Testimoni Ayat Kursi

Assalamualaikum para pembaca dan terima kasih admin sebab melayan confession saya.

Saya terbaca confession pasal zikir, (https://iiumc.com/dahsyatnya-kekuatan-zikir-ii/) dan dipendekkan cerita saya teringat kejadian waktu saya muda2 dulu. Terus terang saya dari family yang kurang amalan agamnya,ibu bapa asyik bergaduh berperang dan keluarga jarang dan ada yang tak sembahyang walaupun Islam. Jadi bayangkanlah kehidupan kami.

Nasib baik ibu ada usaha hantar kami mengaji dan walaupun kami bersekolah di sekolah ‘Saint’ tapi syukur alhamdulillah kami ada Ustaz yang berdedikasi. Memang amal jariah Ustaz tu ( lupa nama) akan berterusan. Sepanjang setahun Ustaz ni akan istiqamah suruh kami hafal Ayat kursi. Jadi bayangkan untuk anak-anak muda yang background agama family kurang, dapat hafal satu surah Ayat kursi adalah satu pencapaian yang cukup besar until Saya.

Jadi memang Ayat kursi ini sajalah yang selalu Saya amalkan.

Habis sekolah menengah Saya ke rumah Makcik di daerah yang jauh dari daerah asal. Saya memang suka ke rumah Makcik walaupun jauh sebab mungkin kadang-kadang rimas dengan Suasana rumah yang sentiasa berperang, dengan adik sendiri pun selalu bergaduh. Memang dari kecil pergaduhan sajalah yang selalu ada. Ini mungkin sebab tiada sinar amalan agama di rumah kan. Jadi ini adalah satu pengajaran, jadikanlah rumah Kita rumah yang aman, dengan hidupkan amalan Islam, mengaji, sembahyang, buat taklim bersama di rumah bersama ahli keluarga.

Dipendekkan cerita ketika bercuti di rumah Makcik, Ada seorang lagi makcik dan sepupu Saya yang rapat datang ke rumah Makcik Saya. Tujuan mereka mahu datang berubat sebab viral ada seorang pakcik mualaf yang berbangsa Timor telah berjaya merawat sakit ramai orang . Boleh dikatakan satu Negeri datang ke daerah ini sebab mahu berubat.

Dipendekkan cerita, setelah beberapa minggu proses menempah tarikh dengan pakcik Timor viral ini, ( susah mau jumpa kena tunggu giliran sebab ramai orang mau jumpa dengan pakcik ni) akhirnya satu tarikh ditetapkan. Tapi syarat untuk berubat dengan pakcik ini, pesakit mesti tidur semalaman di rumah pakcik ini. Rumah pakcik ni kira besar dan cantik walau rumah kayu. Ada banyak bilik-bilik.

Saya dan sepupu sebenarnya skeptikao juga dengan pakcik ni, walaupun dia sudah Islam dan nampak alim, tapi dari cakap-cakap orang pakcik ni terror mengubat sebab ada ‘benda’ yang dipeliharanya. Ini dikuatkan lagi sebab ketika berkunjung di rumah pakcik ini( proses membuat temujanji) Saya dibagitau ada sebuah bilik khas oleh pakcik ni, yang semua orang walau ahli keluarganya sendiri tak boleh masuk kecuali diri pakcik itu sendiri. Di situ Saya sudah rasa macam something sudah di situ.

Tapi makcik Saya ini tetap mahu berubat walau kami sudah nyatakan kerisauan. Jadi hari yang tiba until berubat, pada mulanya makcik saya disuruh seorang saja bermalam di rumah pakcik itu. Tapi makcik Saya ingin bawa anak perempuannya sekali( sepupu rapat Saya). Sepupu rapat pula takut untuk menemankan ibunya sendiri, jadi sepupu Saya bawa Saya sekali katanya. Pakcik viral itu membenarkan.

Saya dan sepupu walau tidak setuju dengan makcik, tapi kami ikut saja menemankan dia untuk jaga hatinya. Malam itu kami berempat tidur di dalam bilik khas tetamu. Makcik Saya yang berubat, sepupu, Saya Dan seorang anakbuah perempuan pun saya ajak ikut sebab kata hati saya rasa tak sedap until kami jaga berdua saja makcik . Macam-macam sudah fikiran kami. Tapi yang buat kami terdiam, pakcik viral itu Ada cakap, dia tau apa yang kami cakap di belakang dia, kalau tak yakin proses rawatan tidak akan berkesan.

Mau tidak mau kami diam sajalah. Makcik marah kami jangan cakap bukan2. Malam itu makcik tidur awal, kami bertiga buat2 berbual benda lain walaupun di mata kami bertiga sebenarnya ketakutan dan saspen. Kira kami berjaga dan tak mahu tidur sebab macam merasakan ada benda perhatikan kami.

Dalam berjaga itu, sepupu dan anakbuah saya tertidur sama. Saya tak boleh tidur sebab terasa ada benda yang perhatikan kami. Dalam ketakutan itu barulah saya teringatkan Allah swt. Dan teringat surah Ayat kursi yang satu-satunya ayat yang saya hafal.

Sambil berdoa dalam hati sungguh2 untuk lindungi kami dari benda2 yang syirik, dan hati Saya kuat mengatakan ‘benda peliharaan’ pakcik itu yang sedang perhatikan kami, Saya mula membaca Ayat kursi. Saya sudah tidak terkira berapa ratus Kali Saya baca ulang ulang berkali2, sampai saya tertidur.

Besok subuhnya, makcik bangunkan kami. Kami ke dapur di belakang balkoni rumah pakcik itu. Saya terserempak pakcik itu ketika hendak ke bilik air. Pakcik viral nampak Saya macam terkejut dan lepas itu dia tersenyum.

Selepas itu kami berkumpul di dapur. Pakcik viral itu duduk sebelah Saya Dan terus bertanya dengan bahasa melayunya yang tak berapa fasih. Ada sedikit campur Indonesia.

“Kamu belajar dari siapa?” Tanya pakcik itu.

Saya tidak faham soalannya. Belajar apa dari siapa? Saya terus terang berkata tidak faham soalan pakcik itu.

“Kamu ada berguru kah dengan siapa-siapa? Siapa Tuan gurumu?”

Saya terus blank bila ditanya begitu, Saya ni mengaji pun sebulan sekali. Memang tiada berguru dengan siapa-siapa.

Pakcik itu akhirnya berterus terang, sebenarnya semalam adalah proses biasanya untuk ‘scan’ pesakitnya yang tidur di bilik tetamu. Walaupun dia tidak bercerita secara detail bagaimana dan siapa yang ‘datang’ semalam untuk check makcik saya, tapi dia ada terlepas cakap, ‘Benda’nya tidak boleh dekat dengan makcik sebab ada Tiga orang yang menjaga. Saya takut untuk bertanya lebih orang itu bagaimana rupanya.

Pakcik itu kata, sambil mukanya yang serius berkata, benda itu jaga adik. Satu orang menjaga di depan pintu utama rumah, yang kedua menjaga di depan pintu bilik tetamu( tempat kami tidur), dan yang ketiga betul-betul di sebelah saya, menjaga saya sedang tidur.

Sebab itulah dia tanya apa yang Saya belajar? Bagaimana boleh jadi begitu?

Ketika itu saya paling ingat adalah saat-saat dimana yang janji-janji Allah swt itu betul2 terjadi Dan di saat Saya mula2 terasa Allah swt ada dengan Saya. Betul2 mukjizat rahsia surah Ayat Allah swt kalau Kita amalkan memang betul2 akan menjaga Kita. Di situ barulah Saya sedar kuasa Allah swt . Saya rasa macam mau menangis sebab Saya terlalu rasa rendah diri dengan Allah swt sebab selama ini Saya hidup seakan tidak mengenal Allah swt. Tetapi Allah swt tetap yang maha pengasih Dan penyayang ingin membantu Saya.

Saya terus bercerita dengan pakcik itu, yang malam semalam Saya hanya membaca Ayat Kursi. Kalau Kita baca Ayat kursi sebelum tidur akan ada malaikat yang menjaga Kita.

Pakcik itu kagum dan saya bagitau boleh baca di buku ayat-ayat doa, Dan kisah mukjizat nya. Pakcik viral itu akhirnya berterus terang yang ‘benda’ itu tidak dapat melihat apa sakit makcik Saya sebab kami seakan sudah dijaga dan dipagar.

Seterusnya adalah cerita lebih panjang, sampai pakcik viral itu mahu Saya kahwin dengan anak lelakinya mana-mana yang Saya mahu. Tapi waktu itu Saya baru budak belasan tahun baru habis spm. Saya hanya menolak sopan.

Sebenarnya apa yang Saya mahu kongsikan. Zikir dan ayat surah Allah swt adalah benar benar boleh menolong Kita. Kita tawakkal dan yakin 100peratus dengan Allah swt yang maha besar Dan kuat yang menjaga Kita.

Dan jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah swt. Walaupun di waktu itu Kita rasa kitalah pendosa yang banyak sangat dosanya, berkata dan berdoalah mohon diberikan Hidayahnya.

Ada kata-kata yang saya terbaca, di syurga nanti ada ramai pendosa yang berubah dan akhirnya mendapat hidayah dan di neraka ada ramai alim yang riak dan takbur dengan amalannya. Marilah Kita muhasabah diri Kita. Assalamualaikum admin dan pembaca. Terima kasih membaca kisah Saya.

– Pendosa ingin ke syurga

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *