Tetap Bertahan Untukmu II

Untuk part I, (https://iiumc.com/tetap-bertahan-untukmu/).

Hai semua pembaca yang sudi membaca luahan hati aku part I. Kat sini aku nak huraikan beberapa info yang korang kena tahu mengenai life aku sebelum korang judge aku kenapa tak berpisah.

Mengenai macam mana aku berkenalan dengan suami aku, dia client aku dan kami bersetuju nak berkhawin kerana dia merantau dan jauh dari keluarganya. Kami berkenalan sudah 2 tahun tetapi mula berkawan 3-4 bulan sebelum melanjutkan ke step seterusnya.

Mengenai keluarganya, di awal perkenalan kami, keluarganya sangat menghormatiku sampai lah mama mempersoalkan kenapa tidak bertunang terlebih dahulu dan lain2.

Aku agak runsing memikirkannya kerana aku tiada sesiapa walaupun kawan rapat, jadi majlis tunang ibarat hambar, dan suami pun tak mengesyorkan untuk menghormati keadaanku.

Mama juga bertanya kenapa tiada majlis pertunangan, namun suami ku menjawab ‘tiada bajet’, Tiada wakil dan lain2. Yang mereka tahu aku anak yatim piatu dan sebatang kara.

Mereka tahu aku anak angkat selepas aku bernikah dimana makcik dan pakcik ku yang hadir ke majlis perkhawinanku sebagai wakil pengantin perempuan, menceritakan kepada papa dan mama.

Haih bila di kenang balik, bertapa sakit hati ni. Mereka tak sudah2 menjatuhkan air muka ku.

Sambung, sebab-sebab aku tetap bertahan dan sukar untuk berpisah. Pertama, walaupun dia tinggal dirumah ku dan dia anak kesayangan mama, dia tak pernah menceritakan perkara yang menyakitkan hatiku dari apa yang mama sampaikan.

Bermaksud dia tak pernah mengapi2kan mama dan aku, cuma aku yang stalker handphone nya sebelum ini dan kemudian, mama nya yang datang kerumah dan menyampaikan sendiri apa yang di hajati.

Kedua, dia seorang yang menjaga solat, menjaga privasi aku sebagai isteri dan kurang berminat terhadap trend zaman kini sebagai contoh dia bukan perokok or vape, tidak melepak dan bukan kaki game.

Ketiga, dia tidak pernah mengungkit asal usulku dan tidak suka aku menceritakan perkara lalu yang sedih2. Kalau aku mula pembicaraan, dia akan terus respond ‘tak nak dengar, tak berminat’. Di fikiranku apa yang dilakukan kerana dia tak mahu spoil moodku dengan cerita lampau yang menyakitkan.

Yang terakhir, dia pandai dalam menguruskan urusan rumah tangga tanpa aku nyatakan apa yang harus dilakukan. Maklumlah aku walaupun kerja di rumah, masa agak terhad.

Dia sangat membantu jemur pakaian, dia menyiapkan baju kerjanya sendiri, mengemas dapur selepas aku masak, dan lain-lain.

Bagiku, suami begini is limited edition. cuma bila melibatkan mama nya, dia lemah dan tidak boleh berfikir logik. dia juga mudah benar terpengaruh mengenai hasutan mama nya dan biras2ku. dia akan auto diam, atau tidak ambil tahu.

Yang aku pelik, dia suka pulak share apa yang aku ceritakan padanya atau update apa2 kepadanya. dia sentiasa melaporkan kepada mama nya.

Mengenai kenapa aku bertahan, aku yakin pasti ada sinar dalam keluarga kecilku, Aku tidak mahu Puteraku membesar tanpa Ayahnya. Aku tidak mahu puteraku merasa sepi seperti aku yang dulu.

Aku ingin berada disampingnya dan sentiasa membahagiakan dia. Aku yakin Allah kurniakan kami putera ini pasti ada hikmahnya. Aku memang sudah tawar hati, tapi aku tetap pertahankan kerana aku rapuh dan takut untuk sendiri.

Aku tak mampu bangun tidur di temani cahaya mentari, masak makan sendiri, kereta rosak kena susah payah cari pomen sendiri. walau apa pun yang korang judge suami aku, ada kebaikan yang aku sentiasa hargai dalam dirinya.

Dia sudi menerimaku walau kami tiada rasa cinta. Dia masih mempertahankan hubungan kami walaupun mama meminta dia menceraikanku. Aku hanyalah insan yang tidak kenal sesiapa selain Ayah, ibu dan keluarga ku yang sekarang.

Hidup tanpa sesiapa itu sebenarnya sangat menakutkan. Aku tahu Allah itu sentiasa mendengar doaku. Jadi aku sentiasa percaya setiap ujian itu pasti ada hikmahnya.

Disebabkan itu setiap kemanisan atau rezeki yang Allah dah aturkan kepadaku, aku jaga sebaik mungkin.

Aku bersyukur dikurniakan suami walau desperate. Aku bersyukur dikurniakan anak walaupun mereka meragui taraf anakku.

Jangan la mempersoalkan kenapa aku bertahan. Kalau diikutkan emosi, aku mampu berdiri sendiri. Namun aku pilih terus kekalkan dan lalui hari2 yang mendatang dengan menempuhi dugaan dan ranjau ini. Semoga ada cahaya dan sinar di penghujung jalan berliku ini.

Sedikit Luahan untuk pembaca, Aku sangat bersyukur, rupanya ramai yang bersimpati pada nasib ku. Tapi aku nak korang tahu, aku redha dan inshaAllah akan terus kuat.

Allah takkan uji hamba Nya diatas kemampuan mereka dan aku tahu selagi aku mampu, aku akan terus bertahan. Doakan aku untuk terus jadi kuat, isteri yang solehah dan Ibu yang baik kepada anakku.

Update terbaru, suamiku sudah mula menjenguk anak nya setiap kali mahu pergi kerja. Sebenarnya aku yakin dia pasti dah jatuh sayang.

Tetapi ego nya di hadapanku terlalu kuat. Setinggi mana lah kebencian nya terhadap mahluk kecil yang comel dan berBin kan dia, pasti suatu hari nanti dia akan menerima anaknya sepenuh hati. Aamiin ya Rabb..

– Fiya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *