Thank you confessor Solat vs Tak Solat, (https://iiumc.com/solat-vs-tak-solat/). Dulu saya dan suami pun ada masalah yang sama. Solat celup-celup. Kadang-kadang tak langsung. Now kami sedaya upaya nak cukupkan solat 5 waktu kami. Nak berubah bukan senang apatah lagi untuk istiqomah. Sungguh, Hidayah itu milik Allah. Confession tuan membuatkan kami lagi semangat nak berubah.
Kisah kami, antara punca untuk kami berubah adalah;
1. Tak solat- Jiwa tak tenang. Mudah serabut. Sentiasa resah gelisah tanpa punca.
2. Tak solat- Mesti ada je isu yang nak digaduhkan dan tak puas hati antara kami suami isteri. Panas.
3. Tak solat- Jadi panas baran.
4. Tak solat- Rezeki tersekat-sekat.
5. Tak solat- Otak jem, jadi narrow sangat. Tak boleh fikir dengan baik.
6. Tak solat- Tak boleh nak fokus sangat.
7. Nak anak soleh solehah.
8. Nak sekeluarga berjumpa & berkumpul di syurga Allah.
Bila kami cuba istiqomah lengkapkan 5 waktu, alhamdulillah jiwa tenang. Mula ada warna warni dalam kehidupan kami yang gelap gelita sebelum ini. Masalah dunia dapat diselesaikan dengan mudah. Rasa lapang. Tiada lagi rasa gelisah. Rasa ringan segala tekanan bila kita letakkan kebergantungan hidup pada Allah. Kami jumpa ketenangan dalam sujud kami.
Allah telah berfirman dengan jelas dalam Al-Quran (QS. Ar Ra’du : 28)
“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
Kepada yang ingin berubah, berubahlah jika inginkan ketenangan hidup. Tubuh badan yang sihat, kehidupan yang Allah kurniakan, rezeki yang Allah bagi pada kita, cukup buktikan bahawa Allah sayang pada hamba-Nya. Maka apa alasan kita untuk membelakangi Dia? Slowly berubah dari sekarang dan surely kena ada azam untuk istiqomah.
Selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah akan menghampiri kita. Sekian sahaja dari kami, assalamualaikum.
– Doakan kami
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit