Assalamualaikum,
Terima kasih pada admin kalau approve entry aku ni. Aku terus pada apa yang aku ingin sharekan pada semua. Sebelum tu, aku minta maaf kalau ayat aku berterabur dan tak tersusun. Sebab, aku tak pandai nak tulis elok-elok dengan tatabahasa yang betul.
Kisahnya, aku sebenarnya menaggung bebanan sayang dan cinta pada seorang lelaki selama setahun lebih. Masing-masing sayang dan masing-masing tahu yang kami saling mencintai. Kami tak dapat ke next step sebab ada beberapa reasons. Kepada yang sedang bercinta mesti pernah baca quote tentang ” kalau dah sayang , korang mesti kene kuat nak lalui onak dan duri. Itulah bukti cinta”. Lebih kurang begitulah ayatnya. Hahahah. Ok, aku akui ayat tu. Tapi, dah lebih setahun aku tanggung rasa ni. Aku tak kuat.
Maka, aku beristikharah. Aku nak share aku tertengok satu video cara beristikharah oleh Ustaz Amin. Ni aku bagi link siap https://m.youtube.com/watch?v=
Ok, berdasarkan video tu ALLAH nak bagi petunjuk dari istikarah ada beberapa cara. Biar aku listkan.
1. Mimpi (ingat, kadang-kadang kita tak dapat beza ni mimpi dari Allah atau mainan syaitan).
2. Kekuatan hati belah ke mana A atau B.
3. Lintasan hati yang datang selepas kita istikahrah. Tapi, lintasan ni datang sebelum kita berfikir. *tengoklah video tu nanti korang lebih faham.
4. Berdasarkan Al-Quran. Ok, yang ni aku nak share sebenarnya. Berdasarkan perkongsian ustaz, selepas kita buat solat istikarah kita selawat beberapa kali then kita buka Al-Quran secara rambang. Maksudnya, buka je muka surat mana-mana then, baca ayat tu. Kalau macam aku ni terpaksa baca tafsir lah. Dalam video tu ada sebuah kisah menarik yg ustaz share pasal diri dia. Kalau korang nak tahu tengoklah video tu. Hahaha
Aku tertarik bila ustaz cakap pasal benda ni. So, aku nekad nak buat.
Sebelum ni aku dah buat banyak kali istikarah dan petunjuk aku dapat ialah gerak hatk. Cuma aku tak tahu betul ke tak gerak hati aku ni. Hati manusiakan berbolak balik. Harini nak, esok tak nak dan seterusnya.
Ok, back tu my story. So, aku bangun tengah malam. Aku nekad nak buat sebab aku tak tahan tanggung rasa ni. Aku tak nak jaga jodoh orang dan aku tak nak tunggu jodoh orang. Sia-sia!!
Lepas aku buat istikharah, aku doa sungguh-sungguh pasal 3 benda ni.
a. Berikan aku petunjuk sama ada aku sayang dia sebab nafsu atau sebab Allah.
b. Betul ke dia jodoh aku?
c. Kalau betul dia bukan jodoh aku, macam mana aku nak move on? Sebab aku banyak kali nak move on, tapi sampai kesudah tak boleh move on. (Yang ni aku minta sunggu-sungguh)
Then, seperti ustaz tu cakap aku pon selawat dan hati aku yakin yg ALLAH akan bagi aku petunjuk. Bermulalah aku buka Al-Quran secara randomly. 5 kali aku ulang buka Al-Quran randomly (3 kali pasal neraka Jahanam dan 2 kali pasal buat amal kebaikan). Aku duk fikir… apa kaitannya neraka Jahanam dengan doa aku. Hahahahha. So, cuba korang baca balik doa pertama aku. “Aku sayang dia sebab nafsu atau Allah”. Yes, aku dapat jawapan. Aku sayang dia sebab nafsu. Kita banyak dengar dalam Al-Quran atau ceramah siapa hidup dia mengikut nafsu kemanakah akhirnya?
Then, aku niat pula untuk doa aku kedua. Aku buka randomly lagi. Aku tak ingat berapa kali. Tapi ayat dia semua kembali lah pada ALLAH dan ikutlah
ajaran Allah dan Rasul. SEMUA ayat lebih kurang sama. So, apa kaitan dengan doa ke dua? Kaitannya adalah, dia bukan jodoh aku. Maka, Allah bagi aku hint agar kembali semula padaNya.
Akhir sekali, kemuncak doa aku. Macam mana aku nak move on kalau dia bukan jodoh aku? Kali ni aku selawat dengan penuh yakin. Aku buka randomly, then mata aku tertumpu perkataan REDHA. ayat dia aku lupa, tapi perkataan tu buat aku tersentap. Then, aku buka lagi muka surat lain. Dan, aku tertumpu satu perkataan SOLAT dan BERBUAT AMAL KEBAIKAN. Aku rasa aku tak perlu explain pasal ni. Sebab korang mesti dah fahamkan?
Guys, sebelum ni aku pernah juga terdengar satu ustaz ceramah pasal Al-Quran. Kalau kita buntu dengan masalah, cuba buka Al-Auran randomly dan baca kat mana mata kita tertumpu. Itulah mukjizat Al-Quran. Tapi ingat, kita kene berfikir dulu apa maksud disebalik ayat tu. Macam aku tadilah. Apa kaitan neraka Jahanam dengan cinta nafsu atau cinta Allah.
Ok, itu sahaja rasanya. Oh, sebelum terlupa. Kenapa aku terlalu yakin dengan sekali buat sahaja? Macam aku cakap kat atas, aku dah buat banyak kali. Hati aku menyatakan dia bukan terbaik utk aku. Tapi kita manusia, ada masa hati berbolak balik. Maka, aku jadi “eah betul ke apa aku rasa”? Jadi, bila aku buat macam ni, benda ni mengukuhkan lagi apa yang aku rasa selama ini. Bagi korang diluar sana. Buat lah banyak kali sehingga korang betul-betul yakin dengan pilihan korang. ALLAH IS THE BEST PLANNER.
Last but not list, ada orang takut untuk beristkharah. Sebab takut orang yang kita sayang tu bukan jodoh kita. Come on guys, sekarang memanglah semua manis. Takut, nanti bila dah kahwin manis akan bertukar pahit dan meyesal tak kesudah. Kadang-kadang kita rasa dia baik untuk kita tetapi sebenarnya dia buruk untuk kita. Macam aku juga, aku rasa dia dah sempurna untuk aku, tapi hakikatnya mungkin aku bukan terbaik untuk dia dan dia bukan terbaik untuk aku. Moga kita sama-sama dapat yang mampu bawa kita ke syurgaNya. Yakinlah pada Allah. Dia dah atur terbaik untuk kita.
P/s: istikarah ni bukan untuk jodoh je. Bagi yang ada pilihan contohnya pilihan kerja. Maka, istikarahlah………
– Suko
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit