dia yang pujuk aku dulu.

Reason A berdiam diri bila gaduh sebab dia trauma apa yang jadi dengan ex gf dia dulu. Tapi dia memang akan pujuk aku balik.

Aku tak faham macam mana perempuan lain yang ok dan tak kisah keluarkan duit untuk lelaki/suami. Bagi aku lelaki ni provider. Bukan perempuan. Bila pemikiran dah tak sama aku was2 nak teruskan relationship ni.

Tapi bila dia takde aku jadi kosong sebab tunang aku ni juga stepping stone aku keluar dari depression. Dulu aku fight dengan depression bertahun2 sebab aku dari broken family.

Reason aku tak provide sesen untuk parents aku sebab family aku sendiri pun dah tak hiraukan aku.

Aku hidup sorang2 cakap sorang2 duduk dalam rumah tak jumpa manusia langsung at least 3-4 tahun, sebelum aku jumpa tunang aku ni.

Sekarang baru aku dapat rasa hidup macam manusia biasa balik sebab dia. So aku takut hilang dia juga.

Aku suka dia dulu sebab dia soft spoken, kami sekufu pelajaran dan agama, dia selalu ada bila aku takde sesiapa. Bila ada lelaki lain nak kenal, aku takut lelaki lain tak boleh tenang kan aku macam tunang aku sekarang.

Jadi aku sekarang 50-50. Rasa suka tu pun makin dah sikit, memang banyak kali tawar hati. Aku dah buat istikharah tapi doa aku selalu lambat terima.

Aku harap melalui luahan ni aku dapat buat keputusan sama ada perlu teruskan atau pun tidak.

Maaf panjang sangat sebab aku pun overthink tak tahu nak proceed macam mana. Harap serba sedikit dapat membantu.

Terima kasih.

– Daisy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Salam sis. Sorry if cadangan saya buat sis terasa atau apa. Tapi bagi saya sekufu dari segi cara handle financial juga sangat penting. Apatah lagi kalau income yang jauh beza. Saya cuma nak sis sedar bahawa sebelum ada ikatan pernikahan, kita sebagai perempuan tak perlu pun nak bekorban lebih-lebih untuk lelaki. Sebab lepas kahwin dia yang kena bekerja keras untuk sara kita. Jadi saya harap sis buat keputusan yang terbaik sebelum terlambat ye. Masih awal lagi untuk ubah fikiran. Semoga semua urusan sis dimudahkan. Saya pernah dengar orang cakap, kalau kita meragui sesuatu dalam hidup kita, sama ada nak atau taknak, maksudnya kita lebih cenderung untuk memilih taknak. Sebab katanya, kalau kita nak dengan sesuatu tu, takde alasan untuk kita ragu-ragu. Jadi, goodluck ya sis! Doa banyak-banyak, insyaAllah ada jalan.

  2. TIDAK! redflag sangat la dik oi. asyik nak ngepau je kejenye. lagi satu nak jimat-jimat tu takyah dating-dating la. Jaga juga ikhtilat tu lagi bagus.

    • Saya setuju bab ikhtilaf (jaga batas pergaulan lelaki perempuan) tu.
      Selain itu, perangai yang sudah berpuluh tahun sebati dengan diri( yg buruk terutamanya) , jangan percaya lepas nikah terus boleh berubah ya (jangan mimpi la) .
      Pastikan pasangan jaga solat/ berakhlak baik. Kalau solat tak jaga(hancur), umpama dengan Tuhan pun dia berani lawan apatah lagi dengan kita .

  3. Salam, buat istikharah ( doa tanya kepada Allah SWT) . Dia tahu yang terbaik buat kita semua.
    Harap membantu.

  4. Salam . Paling utama dalam semua keputusan ,tolong tanya kepada Allah SWT (Tuhan yang Esa) buat istikharah.
    Tuhan tahu yang terbaik buat kita semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *