Assalamualaikum. Ini pertama kali aku tulis confession kat sini hanya untuk meluahkan. Maaf jika tulisan aku ni agak bercelaru sebab aku tak pandai karang ayat. Hihi..
Sedikit pengenalan : Aku perempuan berumur 19 tahun tinggal dengan ibu dan nenek serta 3 adik beradik semuanya perempuan.
Biasa la kan bila tinggal dengan nenek ni ramai yang datang sebab nak tengok nenek tapi bukan bermaksud boleh buat sesuka hati sebab ‘rumah nenek ‘ lah katakan.
Adab tetamu tu perlu ada jugak bukan main terjah je.. tetamu yang aku cerita ni mostly sepupu sepapat.
Antara benda yang aku tak puas hati dgn tetamu tiada adab ni:
1) Main terjah masuk rumah orang/ intai ikut tingkap.
Semua orang atas rumah aku ni perempuan kot, takkan takleh nak fikir bagi salam dulu tunggu orang bukak pintu.
Dah la lelaki pulak tu, dah tahu atas rumah ada orang perempuan pandai la ketuk dulu ni terus masuk. Yang perempuan faham faham laa korang pakai macam mana atas rumah kan bukan pakai elok sangat pun.
Ada pulakk tu bagi salam pastu intai ikut tingkap jenguk-jenguk tengok orang. Family aku yang kadang2 tengok tv tengah baring2 pun boleh nampak. Sape yang tak gelabah wehhhh.
Banyak kali lahh bukan sekali berlaku.
Ada yang terus naik time kakak aku tengah baring atas sofa. Ada yang time adik aku baru lepas keluar mandi tiba2 ada orang intai ikut tingkap. Ada time family aku tengah baring santai2 tengok tv. Eii geram laa jugak dengan manusia macam ni.
2) Datang rumah tak kira masa.
Ada satu family saudara aku ni suka datang time makan (malam & tengahari). Datang bukan sorang wehhh, satu family siap bawak cucu menantu. Ada la jugak total 15 orang lebih kurang.
Dah la datang tak bagitahu awal2 memang niat nak makan pon sebab diaorang datang dengan perut kosong. Mak aku yang penat2 kena masak banyak mujur mak aku jenis prepare awal2.
Memang tiap2 kali datang waktu makan mostly tengahari. Kitaorang makan lewat pukul 4 baru makan, pukul 1 tu kitaorang tengah rehat2 santai2 boleh dia datang.
Takkan la diaorang tak tahu adab kot nak datang rumah orang ada masa jugak (mesti tahu punya sebab diaorang ni macam alim2).
Ada satu hari tu datang dekat 20 orang family dia sekali cucu menantu waktu tengahari. Aku dah boleh agak memang dia nak buat makan situ sebab lepas tu memang diaorang nak pergi pantai. Takkan nak pergi perut kosong kan?
Senang je dia buat macam restoran mentang2 mak aku baik memang selalu masak. Waktu tu aku dengan mak aku baru balik dari kedai dia dah ada kat rumah wehhhh.
Dah la aku nak mandi time tu. Memang penuh rumah dengan budak2 hampir 8 orang. Pastu sorang tuu sibukk sangat nak borak, memang annoying wehh mak aku kalut nak masak dia sibuk nak borak dah laa duk kat dapur. Korang rasa selesa tak?
3) Buat macam rumah sendiri.
Datang rumah orang pastu pergi dapur makan segala makanan yang ada. Tudung saji pun bukak. Kalau ada bungkusan makanan tak bukak lagi pon dorang bukak makan sampai habis gaisss :)
Kalau mintak tak pe la jugak ni masuk2 dapur makan je. Aku kalau pegi rumah sedara kalau orang jemput pun segan nak makan sampai habis.
Roti, kuih yang ada tanpa segan silu bukak makan. Bukan nak berkira tapi mana adabnya. Mana tahu tuan dia nak makan lagi ke ataupun nak buat sahur ke. Common sense laa wahai tetamu.
Ada satu family sedara aku ni memang selalu kebulur bila datang rumah aku. Memang satu family perangai macam tu, datang rumah mesti bukak saji, bukak periuk atas dapur dsb. Tuan rumah pun tak makan lagi.
Banyak lagi sebenarnya ada tetamu buat macam dia tuan rumah komen itu ini, suruh buat itu ini macam kitaorang tak pandai dan tak pernah buat, ajar orang suruh ikut cara dia.
Dia bebas sebab rumah aku kan tak de lelaki, perempuan mana nak melawan orang cakap, lebih2 lagi mak aku, terima je orang cakap apa.
Aku nak cakap kat sini sebagai tetamu jagalah adab tu, biar ada common sense sikit. Even rumah saudara yang rapat pun sila hormat tuan rumah jangan buat macam rumah sendiri.
Pergi rumah orang tu jaga mata jangan tengok2 keliling sampai tuan dia tak selesa. Tak perlu nak komen itu ini, tu rumah dia, ikut dia la nak buat apa.
Kita semua tuan rumah, cuba bayang kalau orang pergi rumah kau buat macam tu, apa perasaan kau?
– Tuan rumah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit