Assalamualaikum , terima kasih admin kalau luluskan confession ni. Sejujurnya dah tak tahan sangat dengan perangai tetamu yang berlagak jadi tuan ni.
Aku ada seorang mak cik ni, aku panggil dia cik N. Cik N ada dua org anak, seorang ni nama dia syasya dan seorang lagi aku panggil man. Keluarga aku baru pindah duduk kampung, allhamdulilah dapat rumah sewa yang selesa dan luas. Ceritanya mula bila keluarga cik N hantar syasya ke sekolah dekat rumah aku. Dia duduk asrama, hujung minggu dia balik rumah aku. Owner rumah pernah pesan dekat mak aku supaya jangan bela kucing dalam rumah.
Memang dah jadi rutin cik N tidur rumah aku tiap kali jumpa syasya dan keluarga aku tak kisah pun pada mulanya tapi perangai dia makin menjadi weh tambah -tambah rumah baru ni, lain macam perangai dia. Minggu lepas macam biasa dia datang rumah. Masuk je rumah terus request master bedroom iaitu bilik mak ayah aku. Memang cara dia minta macam hotel. Takpelah mak bagi bilik adik aku. Masa dia sampai dah malam pukul 12, lauk dah habis jadi mak aku minta dia makan luar sebab mak aku demam dan tak larat nak siapkan makanan. Cik N terus selongkar makanan apa yang ada dan terus bagi dekat mak aku untuk masak, syasya pula merengek dekat mak aku minta masak something. Mak pandang aku, aku pun buatlah apa yang patut.
Lepas makan ingatkan dah habis dramanya. Anak dia dua orang senyap senyap bawa masuk kucing dalam bilik. Dengan selamba dia tuang makanan kucing atas lantai dan ambil mangkuk lauk mak aku buat isi air untuk kucing. Aku tegur elok-elok supaya letak kucing dekat luar dan dia hempas pintu bilik. Aku pun dah malas nak cakap terus masuk tidur.
Pagi esoknya, kitaorang dah masuk dapur masak. Memang gamaknya dia ingat rumah kami ni hotel. Anak beranak duduk dekat meja terus makan tak pelawa tuan rumah langsung. Lepas makan ingatkan nak angkat pinggan ke apa ternyata salah tekaan aku. Siap dia perli aku sebab halau kucing dia. Anak dia dari mak ayahnya duduk sampailah habis makan tak sudah-sudah makan. Tak kisah kalau nak makan tapi janganlah habiskan semua makanan. Penyudahnya kami berlapar, nak tegur ,tetamu lagipun mak aku malas nak gaduh adik beradik katanya. Aku memang dah pandang dia kecik besar.
Syasya ni ada penyakit pelik, jenis mengada sampai nak angkat beg dia sendiri pun dia macam mati. Sepanjang dia balik, dia kumpulkan semua baju untuk mak aku basuhkan. Sebabkan rumah aku tak ada mesin basuh memang kitaorang buat masa sekarang ni basuh pakai tangan je. Faham je la kalau dah cuci pakai tangan. Mesin basuh pula rosak. Mak aku minta aku basuhkan, aku panggil syasya suruh basuh sendiri tapi dia boleh mengada menggeletis suruh aku pula siap call mak dia mengadu aku buli. Aduhhhh geram betul! Masa dia stay rumah aku tu memang dia bermaharajalela. Pinggan jangan harap dia angkat, baju pula dia biarkan menggunung lagi. Kerjanya membelai kucing pastu duduk makan. Siap complain kenapa lauk tak sedap, kenapa tak masin memang meminta makian betul!
Sebabkan syasya mengada tak nak basuh dan aku pun malas nak layan maka cik N bawa syasya pergi dobi, balik dobi tu syasya memang muncung je mulutnya sebab kena sidai. Dan petang tu ditakdirkan hujan, syasya boleh keras je tengok baju dia. Aku suruh banyak kali last last aku angkatkan sebab kalau aku tak angkat memang sampai reput pun dia tak peduli. Lepas angkat aku tak minta banyak cuma minta dia gantungkan dekat dalam rumah dan memang mereput juga dia tak buat langsung dan aku longgok je atas lantai bilik.
Malam tu dia bawa lagi kucing, aku pun dah tak tahan sangat melampau gila kucing dia kencing dekat dalam bilik adik aku. Aku angkat kucing tu memang aku campak je keluar rumah. Semua aku baling. Kucing tu selamba je pancut dekat dinding memang sengajalah cari pasal.
Dia tengking aku sebab buat kucing macam tu and dia ugut nak buat benda yang sama dekat kucing aku yang memang dalam sangkar sejak pindah tu. kucing dia hilang. Puas hati aku. Aku bagi anak anak dia alat pembersih, cuci sampai bersih.
Baju dia yang aku dah tolong angkat petang tadi pula aku dah campak ke lantai. Takkan sampai seluar dalam dia aku nak kena gantung pastu lipat siap? Malam tu aku gantung periuk lagipun mak aku demam panas and adik aku asma, so aku tapau je.
Jelingan maut ni jangan kira berapa kali dia bg aku sampai juling gamaknya. Dia hempas barang rumah aku and aku tak tahan pastu aku bersemuka. Aku cakap kalau macam ini perangai korang, jangan datang rumah aku atau rumah orang lain. Nak hidup macam ni pergi hotel. Dia terus masuk bilik hempas kuat nasib baik tak tercabut.
Pak cik aku tu? Dia kerjanya hisap rokok buang merata lepas tu memekak dekat luar menyanyi bagai. Anak lelaki dia? Sama je macam syasya tu. Minggu ni syasya balik lagi sebab demam. Demam dia ni memang pricey, nak bubur mcd nak air itu ini nak makan bersuap siap atas katil. Ya tahu tak larat, tapi agak-agaklah permintaan mengalahkan orang kritikal. Adik lelaki aku pun tengah demam dan asma lagi memang separuh nyawa aku tengok dia nak bernafas pun tapi dia diam sebab mengalah dekat syasya.
Guys, tolonglah kalau pergi rumah orang cukuplah letak sopan santun dulu sebelum apa pun. Memang tuan rumah tu tak nak cakap tapi kita yang datang menumpang ni pun kena consider tuan rumah. Kalau rasa tak boleh nak tolong baik keluarkan duit duduk hotel dan kalau dah tahu tuan rumah dan anak-anaknya sakit mohon sangatlah jangan duduk lama-lama.
Sebenarnya banyak lagi yang cik N dengan keluarga dia buat tapi aku dah tak larat taip.
– Kakak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit