Tesis Terakhirku

Assalamualaikum semua. Aku tak tahu nak luah apa. Cuma aku nak kongsikan sedikit impianku yang sudah lama terpendam.

Aku berumur 32 tahun. Seorang wanita dan berstatus bujang.

Alhamdulillah aku sangat bersyukur sepanjang hidupku Allah takdirkan aku menghabisi sisa hidupku dengan belajar.

Alhamdulillah sekarang ini aku sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD.

Aku bersyukur kerana aku tidak pernah terfikir hingga ke tahap ini. Cuma aku masih diberi peluang menerima tawaran sambung belajar. Dan aku teruskan saja peluang ini.

Namun jauh dari sudut hatiku masih terasa ingin berpasangan seperti orang lain. Aku selalu doa agar Allah pertemukan jodoh yang sekufu melalui cara yang terbaik.

Aku tidak pernah bercinta dan apatah lagi bercouple. Aku bukanlah sosok suci. Tapi takdir aku tidak dipertemukan suasana yang membuatkan aku kearah itu. Aku bersyukur sekali lagi.

Aku berharap Allah pertemukan jodoh dalam masa terdekat ini.

Sepanjang aku mengambil degree, menyiapkan fyp dan sambung master dengan buat thesis, Aku pasti meletakkan nama orang-orang yang aku sayangi dan sentiasa support dalam perjuangan ini.

Tapi satu impian yang aku harap menjadi kenyataan adalah tesis PhD ini pasti akan tercatat ada nama pasanganku suatu hari nanti.

Aku harap menjadi kenyataan. Bunyi macam kelakar. Tapi bagi diriku tidak kelakar.

Ia merupakan doa2 hariku agar dipertemukan jodoh yang soleh dan sama-sama memberi sokong sepanjang aku menuntut ilmu.

Doakan aku sahabat yang membaca luahkan ini.

Aku doakan kamu juga pertemukan jodoh yang baik dan memiliki sakinah, mawaddah dan rahmah sepanjang berkeluarga.

– Raudha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *