Tetap Bertahan Untukmu

Hai semua yang sudi membaca, aku cuma nak luah perasaan sedih, kecewa dan terseksa dalam perkhawinan tapi aku memilih masih kuatkan hati untuk tetap bertahan.

Aku sejujurnya sudah tak sanggup lagi pertahankan rumah tangga kami. Tapi aku tetap berusaha meneruskan perkhawinan ini walaupun aku tahu suami aku takkan sekali pun hargai ataupun sambut usaha yang aku lakukan.

Aku bernikah di usia penghujung 20an. Aku bahagia sebelum perkhawinan kerana ibu dan ayahku sangat menatang aku bagai minyak yang penuh.

Untuk pengetahuan semua, aku sebenarnya anak angkat kerana arwah orang tuaku tidak mempunyai anak sehingga ke akhir hayat mereka.

Keluarga mereka (Pakcik Makcik) tidak pernah menyukaiku dari kecil. Dan aku sedar siapa diriku, ibu juga selalu menasihatiku untuk membanggakan mereka walaupun aku bukan darah daging mereka.

Aku berjaya menamatkan Masterku ketika ayah masih hidup dan berjaya membawa mereka bercuti keluar negara dengan hasil titik peluhku sendiri. Aku bahagia dengan apa yang aku kecapi dan aku yakin Allah akan terus hadirkan kebahagiaan buat kami 3 beranak.

Namun langit tak selalunya indah. di tahun 2017 aku kehilangan ayah kerana sakit jantung dan ibu pada tahun 2020 kerana Covid 19. Ketika mereka sudah tiada aku bagaikan hilang punca dan tiada sesiapa.

Aku terdesak mencari teman hidup dan akhirnya aku bertemu dengan jodohku yang sekarang. Di pendekkan cerita, majlis kami berjalan dengan lancar dan kecil sahaja. Selepas 3 bulan bernikah, aku di sahkan hamil 2 bulan.

Namun suamiku tidak bahagia seperti yang aku duga, dia lantas menyuruhku mengugurkan kandunganku dengan alasan tidak bersedia dan nanti aku bertambah tiada masa bersamanya.

Sejujurnya aku pelik, kenapa dia tidak bahagia mendapat zuriat sendiri sedangkan aku bernekad untuk mempunyai anak yang ramai,

Supaya kelak mereka tak merasa sunyi sepertiku yang hilang tempat bermain dan berkongsi masalah kerana hidup sebatang kara selepas pemergian bonda dan ayahda ku yang tercinta (auto mengalir airmata).

Betapa pedihnya perasaan seperti itu. Hanya Allah tempatku mengadu nasib dan kesedihanku. Hanya Allah tempat aku meluahkan rasa kecewaku dan kesunyianku.

Pada suatu malam aku sengaja sport check Phone suamiku ketika dia sedang tidur. Entah kenapa terdetik hatiku membaca whatsapp mamanya. Peristiwa aku khabarkan yang aku hamil kepada suamiku sudah 2 minggu berlalu dan suami baru mengkhabarkannya sehari yang lalu.

Dan paling mengejutkan Mama mengatakan yang ‘sudahlah aku asal usulnya tidak jelas, lepastu hamil cepat dan mengundang fitnah orang sekeliling’. Aku sedihhh ketika itu. Aku lemah dan merasa hidupku telah hancur kerana arwah ibu sentiasa berpesan,

Doa dan redha orang tua tu penting dan tiada hijab. Tapi aku kecewa kerana di hina sebegitu oleh orang tua yang aku harap-harapkan doa nya sebagai pengganti ibuku. Ya Allah sayunya hati bila mengenangkan.

Dulu-dulu aku selalu terfikir yang aku menyusahkan orang sebab itulah keluarga ibu dan ayah tidak suka kepadaku. Aku di tanggung dan hidup atas dasar ehsan orang. Ya, tak mengapa aku di benci. Tak mengapa aku di suruh2 seperi orang gaji oleh makcik pakcik ku. Aku sedar diriku.

Namun kini, aku lah yang selalu berusaha mengambil hati mereka, ketika kami baru berkhawin, aku sponser semua ahli keluarga suamiku bercuti ke sabah. Dari tiket penerbangan sehingga tempat kami lawati dan aktiviti2 termasuk penginapan di taja sepenuhnya oleh diriku sendiri.

Memakan belanja lebih dari 10K dan aku tak pernah berkira dalam membelanjakan wang ku kepada mereka. Jadi apakah alasannya mama membenciku? dan masih menganggap aku stranger?

Itu permulaan kepada kisah hidupku yang sekarang, dek kerana itu aku hampir menggugurkan kandunganku tetapi aku kemudian bertaubat dan berazam akan menjaga Amanah Allah ini dengan baik. Ini lah satu-satunya keluargaku kelak dan darah dagingku.

Aku melalui fasa-fasa kehamilan dengan penuh sengsara tapi aku ambil pendekatan untuk menggembirakan hatiku sendiri.

Sebagai contoh aku selalu scan baby untuk lihat degup jantungnya, shoping barang baby, prep bilik beby, selalu membaca tips dan masuk kelas online untuk ibu-ibu hamil.

Aku memenuhi masa-masa terluangku dengan aktiviti yang menggembirakan hati tetapi sebenarnyanya selepas solat aku selalu menangis dan akhirnya terlelap.

Sedikit info, aku masih bekerja,dari rumah setelah pandemik jadi aku banyak masa terluang, cuma sekali sekala kena masuk kerja untuk hal-hal yang tak dapat dielakkan.

Pejam celik sudah waktunya melahirkan, aku memilih hospital private sebab aku melahirkan tanpa suamiku. Dia tidak mahu ambil tahu apa-apa mengenai zuriatnya termasuk due dan jantina anaknya. Tapi aku sudah rancang semuanya.

Alhamdulillah pada waktu subuh yang hening dan tenang, lahirlah seorang putera yang aku sangat nantikan kehadiran nya. Sihat dan comel.

Dalam lelah melahirkan, aku tetap berdoa dalam hati mengharapkan ketika aku membawa pulang anak ini, mereka tidak akan menyakitinya kelak. biarlah hanya aku yang dihina dan direndahkan asalkan anakku tidak di tanggapi sebagai stranger.

4 hari di hospital berlalu dan aku pulang. Sesampainya di rumah, belum pun sempat aku membuka pintu rumah hatiku berdebar-debar kerana kereta keluarga suamiku semuanya di rumahku.

Sedikit info, suamiku anak bongsu dari 4 beradik. Kesemuanya lelaki dan dah berumah tangga,maka semua birasku adalah perempuan.

Sambung, aku masuk kedalam rumah dan menyambut tetamu2 tak diundang itu dengan ramah. Aku kemudian bertanya suamiku apa tujuan mereka kesini, suamiku mengatakan mahu melihat anakku.

Aku sangat gembira kerana mereka sangat teruja menunggu kepulanganku. Terubat keraguan di jiwa. Namun sangkaanku meleset. Mama menyuruh suamiku menceraikan aku ketika itu kerana sudah mempunyai calon lain. Aku terduduk dan terkelu. Aku lemah dan terkulai di atas sofa.

Aku mendengar anak ku menangis, terus aku gagahkan diri masuk ke bilik baby yang aku dah prep kan sebelum itu. Aku kunci bilik dan melepaskan lelah di situ.

Aku menidurkan puteraku dan aku menangis semahu mahunya. Padahal selama 4 hari aku di hospital aku tak menangis langsung.

Aku banyak bersyukur dan berzikir dek kerana bahagia yang Allah kurniakan. Aku terlena dan kembali tersedar mendengar azan magrib.

Aku terlalu lelah. Aku melihat telefon dan membalas pesanan confinement lady yang aku tempah. Aku keluar bilik dan melihat suasana kembali tenang, tak setegang tadi. Mereka sudah nyah dari rumahku.

Aku duduk di sofa ruang tamu dan termenung, kemudian suamiku datang dan duduk di sebelahku selepas dia menunaikan solat magrib, di waktu itu, aku berdebar dan takut menerima kenyataan.

Suamiku berkata kepadaku, ‘saya tak paksa awak untuk setuju apa yang mama suruh, dan saya takkan lepaskan awak sebab awak tanggung jawab saya. Tapi kalau awak rasa berpisah tu lebih baik saya takkan halang awak, cinta and sayang tu tak boleh di paksa’.

Kemudian aku membalas yang aku masih akan pertahankan rumah tangga kami kerana aku hanya ada suamiku sebagai keluargaku yang aku boleh sandar dan harapkan.

Sejujurnya suamiku seorang yang baik dan bertanggung jawab. tapi mungkin pendam banyak masalah dan tidak suka menceritakan kepada orang lain. Berat yang pandang, berat lagy yang pikul.

Setahun berlalu, kami masih dingin,tidak bertegur kecuali hal penting,sudah lama tidak bersama dek kerana tawar hati dan paling teruk sekali setiap hari mama menghubungiku untuk tidak menyeksa anaknya.

Mama juga tidak mahu menerima cucu nya, katanya mahu keturunan yang baik-baik. Cuma kebelakangan ini suami sudah mula bertanya mengenai perkembangan anak kami.

Aku pula makin sudah tiada hati kepada suamiku tapi masih menyimpan angan2 agar mempunyai keluarga bahagia,

Selalu membayangkan anakku boleh bermain dengan sepupunya dan bermanja dengan atuk dan neneknya. Berkumpul beramai-ramai dan melakukan aktiviti bersama-sama.

Aku ada terdetik nak buat family day dan taja sepenuhnya. Tapi aku takut tiada yang sudi.

Aku tekanan memikirkan hidupku. Dengan suami yang begini dengan mama yang begitu, dengan biras yang batu api neraka.

Aku cuma mintak doa dari semua agar pengakhiran hidup keluarga kecilku bahagia. Anakku dapat kasih sayang dari semua orang dan suamiku dapat melayani anak nya seperti Arwah ayahku. Aamiin YaAllah Yarahman.

– Fiya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *