Assalamualaikum. Terima kasih IIUM sebab sudi publishkan cerita aku. Sebab seriously dah x terbuku di hati nie.
Tak kisahlah ape orang nak kate, tapi nie la situasi keluarga aku bile orang2 jauh datang rumah aku. Family aku besar, and ramai yang duduk jauh. Ayah aku plak antara generasi pertama yang anak2 sedara die selesa dengan dia. So everytime die orang balik kampung rumah aku akan jadi salah satu tempat penginapan die orang.
So bile orang nak duduk rumah kau, takkan la kau nak cakap tak boleh kan? Bapak aku pon mengiyekan je. Sebab nak amek hati. Kang cakap tak boleh sentap bertahun. Update status, left group! (Tipikal orang zaman sekarang)
Aku pon memang sejak dari zaman berzaman tak gemar mereka-mereka nie datang untuk tidur rumah aku. Bukan lah kate aku benci orang tidur rumah aku. Tapi kalau orang tu terdesak, semua hotel fully booked. Nak tinggal homestay pon penuh aku boleh terima die orang nak datang tidur sehari.
Walaupun sebenarnya aku tahu kita kene hargai tetamu. Nabi pon suka tetamu datang. Aku tahu fact tu. Tapi tetamu pon ade adab-adab dia kan? Ape yang buatkan aku tak suka mereka datang tidur rumah aku nie sebab kadang-kadang aku fikir die orang x de common sense. Tak fikir pasal keadaan tuan rumah yang nak rehat. (Situasi nie selalu terjadi bile Hari Raya)
Okay aku cerita keadaan keluarga aku bila musim perayaan. Family aku memang kebiasaan akan buat open house hari raya kedua. So kalau rumah nak buat open house mesti la sibuk kan? Sehari sebelum, semasa hari kejadian dan selepas hari kejadian. Kau bayangkan waktu open house tu la die orang nak datang tidur. Means hari raya pertama malam. (Sebab raya ke dua tu rumah aku buat open house)
Dan yang lebih menyayat hati bile raya ketiga (selepas open house) pon still lagi nak tidur. Kalau kau jadi aku ape perasaan dia? Buat open house ingat goreng mee je ke? Nie penat macam buat kenduri besar taw.
Malas nak cerita lebih details mengenai waktu kejadian. Cume aku nak nasihatkan kepada orang kat luar sane yang gemar tidur rumah sedara2 tu. Tolong la hadirkan common sense dalam diri tu. Fikir keadaan tuan rumah.
Kalau kau nak tumpang tidur, kau tumpang TIDUR sahaja. Bawak bantal, toto sendiri. Ini x semue tuan rumah tu nak sediakan. Fikir x toto kau lepas kau pakai tu orang tu nak kene basuh, nak kene simpan balik. Kau tidur rumah orang bukan macam HOMESTAY yang kau bayar. Nie tidur FOC taw.
Lepas tu bile kau dah bangun pagi dari tidur yang lena, kalau boleh pergi sarapan kat luar. Ajak la tuan rumah. Orang tu dah penat kemaskan tempat tidur kau, nie nak buatkan kau sarapan pulak. Tapi ade jenis tuan rumah yang baik hati dah siapkan buat sarapan so kau boleh la makan. Tapi patutnye yang isteri tu bangun la awal tolong ape yang patt. Nie tak, kau bangun awal bukan datang tolong tapi bersembang. Dah la buat rumah orang macam homestay, lepas tu ingat rumah tu restoren?
Lepas tu yang ade anak2 kecik tu. Suruh la die orang behave. Nie kau biarkan je anak kau buat hal die orang sebab kau sibuk sangat bersembang kan? Ade yang tumpahkan air, cabut kain langsir. Kalau buat sepah tu x yah cakap la. Kang aku marah anak korang, sentap lagi.
Tambah lagi, cukup lah sekadar tidur rumah orang tu sehari jangan la sampai due tiga hari. Tuan rumah pon ade kehidupan, especially mase perayaan. Die ade agenda die sndiri. Tapi dah kalau kau datang, x kan die orang nak keluar rumah tinggalkan kau dngan family kau kat rumah tu kan?
Kau nak tidur pon jangan lah sampai 2 pagi baru sampai rumah orang tu, fikirlah tuan rumah nak tidur, nak tunggukan kau, lepas tu nak layankan kau lagi. Common sense gaiss. Jangan susahkan orang.!
Pagi-pagi plak jangan la bantaikan tidur sampai pkul 10 kat rumah orang. Bangun la awal. Siap cepat2 terus balik atau cari penginapan yang lain. Kalau tuan rumah insists suruh jgak tidur, then kau patt bersyukur Allah mudahkan urusan kau.
Lagi satu nak tambah, tidur rumah orang tak same macam tidur HOMESTAY! Kalau rumah orang tu ade aircond kau jgan ingat die beli aircond tu untuk kau datang tidur. Kau bukak dari malam sampai ke pagi. Dah la duit raya x hulur. Nie kau bedal kan bil elektrik die melambung. Tuan rumah tu beli aircond memang saje nak buat hiasan. Woah sedap la kau tidur dalam kesejukan. Tuan rumah pon tidur pakai kipas. Ape hebat sangat kau?
Tu je la kot confession aku kali nie. kepada orang luar yang nak datang rumah sedara/kawan. Fikirlah betul2. Kau selama nie menyusahkan tuan rumah ke menyenangkan tuan rumah? Bagi la skit sagu hati kat die orang. Hulur skit. Senang hati tuan rumah kalau kau hulur. Lapang la skit hati die kalau next time kau nak datang tidur lagi. Aku confess sebb rasenye dah x sanggup dengan penderitaan macam nie. Almost 15years lalui perkara yang sama. Yang mane senasib dengan aku tu, takziah la diucapkan. Tapi aku salute kalau anak tuan rumah especially perempuan yang boleh layan tetamu, sebab aku sebagai anak tuan rumah, memang gagal! GAGAL! Ya Allah dengan nak bertudung 24 jam. Seksa die orang yang kene je tahu.
Okay gaiss bye.
– Yuyu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit