Asalamualaikum,
Selamat Hari Raya.
Raya kali nie, rumah aku di datangi seorang tetamu istimewa.
Sebaik saja tetamu sampai, ada seorang budak perempuan masuk dalam rumah, aku pelik lah sebab ruang tamu untuk tetamu bahagian luar, tak perlu masuk dalam pun melainkan ada keperluan.
‘Hai, adik nak pergi tandas ke?’
Diam.
‘Adik nak makan?’
Diam.
‘Nama siapa?’
Diam.
Lepastu dia keluar, aku pun keluar sekali, tiba tiba ayah dia cakap,
‘Saya minta maaf, si bongsu saya nie pelik tak macam orang lain, tak nak bercakap, tak boleh kawal dia, pergi sana pergi sini, saya minta maaf’
Aku senyum oh patut lah, tapi ayah aku ketawa je, ayah aku kata, alah Jangan susah hati, okey je nie peragai dia.
Aku masuk ke dalam rumah kerana segan.
Si bongsu berulang kali keluar masuk rumah, kadang kala masuk bilik, penat abang kakak dia kejar, di sini aku kagum baik abang baik kakak semua bertanggujawab. Tak cuma harapkan salah sorang, semua jalan.
Akhirnya si kakak sulung masuk ke rumah ajak aku berbual, aku okey je asalkan orang ajak dulu sebab aku tak reti nak mulakan. Rupanya si kakak nie kawan aku masa kecik. Dia ingat aku aku lupa dia.. Ehek maaf.
Aku nama kan kakak sulung Umairah.
Umairah buka semua cerita masa kami kecil kecil, ada yang aku ingat ada yang aku lupa.
Tiba tiba Umairah kata,
‘Saya minta maaf, adik saya peragai pelik, masuk sana masuk sini, cakap pun tak pandai’
‘Adik sekolah dah ke’
‘Belum, tunggu surat Dr baru boleh sekolah’
‘Ouh, Dr cakap apa?’
‘Autism, tapi Dr kata ada harapan jadi normal balik’
‘Ouh autism, try Follow Fb Diari Super Daddy, saya lupa nama apa, tapi ada, dia selalu share info pasal autism, cubalah.’
‘Okey, dulu kan hilang juga sabar dengan dia, nak pergi jalan asyik fikir dia, tapi lama lama saya okey’
Tiba tiba si bongsu jumpa congkak, aku cakap ambil lah main,
Si bongsu seronok main, tiba tiba abang masuk rumah cari so bongsu, dia tengok aku bagi main congkak, terus dia duduk sebelah
‘Tak boleh nie, kena jaga dia main, nanti dia masuk mulut’
Tak lama datang pula abang yang berumur 7 tahun, masuk rumah kutip mainan yang bongsu sepahkan.
Aku serius kagum, semua faham tugas masing masing. Lepas tu aku keluarkan mainan lain suruh diorang main.
Nasib baik lah mak ayah aku jenis kalau sebelum raya je simpan rumah letak barang barang penting atau bahaya di tempat selamat,
Sebab kami memang bersedia untuk terima tetamu kanak kanak. Kalau hilang atau rosak itu salah kami, bukan budak budak, yelah budak tau apa sangat.
Jadi kita orang tak kisah sangat kalau dia nak tawaf rumah pun.
Selepas tetamu balik, aku keluar ke ruang tamu depan, pergh heart attack jap tengok tunggang terbalik, makanan sepah..
Mula mula serius nak nak marah.
Tapi aku terus bersih kan ruang tamu depan, ayah aku basuh pinggan mangguk hayun semua, dalam sekejap je settel.
Aku tanya mak,
‘Mak, tak ada rasa nak marah ke, tengok bongsu buat sepah, yelah kalau orang sepah mak marah’
‘Tak, mak tak rasa apa apa, sebab dah tahu peragai macam tu, lagipun okey je, nampak dia macam bijak’
Lepastu aku fikir, hek eleh kerek betul ko kelabu, baru kena kemas sikit dah nak marah, family dia lagi pening nak urus dia.
Yelah cuba bayangkan mak dia berapa kali sehari agak nya nak kemas umah semua. Arh dapat dia bayangkan letih tu.
Bongsu tu dia bercakap kalau kau speaking dengan dia, pergh dia punya speaking siap ada slang. Sedap dengar.
Cuba aku speaking, haaa pekat terengganu.
Yelah tak kan kita nak kurung dia dalam rumah tak bersosial dengan orang luar, tak kenal dunia luar.
Lagipun apalah makna raya dan kenduri kalau tak ada budak budak.
Cuma yang perlu give and take.
Tuan rumah pastikan tetamu selesa, tetamu pula jangan lepas tangan kalau ada anak special.
Arghh nanti kalau kaya aku nak buat bilik satu lah, bilik mainan untuk tetamu cilik, dan aku harap dapat beli trampoline, biar diorang melompat sampai penat. Senang mak ayah nak membawang. Uhuks.
– Kelabu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit