Tetamu Dari Neraka

Assalamualaikum. Aku nak mulakan dengan ucapan terima kasih sebab siarkan confession ni. Alhamdulillah, sebagai rakyat Malaysia yang permai ni, aku sangat suka dan bangga bila adat menziarah orang sakit masih lagi kita amalkan. Dalam agama Islam sendiri, kalau ramai orang ziarah, itu satu keberkatan yang Allah bagi untuk orang sakit tu sebab ramai yang mendoakan untuk orang sakit tersebut. Adat menziarah ni memang patut diteruskan, jangan biar lapuk ditelan zaman.

Aku ada seorang adik beradik yang tengah sakit kronik sekarang. Alhamdulillah, setakat ni xputus-putus orang datang menziarah. Aku bersyukur dengan Allah. Aku berterima kasih sangat kepada yang sudi datang dan mendoakan doa yang baik-baik untuk adik-beradik aku yang sakit ni. Cuma bila ramai yang datang, banyaklah jenis perangai tetamu yang aku nampak. Kenalah beringat, menziarah orang sakit ni ada cara dan adab yang kena jaga. Aku nak kongsi sikit perkara yang patut kita ambil berat ketika menziarah orang sakit berdasarkan pengalaman aku sendiri.

1) Waktu menziarah : Biarlah waktu melawat tu kena dengan tempat. Berdasarkan pengalaman aku, ada yang datang waktu awal pagi, pukul 7 pagi dah ada depan pintu. Tuan rumah / orang sakit ni tak sempat nak bersarapan lagi, dengan tak mandinya, dengan tempat tidur tak sempat kemas lagi, orang yang sakit pon tak bangun lagi. Kami faham, orang yang datang menziarah tak mintak dihidang makan, tak mintak dilayan macam YB, tapi sebagai tuan rumah, kami nak jaga juga adab melayan tetamu. Selalunya, tuan rumah atau orang sakit ni tak tergamak nak biar tetamu yang datang ni tak dilayan dengan baik. Ada jugak yang tengah malam ketuk pintu nak datang melawat. Allah, tepuk dahi tuan rumah. Baru nak terlelap sebab letih, kenalah pulak bangun melayan tetamu tengah2 malam bulan mengambang. Kalau nak melawat pada awal pagi atau lewat malam ni, aku cadangkan telefonlah atau mesejlah dulu. Kami faham, mungkin ada yang tak ada kelapangan waktu nak datang, cuma awal pagi atau lewat malam saja masa yang ada. Tuan rumah yang baik tetap menerima tetamu dengan hati yang terbuka, tapi biar kena cara.

2) Adab bila berbual : Bila datang menziarah, mestilah berbual, ye tak. Tapi bila berbual tu, kenalah pandai jaga sensitiviti dan perasaan tuan rumah atau orang sakit. Ada tetamu yang jenis bercakap baru nak berfikir. Bila berbual mulalah keluar dialog “Oh, anak Jemah tu sakit macam nilah, tapi meninggal dah” “Budak tu sakit ni lah dulu, meninggal dah bulan lepas” “Hish, seksanya kau sakit macam ni!” “Ni banyak dosa ni, sebab tu Allah bagi sakit macam ni” Hadui! Hilang semangat orang sakit dengar. Yang tak sakit pun boleh sakit, sakit hati. Kalau aku melawat orang sakit, perkataan meninggal, mati akan aku sedaya upaya elakkan dari sebut. Memang ajal maut ditangan tuhan, semua orang akan mati. Tapi siapa nak sakit, semua orang nak sihat. Orang sakit ni berjuang nak sembuh. Psikologi pon memainkan peranan penting untuk mereka sihat. Kita patut bagi semangat pada mereka, sebut perkataan yang baik-baik sajalah. Tak tahu nak kata apa? Diam lebih baik.

3) Perlakuan / tingkah laku ketika menziarah : Kalau budak2 datang melawat, kita boleh faham, budak lagi, biasalah ligat sana sini. Tapi kalau orang besar, buat ligat tak kena tempat waktu melawat ni, memang parah. Ada yang pernah ziarah adik beradik aku yang sakit ni, ikut suka tangan dia aje nak sentuh, nak pegang bahagian badan yang sakit tu. Tengah sedap-sedap berborak, tiba2 tangan dia tarik rambut orang sakit, nak check rambut gugur ke tak, kot2 pakai rambut palsu ke. Ada yang main ikut sedap dia aje picit tangan, kaki atau dada orang sakit, nak rasa bonggolan lah, nak tengok keluar nanah ke, darah ke. Tolong urut perlahan-lahan, sedap urutannya tak apa, tapi sekali urut sampai menjerit orang sakit tu, tak usahlah. Ada jugak yang main selak aje baju, kain orang sakit, nak tengok ada luka ke tak, berdarah ke tak. Aduhai, bertambah sakit orang sakit tu. Orang sakit ni sensitif pada kuman. Hati pon sensitif. Kalau nak sentuh sangat, nak tengok sangat, bertanya dulu. Jangan paksa, kalau orang sakit keberatan, faham2 sajalah. Ada masa, orang sakit ni tengah sakit sangat, gelisah, meraung sakit. Masa tu, kenalah faham situasi. Kalau rasa tak boleh nak membantu, kita minta diri, keluar sekejap dari bilik orang sakit. Kalau nampak keluarga orang sakit tengah kecoh melayan orang yang tengah sakit ni, kita bagilah ruang pada mereka buat apa yang patut. Elakkan dari menyemak kat situ. Ini ada pulak jenis tetamu, time orang tengah sakit sangat tu, dia sibuk nak interview orang sakit tu.”Sakit ke? Sakit tak? Sakit?” Dia nak jugak pegang tempat sakit tu, duduk kat katil sampai mengangggu urusan. Bagi ruang, itu yang orang sakit dan keluarga dia perlukan bila tengah sakit sangat. Ada jugak yang baru sampai, kebetulan orang sakit tengah meraung sakit, kita dah bagi hint “Kita duduk luar dululah ye, dia tengah sakit sangat tu” tapi nak jugak masuk bilik tengok, nak ajak bersembang. Ya Tuhan, parah kalau ada spesis tak faham bahasa ni. Kalau kita ada kemahiran untuk membantu, takde masalah nak bantu meringankan sakit. Orang sakit dan keluarga sedia terima bantuan, tapi biarlah betul caranya dan paling penting, beradab.

Kita ambil iktibarlah mana yang patut. Aku sendiri pon bila tengok macam2 ragam orang menziarah ni, aku ambil pengajaran. Kalau ada yang aku tak suka, aku elakkan dari buat. Mari menziarah dengan beradab. Jangan jadi tetamu dari neraka.

Terima kasih.

– M

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit