Assalamualaikum semua. Aku malas nak tulis panjang cuma aku nak ceritakan kisah tetamu terutama waktu hari raya baru-baru ni.
Aku tau betapa mulia dan sangat besar pahala kalau kita menyambut dan menyantuni tetamu. Tapi kisah aku ni lain.
Bukan aku tak suka orang datang beraya. Aku cukup suka and terasa meriah raya kalau ada tetamu. Tetamu tu juga pembaza rezeki. Tapi ada tetamu yang aku rasa sedikit beban. Meh aku cerita sikit….
Aku ada 3 orang adik beradik, dan aku adalah anak bongsu lelaki yang belom berkahwin. Abang sulungku dah berkahwin begitu juga dengan kakak ku.
Ibu aku sudah berusia, 75 tahun dan tahap kesihatan pun tak memuaskan. Kami bukan la orang yang kaya dan berduit. Masing2 ada masalah kewangan juga and kami bukan lah di kalangan yang bergaji besar.
Boleh bayangkan raya kami cukup sederhana tapi masih mencukupi. Kalau perayaan macam ni, kami adik beradik akan kutip duit sikit sorang tuk beli keperluan dan kelengkapan tuk masak2 di hari raya. Sekadar mencukupi tuk kami sekeluarga dan membantu ibu.
Nak di jadikan kisah, aku ada sorang pakcik, iaitu adik kepada ibu aku. Dia mempunyai anak seramai 7 orang dan semuanya sudah berkahwin dan mempunya anak.
Setiap kali raya, Pakcik aku akan memastikan dia dan kesemua anak-anaknya serta suami/isteri dan anak masing-masing akan datang beraya kerumah kami yang anggaran jumlahnya lebih kurang 40 orang dengan 7 buah kereta (masing2 anak ramai yer).
Mereka akan datang serentak pada waktu yang sama. Contohnya raya ke-3 diorang nak datang, pagi tu sebelom datang baru mereka bagi tahu. 3 jam perjalanan ke rumahku.
Bukan aku nak cakap tak boleh datang, tapi aku dan ibuku merasa sedikit terbeban dengan jumlah yang telalu ramai bagi kami dengan keadaan rumah kampung kami yang kecil ini.
Setiap kali mereka datang, mereka datang waktu makan tengah hari dan memang niat untuk makan nasi lauk pauk di rumah.
Bayangkan ibuku dah tua, perlu masak dengan banyak dalam periuk besar macam nak kenduri. Kesian la untuk ibu terpaksa menyediakan makanan yang banyak macam tu dengan keadaan dia yang tak berapa sihat dah tua.
Aku mesti la tolong cuma aku ni tak pandai masak. Tolong apa yang patut. Aku memang tak pandai masak. Setakat goreng ikan, goreng sayur boleh la kan.
Kebetulan raya baru2 ni abang dan kakakku masing2 beraya di rumah mertua. So hanya aku membantu ibuku yang sudah tua itu bertungkus lumus memasak menyediakan makanan untuk mereka seramai 40 orang tu.
Bila mereka datang, mereka tidak membantu sebab fikir “rumah orang” walaupun saudara sendiri. Takde rasa belas kasihan pada ibuku menyediakan makan mereka.
Kalau ibu aku, dia akan suruh aku walaupun aku ni lelaki ke dapur tuk tolong apa yg patut sebab rumah saudara sendiri kut, bukanya rumah orang lain pun. Paling tidak pun aku kena cuci pinggan cawan lepas kami pakai tu.
Tetamu ni, bukan la aku bermaksud tidak boleh datang, cuma bila tetamu yang datang sekali ramai ibarat satu bas ni sedikit membebankan.
Kami bukan la berkira tuk keluarkan duit tuk sediakan makanan semua cuma kami tak mampu kalau tetamu nak makan lauk pauk yang sedap2 dan mahal semua tu. Kami jamukan sekadar yang termampu pada kami.
Pernah ibu ku hanya hidangkan mee goreng ayam ketika raya sebelum ini sebab ibuku tak sihat dan ayam daging ikan semua tak mencukupi tuk kami masakkan lauk pauk untuk mereka. Tapi mereka terus tanya, “Laaaa kenapa takde masak nasi? Kami lapar nak makan nasi”
Masa tu rasa macam, dugaan apakah ini? Terus aku jawab “Ni jer rezeki tuk tetamu hari ni”. Mula la pakcik aku duk perli aku lepas dengar aku menjawab macam tu.
Lepas tu aku siap dengar diorang cakap sesama mereka “Dah tau orang datang, siapkan la makanan masak nasi. Anak aku nak makan lauk ayam. Takkan anak aku nak makan mee goreng. Pedas pulak tu!”
Ya Allah masa tu rasa nak marah sgt. Mak aku tak pernah ajar kami adik beradik merungut macam ni bila pegi beraya rumah orang. Niat beraya nak jumpa sanak saudara bermaaf-maafan. Ni dia memang niat beraya tuk makan ke?
Banyak jer peristiwa yang tak best setiap kali mereka datang sebelum2 ni. Ada sekali tu, ibu aku masak lauk pauk untuk mereka, dan mereka makan sampai habis licin lauk yang dihidangkan dan kemudian tanya ada lagi tak kat dapur sebab nak bawak bekal balik.
Waktu tu mak aku ada simpan lauk tu untuk abang aku sekeluarga balik ke kampung petang nanti. Tapi ibu aku cakap tak ada sebab dalam periuk pun dah habis licin. Dia tak puas hati, diorag pegi ke dapur dan cari sisa2 lauk tuk di bawak balik. Ko rasa? Bila minta tolong, kata taknak sebab rumah orang.
Tapi bila macam ni, dah takde adab kat rumah orang sampai digeledahnya dapur cari sisa lauk tuk bawak balik. And dia jumpa lauk yang ibu aku simpan tersorok tuk abang aku tu, and tanpa tanya terus ambik dan bungkus makanan tu.
Memang lauk pauk tu tak de tinggal sikit pun untuk kami di rumah. And kami belum makan lagi waktu tu. Yer la kan kena la dahulukan tetamu makan baru tuan rumah makan. Terkesima aku dengan perangai diorang.
Ya Allah, tolong la jaga la adab and jangan sesekali minta makanan untuk bungkus bawak balik kalau datang makan rumah orang. Melainkan tuan rumah tu offer. Kawan aku, perempuan pun ada sorang yang attitude macam ni, setiap kali pegi open house rumah orang, dia akan mintak plastic nak tapau makanan.
Orang tak offer tau, tapi dia pegi minta sendiri. Aku memang rasa memalukan la attitude macam ni. kalau aku la selaku tuan rumah, rasa tak patut sangat meminta macam ni. Terus rasa tak ikhlas bila minta bungkus macam ni.
Yer la kan, tetamu still ramai lagi datang and pergi. Tetiba kau minta makanan nak bungkus. Kalau majlis dah penutup and ada makanan lebih ok la lagi.
So berbalik kepada tetamu di rumah aku tadi, pernah jugak diorang habiskan hasil tanaman ibuku. Ibuku banyak tanam sayur2 di halaman dapur rumah.
Duduk kampung so ada la ruang tanah tuk bercucuk tanam kan. So boleh la kami berjimat tak payah beli sayur and petik jer di halaman dapur. Kangkung, bayam, sawi, kacang panjang, cili padi, dan banyak lagi.
Nak tau diorang buat apa? Habis di kutipnya sayur2 tu semua sampai habis ya! Sampai botak pokok sayur tu dan ada yang rosak.
Sedihnya… mereka tau kami tanam sayur2 tuk berjimat dan tak perlu beli. Tak salah nak ambil, tapi sampai habis licin tinggal batang sayur jer dah kenapa? Aku rasa macam takda hati perut.
Tapi ibuku ini baik, dia akan cakap takpe la takde rezeki kita, semua tu rezeki diaorang semua. Mungkin nanti bila tanam lagi lebih lebat hasilnya. Baik kan ibu aku? Baik sampai saudara mara buli macam ni.
Aku perasan, bila mereka balik, takde sorang bagi duit raya kat ibuku yer… bukan nak kata apa la kan, setakat RM5 pun takde. Padahal anak2 pakcik aku semua bekerja dan ada yang bergaji besar. Takda sorang pun yang menghulur duit raya untuk ibuku..
Again bukan aku expect tuk dapatkan duit raya, cuma aku rasa perlu ada rasa berbudi, adab, empathy tuk orang tua seperti ibuku lepas apa yang ibuku buat tuk sambut tetamu macam tu. Maybe aku salah.
Tapi kalau aku, tuk orang tua memang aku hulur sikit walaupun tak banyak. Aku dahulukan orang tua2 dari budak2 tuk bagi duit raya. Maybe orang lain tak sama. so takpe la part tu…
So aku tak tau la aku yang rasa emotional sangat pasal tetamu ni? Atau perkara macam ni biasa yang kita tak patut ambil peduli? Sebab aku selalu di ajar pasal adab oleh ibuku kalau pegi rumah orang. mesti duduk diam2 walaupun rumah saudara sendiri. Jangan usik barang2 or harta benda orang. Kena ringan tulang tolong di rumah orang. Then paling penting jangan susahkan orang.
Ibu kalau bawa kami ke rumah saudara mara, dia akan pastikan kami makan kenyang sebelom tiba rumah orang. Kalau orang ajak makan, sekadar alas perut tuk hormat tetamu. Tambah nasi pun dia tak bagi tau kalau makan rumah orang. haha. Lagi-lagi nak minta bungkus lauk bawak balik haha.
Aku rasa part yang datang sekali ramai2 ke rumah orang tu macam tak patut lagi2 meminta tuk sediakan makan. Kita sebagai tetamu sangat tak patut tuk menyusahkan tuan rumah.
Niat kita berhari raya untuk rapat kan silaturrahim. Jaga adab semasa datang menziarahi orang teruma orang tua2… Sekian. Wassalam.
– Zain (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ya Allah sakitnya hati baca. Dengan mak TT yang dah tua, anak2 nya pun sikit saja dan itu pun mungkin ada yang dah balik rumah sendiri atau beraya di mertua, patutnya yang muda2 lah (si adik mak TT dan sepupu2 TT) yang menyantuni mak TT. Apa ingat tetamu tak boleh ke menyantuni tuan rumah lagi2 bila tuan rumah tu dah tua?
Menyampah dengan orang yang konon guna alasan ziarah menziarah tapi sebenarnya nyusahkan orang. Ni serentak pi angkut satu family sampai ke cucu. Ingat family day ke ape? Kalau family day dia pun jangan lah nyusahkan orang. Memang dah takleh husnuzon dah, memang dorang sebenarnya nak makan free, nak tapaw free, nak rembat semua hasil tanaman free. Tetamu pun kena ada adab nak ziarah rumah orang. Tapi ni jenis menunggang lah konon nak ziarah untuk silaturrahim tapi nyusahkan orang. Ada pula tu datang rumah orang pastu jaja cerita kat orang lain pasal rumah tuan rumah tu; buruk lah, design gitu gini lah, tak sediakan itu ini lah.
TT berhak rasa emotional. Saya pun geram bila baca kisah TT. Orang takda empathy dan perasaan je yang tak rasa geram, sebab ntah2 dorang pun perangai macam pakcik TT sekeluarga.
Ujian buat TT dan mak. Insyaallah ada ganjaran Allah bagi.. bahagian pakcik sekeluarga tu hanya Allah je yang dapat membalas. Cuma tulah kita ni sedih dan ralat lah juga bila saudara mara kita berperangai macam tu.
saya bersimpati dengan nasib awak dan ibu awak. apa punya perangai laa keluarga pakcik awak tu. itu dah tahap tiada adab dan selayaknya dilayan tanpa adab.
cadangan saya, untuk tahun2 mendatang bila keluarga pakcik awak tu datang nak kononya ziarah raya, awak bawak je mak awak keluar jalan-jalan biar tak ada orang kat rumah. kalau nak lagi kejam, perjalanan diorg 3 jam kn, masa diorg OTW lagi sejam nak sampai tu awak bawa laa mak awak keluar jalan-jalan. bgtau diorang ade kecemasan. cuma awak kena yakinkan dan berkeras sikit laa dengan mak awak. sebab dari penceritaan awak nampaknya mak awak jenis yang redho je walaupun diambil kesempatan.
Ya… Kesian sngat ibu yg dah 75thn kena masak utk sdara mara yg satu bas tu… Meyantuni utk beraya x perlu makan2 ni janji ada airpun dh mencukupi… Sbb dtg menziarah dan brmaaf2an… Sng kata yg mai ramai2 tu.. X pya akaii…. Lain hr klu ada nak mai ramai2 tu… Bgthu x de rumah… Hti x skit… X la penat… Ptutnya dtg ramai2 tu pakat2 bwak mkanan… Sama2 buat kja… Ni x… X blh nak byang… Lemauu
ini bukan tetamu nie lebih kepada penyamun..lepas nie kalau penyamun2 tu nak dtang ko bwak mak ko lari kunci pintu rapat2..tak pun paling senang bgtau dorg lepas nie jgan dtang lagi makanan dah xda kami dah bankrupt kalo dorg dtang jgak xpyah masak bagi air kosong jela ckap je kami dah kena samun
Dari kisah ini kita faham tetamu tu tidak beradab cara ziarah. Sepatutnya pak cik kamu tu lebih faham kaknya yg lebiih kekurangan. Yg ramai2 dtg mcm 1 bas tu patutnya bawa buah tangan dn jgn menyusahkn tuan rumah. Rasa sya kejadian ni dh trjd setiap tahun adat berkunjung 1 bas ni dn menyusahkn tuan rumah. Awak kena tegaskn kpd emak awak supaya ubah budaya ni. Mak dh tua dn serba kekurangan. Lps ni klu tahu mereka nk dtg, bawa la mak tu keluar rumah. Pekakkn telinga jer. Klu ada pun sediakn apa yg ada jgn beria2 masak sekawah nasi. Bila kena tegur jwb je sape nk masak mak dah x larat. Kami pun mkn seadanya dn kamu x pandai masak. Perli je ckp patutnya mereka yg menyantuni mak sebgai org tua bawa buah tangan utk makan2 ramai. Kena tegas dn jgn asyik nk jaga hati org shj. Lps ni mesti mereka malu nk teruskn budaya serbu rumah org nk mkn free.
Satu family 40 orang sekor pon xde common sense. Elok la jangan jamu lagi manusia biadap macam ni. Bila dia contact kata nak datang, bagitau siap2 tak masak ari ni sebab mak tak sihat. Tengok dia datang jugak ke tak. Dah makan sedap tak hulur duit kat orang tua pulak tu. Mmenag tak patut dijadikan saudara family pakcik ko ni.
Yg beria ia sgt nak raikan 40 penyamun tarbus tu dah kenapa? Kena tetak dgn parang ke lau tak jamu makan?
Fikir sgt nak jaga hati org tp diri sendiri susah lepas tu merungut.
Patut dr awal tegah mak tu agar jgn memasak.
Bgtau semua penyamun tu sila bawa makanan msing2
Sebenarnya kau dgn mak kau yg sukarela diri disusahkan …
Sibuk nk masak nak isi tembolok rakus sedara mara toksik.
Mulut ada tp tak berani buka.
Hidup ni kena syg diri sendiri je bkn sibuk peduli org
Ya betul apa awak cakap. Harapnya confessor sedar lepas ni. Maaflah saya pun nak cakap juga. Umur mak 75 tahun tu kira dah tua sangat2 ya. Bagi saya, confessor kena tegas dgn pak cik dan keluarganya tu. Confessor kan lelaki. Lg satu, kesianlah dkt mak tu. Takkanlah x buat sesuatu sampai skrg. Bgtau je nak masak yg simple. Kalau rezekinya mee goreng, mee goreng jelah. Kalau setakat kuih muih saja atau bg minum teh saja, takat ni pun x pe. Jika mereka cakap ini aje ke? Ya cakap mcm tu, itu aje. Sama juga mcm next time. Itu aje rezekinya. X perlu nak masak bagai ikut kehendak mereka. Kalau confessor dgn mak confessor larat, ada duit semua nak jamu, atau order ikut keluarga pak cik tu nak, tak pelah. Bg saya, confessor x cukup tegas dan x cukup melindungi mak. X salah nak gembirakan tetamu, tapi jgn sampai menzalimi diri sendiri kerana takut dikata org. Kalau mereka ambil suka hati makanan yg disimpan bgtaulah jgn ambil. Ni untk kami. Biarlah kalau mereka nak mencebik atau buat muka. Selagi confessor dan mak x bertegas, selagi tu mereka berani dan selagi tulah masalah confessor x kan selesai. Kesianlah dkt mak tu. Kalau takat kesian dalam hati tapi x buat tindakan yg sepatutnya, sampai bila2 lah mak tu begitu. Mohon maaf andai nasihat ini tidak dapat diterima. Semoga mak confessor sentiasa dilindungi Allah SWT dari org2 yg cuba mengambil kesempatan.
faham apa yang tt rasa. saya paling tak berkenan tetamu ramai datang serentak
Family makcik saya pun mcm ni, sekali dtg beraya sampai 7-8 kereta, ~ 40 org la juga. Memang kelam kabut mak yg dah tua dibuatnya. Dulu masa mak mudah sikit, mak rajin la buat laksa, Tu pun xcukup kena masak baru lagi masa org tgh dok makan. Tahun berganti tahun, umatnya makin ramai, yg kahwin yg beranak, semua diangkutnya sekali. Cuma tak seteruk tuan tanah sampai ke dapur selongkar makanan nak tapau. Mak pernah bgtau nak beraya tempat lain ke tiap kali dorang datang, tapi xbuat2 pun sampai skrg sebab malas nak berjalan pun ye kot dah tua kan. Entah la tak tau la dorang ni sampai bila nak sedar diri. Kami dulu masa kecik2 beraya rumah sedara-mara, makan biskut raya yg dihidang je, xpernah expect dpt makan nasi kat rumah orang, dan tak pernah dengar mak merungut tuan rumah tak hidangkan makanan, sebab dtg nak ziarah, bukannya semata2 nak makan.