Okay, Assalamualaikum semua.
Hari ni saya nak cerita tentang test JPJ bagi lesen kelas D yang saya baru ambil minggu lepas. Saya ada banyak baca pasal pengalaman orang time test JPJ, dan saya rasa saya punya pengalaman ni agak berbeza. So, siapa yang belum ambil lesen kereta tu bolehlah take note sikit, harap – harap dapat bantu korang untuk lulus test dengan jayanya.
Bersama dengan entry ini, saya pun nak buat teguran sikit tentang pegawai – pegawai JPJ yang bertugas semasa ujian dijalankan. So, saya harap bakal – bakal JPJ, bahkan JPJ sendiri dapat ubah diri masing – masing agar jadi lebih baik.
First sekali test JPJ ni memang akan mula daripada pagi lagi. Di tempat saya, pukul 8 lagi dah kena ada. Tapi, test JPJ yang sebenarnya akan bermula lebih kurang pukul 9 macam tu.
Lepastu semua di kawasan litar dikosongkan. Kereta pun disusun berderet – deret. So, sekali tengok tu memang nervous lah.
Dalam pukul 9.30 tu, mulalah taklimat. JPJ akan terangkan serba sedikit tentang ujian yang dijalankan. Masa yang diambil bagi setiap tempat yang diuji. Sebagai contoh, JPJ ada cakap dekat bukit masa yang diberikan adalah 3 minit. Jadi, kalau first attempt korang yang tak berjaya, korang boleh mintak untuk buat lagi sekali. JPJ tu pun ada pesan dekat parking sisi masa yang diberikan ialah 5 minit. JPJ cakap jangan gelabah and still boleh ulang kalau tak puas hati.
Lepas habis taklimat, korang akan berkumpul dan bersedia untuk test RSM dan RPK. Dekat tempat saya ini, ramai orang ambil test masa tu. Lebih kurang 150 orang macam tu la. Ramai kan?
Saya dapat nombor 7 bagi sesi 2, dalam golongan yang terawal lah jugak. Saya pun pergilah dekat tempat ujian untuk buat RPK. Saya bagi salam, no IC semua benda tu lah. Saya dapat kereta Viva. Bonet kereta Viva tu memang dah sedia terbuka so die suruh buat ruangan enjin terus.
Lepas habis ruangan enjin, saya nak pergilah dekat tayar depan, lepastu dia suruh saya bukak but terus. Saya ikut je lah apa yang dia cakap. Lepas buka but, saya tutup pintu balik dan sambung pasal cermin dan pintu kereta bahagian belakang pulak. Lepastu, dia macam nak marah saya. Dia cakp dekat saya, awak dah buka but pergilah dekat but terus. Saya pun macam terkejut lah jugak, sebab selama ni time belajar memang kita akan check satu-satu dekat keliling kereta. Saya pun check je lah but kereta. Saya tahu JPJ sebenarnya nak cepat sebab kan ada lagi ramai orang.
Lepastu, dia suruh saya buat RSM terus. Okay ni dia skip bahagian dashboard tu, terus start enjin. So check la lampu isyarat semua tu. Overall saya dapat buat dengan baik. Alhamdulillah.
Cuma dekat sini saya nak tegur sikit, kami pelajar dah belajar semua RPK dengan keliling kereta ikut kertas pemarkahan JPJ, so bila JPJ skip sesuatu benda tu biasalah kita akan terkejut sikit. Dahla tengah nervous. Lepastu dia macam nak marah kita pulak sebab lambat bergerak, sedangkan sebenarnya kita risau kalau kita skip macam tu akan ada markah yang dipotong sebab saya memang tak check tayar pun kecuali tayar gantian je. Tapi saya tahu, pakcik JPJ RPK ni baik, cuma saya tak berapa suka part die macam tu, cuba cakap elok – elok dekat saya, saya okay je. Saya lagi suka macam tu sebab tak payah RPK lama – lama.
– Dania
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit