Thanks To My Ex

Aku sebenarnya rasa bersalah dan nak mintak maaf sangat dekat ex aku ni. Tapi dia ni dah kahwin dan aku rasa lebih baik aku jangan hubungi dia langsung dan move on sahaja.

Cuma aku nak share kat sini supaya lelaki lain sedar yang kadang kala kita ni buat salah tanpa kita sedar. Dan pada masa yang sama, aku harap perempuan lebih open dan spoke up pada pasangan masing-masing.

Kisahnya, aku banyak kali dikecewakan sebelum aku couple dengan ex aku yang terakhir. Aku tak ada banyak sangat pun ex, ex yang terakhir pun adalah ex yang ketiga.

Satu cinta monyet, satu alam unviersiti, dan ex terakhir adalah dari alam university dan pekerjaan.

Kisah ni aku rasa bermula dengan ex di universiti. Aku bagi nama dia “si A”. Aku betul-betul rasa yang si A ni adalah jodoh aku sampai m4ti. Kerana dia, aku berubah jadi lebih baik.

Aku pada asalnya selalu dapat pointer bawah 3.3, bila aku couple dengan dia, pointer aku mencanak naik sampai dapat dekan.

Sebab dalam kepala aku, aku kena belajar rajin-rajin, dapat kerja gaji besar, supaya boleh kahwin dengan dia, beli rumah besar, dan beli kereta besar.

Pendek kata, aku nak bagi kemewahan dan kekayaan pada Si A dan anak-anak kami nanti.

Tapi, dalam diam. Si A kantoi curang. Aku jadi tak keruan bila lelaki yang dia curang tu perangai teruk. Basic bad boy. Pakai rantai tangan, kuat buli junior masa asrama, pukul budak di asrama, mencuri, merokok sejak waktu sekolah lagi, gangster, dan macam-macam lagi.

Oh ya, aku, si A, dan budak dia curang tu sebenarnya sama sekolah. Bila habis sekolah, aku masuk asasi dan ke U, waktu ni Si A masuk asasi.

Manakala lelaki tu tak kemana-mana sebab SPM teruk. Kami couple waktu Si A waktu asasi. Kemudian ditakdirkan Tuhan, kami satu unversiti dan fakulti berdekatan.

Mulanya Si A tak mengaku, tetapi bila dah tunjuk bukti, baru dia mengaku yang cuma kawan. Kantoi pun sebenarnya ada kawan kami yang nampak mereka berdua sangat mesra di tempat awam.

Kawan aku ambil gambar dan bagi ke aku sebagai bukti. Pada mulanya aku nak bersangka baik, tetapi bila dia menipu dan berdolak dalih, aku jadi makin tak keruan.

Bila kami bergaduh besar, tiba-tiba lelaki tu cari aku dan kami bergaduh besar. Dia cari aku kononnya nak jadi hero pada Si A. Aku hampir nak bertumbuk dengan dia walaupun aku tahu aku akan kalah.

Waktu tu aku dah meracau sebab terlalu marah dan jerit kuat-kuat. Aku b**ikan dia dan entah apa syaitan merasuk dalam badan aku, aku rasa nak pukul lelaki tu sampai parah.

Bayangkan lelaki tu datang ke tempat aku melepak dekat mamak dengan kawan-kawan , dia datang dengan motor rxz dia tu berdua, dengan rokok kat mulut, rambut pacak, siap pakai rantai, kemudian sound aku kenapa buat Si A tu menangis. Member dia tu lebih kurang dia.

Nampak macam rempit macam dia. Tapi nasib baik ada kawan aku yang pegang dan halang aku aku dan kawan aku yang lain tu pun confront dia dan kawan dia.

Kawan-kawan aku sound dia suruh blah, kalau tak diorang yang kena serang dengan kami. Kebetullan kami pun nak dekat 10 orang tengah lepak bersama. Akhirnya dia dan kawan dia tu blah.

Aku rasa kalau tak ada mereka, walaupun aku yang macam orang gila nak serang dia, aku rasa aku kalah bertumbuk dengan dia. Sebab dia tu budak sukan waktu sekolah dan badan pun tegap dan sasa.

Kawan dia tu pun macam kaki pulul. Aku ni pulak budak biasa-biasa dan lebih tertumpu dekat library dan buku.

Aku terkejut macam mana dia boleh cari aku, akhirnya aku dapat tahu yang si A tu bagitahu tempat kesukaan aku lepak. Aku rasa terkhianat dan rasa macam putus nyawa.

Aku tak datang kuliah dua minggu. Aku banyak menangis kat bilik sewa dan tak nak makan. Tapi kawan rumah aku tetap belikan makanan untuk aku dan letak makanan dekat depan bilik aku.

Bila mereka blah, baru aku makan. Sampai satu haritu, kawan2 kuliah, kawan-kawan U yang lain datang ketuk pintu bilik aku dan mereka ramai-ramai basuh aku untuk move on dan datang kuliah.

Point mereka nak ke tengok mak bapak aku tengok anak dia macam ni, gagal U sebab seorang perempuan? Thanks pada mereka, aku mula kembali ke kuliah.

Aku cerita ni, sebab nak bagitahu titik tolak aku berubah jadi seorang yang tak rasional dan aku rasa aku ni gaslight ex aku yang terakhir. Aku bagi nama dia sebagai Si B.

Lepas aku putus dengan si A, pointer aku jatuh teruk. Dari tak pernah dapat bawah 3, aku struggle dua sem bawah 3. Akhirnya lepas tu baru aku naik balik atas 3. Sebab aku mula jatuh cinta dengan orang baru dan akhirnya dia terima aku.

Cumanya, hati aku pernah hancur dan broken. Aku masih terasa kehilangan si A dan boleh katakan seperti trauma apa yang si A buat kat aku. Bila aku couple dengan si B, aku jadi insecure. Aku jadi ada satu perasaan fobia.

Aku banyak kali cakap yang si A ni tak hargai aku, aku banyak burukkan si A dekat si B.

Aku cerita semua ni supaya si B tak ulang apa yang si A buat dekat aku. Secara tak sedar, aku sebenarnya dah letak benchmark pada si B.

Aku banding-bandingkan Si A dengan Si B. Si B rasa takut dan mula tak layan mana-mana lelaki.

Aku tak sedar yang dia tak layan mana-mana lelaki tu, sebab takut dengan kata-kata aku yang asyik marahkan perempuan yang melayan lelaki walaupun dah berpunya, terutama lelaki jahat.

Waktu tu aku tak sedar. Aku jadi macam overprotective. Ke mana dia pergi dengan siapa dia pergi, aku nak ambil tahu. Aku memang akan selalu call dia. Sebab dah kerja, aku ada duit banyak untuk bergayut dengan dia. Bila dia lambat balas, aku tarik muka dan terasa hati.

Aku nakkan attention dia 100%. Bila bergaduh dan dia tak layan aku. Aku cederakan diri dengan toreh garpu dekat lengan. aku buat tu sebab nak attention dia. Serius aku ni psiko gila.

Aku sebenarnya tak adalah nak cederakan diri sangat, tetapi saja nak buat dia rasa bersalah dan biar dia tahu semua ni salah dia.

Lepas aku cederakan diri, dia terus call aku dan dia minta maaf dan merayu jangan cederakan diri lagi. Aku tak sedar waktu tu aku sebenarnya mendera mental dia. Terukkan aku?

Waktu tu, dia masih ada lagi dua tahun pengajian dan aku dah grad dan dah kerja. Aku memang banyak habiskan duit untuk dia.

Kadang-kadang aku saja bagi dia duit poket tiap bulan sebab nak tunjukkan bahawa aku ni serius dengan dia. Aku top up telefon dia tiap-tiap bulan. Dia tak minta dan nak pulangkan balik duit tu.

Tetapi aku buat muka dan tak layan dia. Aku protest dengan campak telefon aku depan dia waktu kami berjumpa dekat tasik. Rosak habis telefon aku sampai kena beli hp baru. Aku cakap aku tak nak apa-apa balasan, aku cuma nak dia hargai aku.

Aku sebenarnya tak sedar yang aku sedang menyiksa dia dari dalam.

Bila kami bergaduh, aku selalu cakap yang “kenapa awak tak hargai saya?”. Aku sebenarnya tak tahu yang kata-kata aku tu sebenarnya melukakan hati dia.

Dia berkorban banyak perkara untuk aku sebenarnya. Tetapi aku rasa yang pengorbanan dia tu tak sebesar pengorbanan aku. Dia pun jenis obey dan pendam perasaan. Jadi aku tak tahu yang apa aku buat tu sebenarnya menyakitkan dia hari demi hari.

Pendek kata, dia semakin tertekan dengan aku. Nak jaga hati aku yang sensitive kerana trauma dengan kisah lama. Pointer dia pula jatuh.

Bila aku dapat tahu pointer dia teruk, aku pula marah dia. Aku tak sedar yang punca pointer di jatuh adalah sebab aku, lepas tu aku marahkan dia kerana pointer jatuh.

Aku yang banyak mengongkong dia dan banyak nak masuk campur hal peribadi dia sampai dia tak dapat nak buat keputusan sendiri. Bila dia nak keluar, dia kena minta kebenaran aku.

Sedangkan aku ni cuba bf dia je. Aku buat macam tu sebenarnya aku ada satu perasaan untuk dia buktikan kesetiaan dia pada aku. Walau aku tak demand dia minta bagitahu kemana dia pergi, tapi aku seakan insist itu salah satu cara dia buktikan kesetiaan dia.

Semuanya kemuncak apabila dia sangat d3pr3ss sebab aku. Sewaktu kami bergaduh, aku keluarkan ayat keramat aku yang dia tak hargai aku.

Dia call banyak kali tetapi aku tak layan sebab aku nak sakitkan hati dia. Aku post status whatsapp perli dia. Bestfriend dia akhirnya serang aku dan marahkan kau. Dia cerita dari A to Z apa perubahan yang terjadi. Hidup Si B tu kucar kacir sebab aku yang terlalu control.

Ya, aku tak abusive secara fizikal, tetapi aku ni abusive secara mental. Dia cakap yang Si B menangis tiap-tiap hari sebab aku.

Waktu tu aku macam kena kena sambar petir. Aku teringat yang aku pernah macam tu juga. Aku teringat kembali yang aku menangis kerana si A. Jadi aku faham perasaan bertapa hancurnya apa yang aku buat pada si B. Waktu tu aku mula call dia balik. Tetapi dia tak layan.

Sebab kawan-kawan dia yang nasihat untuk time break untuk kami. Kawan dia cakap jangan ganggu dia. Dia nak exam lagi dua minggu.

So, selama tiga minggu aku jadi tak keruan sebab aku tak boleh hidup tanpa dia. Aku jadi macam robot tanpa perasaan bila buat kerja.

Aku rasa sedih sangat bila hanya mampu tengok fb dan ig dia sahaja. Si B langsung tak update apa-apa. Aku mula perasan satu pattern.

Sebelum dia couple dan awal-awal couple dengan aku, posting fb dia banyak menunjukkan dia ceria dan happy go lucky. Tetapi bila dia dengan aku, posting dia asyik share pasal quote hati terluka atau kesedihan sahaja. Lepas tu IG dia jadi tak aktif dan jarang post selfie.

Kalau tak dulu IG selalu post selfie dengan muka ceria, sekarang ni IG tak aktif.

Lepas dia habis exam. Dia kata nak move on dan nak berpisah. Aku waktu tu guna ayat keramat aku yang dia tak hargai aku. Waktu tu barulah dia buka segalanya yang tersimpan.

Dia bagitahu yang dia botakkan rambut dia sebab tertekan dengan aku.

Dia cakap apa yang dia buat tak pernah cukup bagi aku. Dia tanya apa Apa yang aku nak? Dia nak manusia atau binatang peliharaan yang aku nak demand macam-macam? Dia bukan robot, dia ada hati dan perasaan. Asyik nak jaga hati aku, hati dia? Siapa yang nak jaga?

Malam tu kami sama-sama menangis dalam telefon. Aku mula sedar kesilapan aku. Waktu tu aku tak pernah tahu term gaslighting.

Bila aku baca artikel pasal gaslighting, rupanya aku lelaki tak guna tu. Aku tak tahu yang aku sebenarnya gaslighting dia. Walaupun aku tak pernah buat dia rasa low self-esteem secara direct.

Tapi tindakan aku yang sentiasa persoalkan kesetiaan dia, selalu persoalkan tahap penghargaan dia, kadang-kadang usaha dia aku anggap tak setara dengan pengorbanan aku, kadang aku mengongkong kenapa dia berjumpa dengan lelaki ni,

Kenapa ada lelaki ni whatsapp dia bukan hal kerja atau belajar, bila pointer dia teruk aku salahkan dia, banyak benda yang aku secara tak sedar buat dia serba salah dan mental.

Sampai satu tahap, hidup dia, aku nak tentukan macam mana. Pakaian dia pun aku kritik dan kadang kala aku kuat perli dia bila dia buat kesalahan yang aku rasa salah bagi aku.

Seperti pernah sekali dia keluar makan dengan aku, dia tak pakai stokin, aku perli dia yang kaki tu nak kena bakar kat neraka ke?

Tapi sebenarnya bukan macam tu nak tegur menegur. Bukan macam tu cara nak berdakwah kononnya cinta kami ni hingga ke syurga. Aku memang nak dia sentap, tapi aku tak tahu sebenarnya aku buat dia sentap dan secara tak langsung melukakan hati dia.

Bila dia tak sengaja tersingkat tudung dia, balik tu aku bagi hadis pasal aurat dan neraka.

Waktu tu, aku kononnya nak menjaga dia supaya kami sama-sama ke syurga. Reason kami tak kahwin lagi, sebab dia insist untuk kahwin lepas grad. Mak dia tak bagi bercinta waktu study katanya.

Nasi dah jadi bubur. Aku dengan tak sengaja dan melukakan hati seorang wanita dan telah menyerang dia secara mental. Aku tak sedar yang aku buat macam tu.

Akhirnya kami berpisah sebab dia insist untuk putus. Pada mulanya aku masih salahkan dia kerana tak hargai aku. Aku spam dia dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Aku ungkit segala benda yang aku buat untuk dia tetapi ini yang dia balas?

Sampai satu tahap, aku mula tersedar balik yang aku mula buat dia menangis kembali. Aku dah lukakan hati dan sakitkan hati dia. Aku akhirnya mengalah. Aku lepaskan dia. Aku mintak maaf pada dia sebab aku buat dia sampai macam tu sekali.

Tetapi aku masih tak boleh move on. Walaupun aku dah tak contact, tapi aku selalu stalk fb dan ig dia. Aku masih sakit kehilangan dia. Kadang-kadang aku menangis malam hari sebab aku hilang lagi orang yang aku cintai.

Setelah lama tu, kami jadi rakan kembali. Sebab dia ada komen status fb aku. Sewaktu kami berkawan, dia akan layan aku macam kawan yang lain. Walaupun kadang-kadang aku berusaha nak dapatkan dia kembali, tetapi dia tetap tak terima aku. Dia tenang tanpa kami couple.

Bila aku terlebih-lebih, dia akan tak layan aku. Dia akan ignore aku. Bila aku ajak keluar, dia tak nak walau sekali pun.

Selepas dia grad, dia jadi senyap dan bagi alasan tumpu pada family dia. Nak je aku pergi rumah dia, tetapi aku tak takut tindakan aku ni akan buatkan dia tak layan aku terus.

Sampai lah satu hari tu, dia ada contact aku yang kawan sekolah dia datang meminang dia. Dia bukan nak minta kebenaran, tetapi dia nak maklumkan pada aku yang dia nak terima lamaran tu sebab kawan dia tu walaupun tak bergaji besar seperti aku, tetapi dia baik.

Aku waktu tu panas hati, tetapi aku cool sahaja dalam telefon tu. Terus aku siasat siapa lelaki tu. Dan ya. Rupanya lelaki tu lelaki yang baik. Kebetulan rakan dia tu ada beberapa mutual friend dengan aku, jadi aku boleh siasat pasal lelaki tu melalui mereka.

Akhirnya aku mula let go. Aku ada dua perasaan yang bercampur baur. Aku rasa sangat pedih yang impian aku hancur, tetapi pada masa yang sama, aku gembira yang dia pergi ke lelaki yang lebih baik dari aku. Mereka ada jemput aku ke perkahwinan mereka,

Memang tak lah aku nak pergi. Karang aku menangis sorang-sorang kat majlis dia tu, tak ke haru biru majlis nanti.

Aku mula jumpa terma gaslighting ni dalam dua tahun lepas. Bila bacaan mendalam, rupanya aku ni adalah lelaki yang gaslighting perempuan. Aku rasa sangat bersalah pada ex aku.

Akhirnya aku cuba berubah. Aku cuba untuk tidak lagi gaslighting sesiapa sekali pun.

Selama ni aku banyak salahkan ex aku, rupanya akulah yang patut dipersalahkan. Aku lambat sedar kesilapan aku. Segalanya dah terlambat. Si B, ex aku sangat bahagia dan dah ada dua cahaya mata waktu tu. Segala posting ceria di fb dia dah kembali.

Asyik update tentang telatah anak dia. IG dia pun kembali aktif dan selalu post gambar anak dan selfie dia sekeluarga.

Aku mula let go secara total. Aku rasa aku perlu undur diri secara total. Aku unfriend dan unfollow fb dia. Bukan sebab nak dia hilang dari hidup aku, tetapi aku yang nak hilangkan diri aku dari hidup dia.

Aku pasti walaupun dia dah bahagia, pasti ada kesan luka yang mendalam yang aku aku dah buat pada dia.

Ya lah, kerana terlalu tertekan dengan aku, dia ambil keputusan botakkan rambut. Sampai bestfriend dia masuk campur. Sampai family dia pun terkejut dia botakkan rambut, tetapi dia rahsiakan pada family dia yang aku punca dia botakkan rambut.

Aku betul-betul rasa bersalah walaupun benda ni dah lama berlalu. Aku kini dah ada orang baru. Aku sangat berhati-hati kali ini untuk tidak lagi gaslighting secara tak sedar.

Aku pesan pada orang baru aku yang please jangan simpan dalam hati. Keluarkan terus apa rasa yang terpendam. Aku gembira kerana dia buat. Bila aku cross the line, dia akan tegur aku.

Aku akan terus tersedar dan meminta maaf. Walau aku memang dah biasa buat kerja rumah sendiri dan pandai hias rumah sendiri, tapi aku akan pastikan aku bukan patriaki dan tidak lagi gaslighting bakal isteri aku. Tetapi aku masih lagi ketua keluarga. Kerana dia insist macam tu.

Aku amat harap benda ni akan kekal sampai akhir hayat aku sebab kami akan berkahwin tak lama lagi. Aku dah 31. Bakal isteri aku ni adalah ustazah sekolah agama.

Dari sekolah rendah sekolah agama, masuk maahad, dan masuk universiti islam course agama. Aku rasa hal agama dia dah lengkap.

Dia pernah cerita sebenarnya takut nak berkahwin dengan ustaz kerana takut akan hal patriaki. Sebab dia dilahirkan dalam keluarga patriaki. Di mana lelaki bagaikan raja, perempuan bagaikan hamba.

Dia selalu protes dalam diam hal patriaki ni.

Bila dia kenal aku dan aku sangat against patriaki, dia mula menerima aku. Aku mula tahu term patriaki pun sewaktu aku belajar tentang gaslighting. Aku banyak baca artikel dan beli dua buku tentang gaslighting karya Stephanie Moulton dan Robin Stern.

Jika orang lain membenci ex, tetapi saya sangat berterima kasih pada Si A dan Si B. Mereka menjadikan versi aku yang lebih baik dan lebih matang pada hari ini.

Aku dah tidak lagi berdendam dengan si A, dan aku tidak lagi salahkan si B. Aku dah boleh let go dan move on. Aku tak benci mereka, tapi aku sangat berterima kasih pada mereka.

Selama ni aku asyik nampak kesalahan orang sahaja. Tetapi kesalahan sendiri aku tak pernah nak tengok dan ambil pengajaran.

To my Ex (Si B). Saya sangat bersalah dengan awak. Saya harap sangat yang awak dah maafkan saya. (Saya tahu, awak pernah cakap awak tak berdendam sedikitpun.

Kita pun dah lalui sesi maaf bermaafan). Saya tetap nak mintak maaf. Saya kini pilih untuk tidak lagi contact awak walau bagaimana sekalipun untuk hormat pada awak dan suami awak.

Terutama sebab saya nak hormat pada orang baru saya. Saya tak nak kehadiran saya walaupun sekadar sms atau message akan timbulkan spark kesakitan pasal apa yang saya dah buat pada awak. Juga akan menimbulkan rasa sakit hati pada orang baru saya.

Saya sedar kesalahan saya walaupun lambat. Tetapi sekurangnya, kerana awak, saya berjanji dan berusaha takkan lagi hancurkan hidup perempuan lain.

Sumpah saya tak sengaja dan tak tahu apa yang saya buat dulu pada awak. Kerana awak, awak menjadikan versi saya yang lebih baik.

Terima kasih kerana hadir dan meninggalkan saya. Sungguh, saya akan berubah dengan baik supaya saya akan menghorm4ti perempuan lain yang ada di dunia ini.

Benarlah, cinta tu tak buta, tetapi manusia buta kerana cinta. Mencintai seseorang, bukan sahaja akan membuatkan kita lebih baik, tetapi kita jugak akan menjadikan pasangan kita supaya yang lebih baik secara mental dan fizikal.

Itulah cinta yang sebenar. Bukannya salah seorang terkorban, bukanlah salah seorang menderita. Tetapi sama-sama menjadi versi yang lebih baik hari demi hari.

– Lelaki Yang Kini Bebas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *